Monday, May 6, 2013

keikhlasan bekerja

Dalam kehidupan, sering berlaku perkara yang tidak kita sangka. Malahan,
perancangan dan jangkaan kita kadangkala tersasar dari realiti atau takdir yang
dipersembahkan kepada kita. Hakikatnya, seandainya kita menghulurkan bantuan
atau melakukan kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun
yang membalasnya bukannya orang yang menerima bantuan atau kebaikan itu
sendiri.

Ingin dikongsikan di sini satu pengalaman seorang fasilitator latihan & motivasi
semasa mengendalikan satu program di sebuah organisasi korporat. Apabila
ditanya tentang harapan atau expectation pada pihak pengurusan atau organisasi
tempat bekerja, salah seorang staf yang mengikuti sesi tersebut menyatakan; “Saya tidak mempunyai apaapa
harapan terhadap organisasi ini.”
“Mengapa?” balas fasilitator tersebut.
“Dari pemerhatian saya, organisasi ini penuh dengan kaki bodek dan kaki ampu. Sedangkan orang yang
bekerja secara ikhlas diketepikan, tidak dihargai dan tidak menerima ganjaran yang wajar. Saya bukan orang
yang bermuka-muka. Saya tak pandai nak ampu-ampu bos atau orang atasan. Fokus saya kepada kerja
sahaja.”

Peserta berkenaan merupakan antara staf paling senior di organisasi tersebut. Pengalamannya di organisasi
tersebut mencakupi puluhan tahun. Malahan, itu adalah kali terakhir dia mengikuti
program latihan memandangkan beberapa bulan lagi beliau akan bersara.

Semasa waktu rehat, sambil minum-minum, fasilitator tersebut bertanya kepada
nya, “Anak-anak masih bersekolah atau sudah bekerja?”
Tidak disangka soalan tersebut membawa keceriaan pada wajahnya. Staf
tersebut menceritakan bahawa semua anak-anaknya sudah bekerja. Anakanaknya
kini bertugas sebagai doktor, jurutera, dan pensyarah. Malah seorang
anaknya telah menjadi hafiz. “Alhamdulillah semua anak-anak saya ‘menjadi’.

Lantas fasilitator tersebut terpanggil untuk bertanya lagi, “Jika diberi pilihan,
antara anak-anak yang ‘menjadi’ dan berjaya dalam karier mereka, atau anda
dapat naik pangkat dengan gaji lebih, mana satu yang dipilih?”

Dengan pantas beliau menjawab, “Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi, biarpun saya tidak naik gaji
atau berpangkat besar. Anak-anak adalah harta yang paling berharga!”

Jawapan itu membuatkan fasilitator tersebut tersenyum sambil berkata, “Sebenarnya keikhlasan dan
kegigihan awak bekerja dalam organisasi ini telahpun mendapat ganjaran, tapi bukannya melalui kenaikan
gaji atau pangkat, tapi melalui ganjaran yang lebih bermakna. Keikhlasan bekerja itu telah dibalas melalui
kejayaan dan pencapaian anak-anak.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu,” kata beliau.
“Ada kalanya takdir dan kejadian yang Tuhan persembahkan terlalu misteri dan rahsia
untuk dijangkau oleh minda kita. Jadi kita perlu yakini, what you give, you’ll get back.

Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan
kembali kepada kita. Yakinlah.” ujar fasilitator tersebut.

Terus staf tersebut bertanya pula “Maksudnya balasan atau ganjaran itu tidak
semestinya datang terus daripada orang atau pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
tanya staf tersebut.
“Benar” jawab fasilitator tersebut.
“Maknanya kebaikan itu saya lakukan di tempat kerja, tapi pembalasan Allah bukan
melalui ganjaran pada pekerjaan saya, sebaliknya diberikan dalam rezeki kejayaan
anak-anak & keluarga, begitukah maksudnya?”
“Ya, sesungguhnya ketentuan Ilahi kadangkala terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad,
siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Ini dipanggil golden rule. Dalam contoh lain,
4
metafora atau analoginya begini, katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga
lorong.

Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi signal untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan
kita. Kemudian kita teruskan perjanan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tibatiba
kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang beri signal nak masuk ke lorong sebelah.

Soalnya, logikkah
kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita? Kereta yang kita
bantu tadi tu pun dah jauh ke lain.”
“Tapi susah nak harapkan kereta lain beri laluan” kata staf tersebut.
“Benar, tapi tiba-tiba mungkin rezeki kita ada kereta yang beri peluang masuk ke lorong dia. Padahal kereta itu
tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi tergerak hati pemandunya untuk memberi laluan pada kita. Orang
yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita, tapi Allah gerakkan hati orang lain,
yang tidak pernah merasai kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita yang terdahulu.

Itu mungkin situasi di
litar di jalan raya, tapi begitu jugalah keadaanya di litar kehidupan. Kita buat baik kepada A, tetapi kerapkali
bukan A yang membalas kebaikan kita, tapi B atau C atau D atau pihak lain yang membalasnya.”
“Jadi kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya staf itu lagi
“Sesungguhnya, keikhlasan sebenar tidak mohon balasan. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa
yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan
dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun
semula kepada pembalingnya.” tambah fasilitator itu.
Staf tersebut merenung jauh, kemudian berkata “Selalunya saya dengar, keikhlasan
kita balasannya di akhirat.”


Fasilitator tersebut lantas berkata, “Itu balasan yang lebih besar dan kekal. Tetapi
saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan
hamba-Nya di dunia. Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan
dalam hidup. Anak-anak yang soleh, isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling
penting, hati yang tenang dan sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih
tinggi dari pangkat, gaji dan jawatan.”
“Tapi kenapa orang ikhlas sering diketepikan dan ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa,
saya terfikir kenapa kaki ampu dan kaki bodek lebih beruntung dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat
dan gaji besar!” kata staf tersebut.

Respon tersebut membuat fasilitator itu tersenyum, “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan
yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja, pangkat yang mereka dapat akan
menyebabkan kesulitan dari segi lain. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. You get what you give you
get.

Malah golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita memberi
kesusahan atau melakukan kejahatan kepada orang lain, kejahatan jugalah yang akan kembali kepada kita.
Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri
yang berpura-pura dan seumpamanya” terang fasilitator tersebut.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki tempoh perkhidmatan yang tak berapa lama lagi ni?” tanya
staf itu.
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun bos tak nampak, tetapi Allah Maha
Melihat.

Bekerja itu satu ibadah. Andaikan umpama God is the
CEO. Insya’allah, satu hari nanti manusia akan diperlihatkan oleh
Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti
memberi kebaikan semata-mata kerana tidak dapat penghargaan.
Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan
yang kita buat kepadanya, kerana umumnya manusia
tidak pandai berterima kasih.

Lihatlah, kalau kepada Allah yang
Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima
kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
berkala. Namun janganlah kita berhenti memberi hanya kerana
tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih” kata
fasilitator tersebut di akhir perbualan.
Kesimpulannya, karma itu hakikat kehidupan. Kebaikan dan budi
yang kita taburkan akan menyumbang kepada kehidupan yang
lebih indah dan bermakna, dan membentuk masyarakat yang lebih
mulia akhlaknya.

No comments:

Post a Comment