Tuesday, October 1, 2013

Alkisah cerita seorang pengurus.....

Alkisah cerita seorang pengurus......

"Salam ustazah, saya terasa sangat hilang arah... tak tahu apa yang perlu dibuat, difokus dan tidak gembira... keluarga dan suami, anak rasa terabai... ustazah minta bantu," kata Jannah kepada ustazah di kampungnya...

"Jannah ini seorang yang sibuk ke.... sibuk sampai tak ada masa?" tanya ustazah tersebut...

"Ya...." jawab Jannah.

"Boleh bagi ustazah 15 minit... jalan-jalan dengan di tepi pantai..." ustazah bercadang.

"Ustazah, buat apa jalan-jalan... saya tak ada masa.... kalau ada jawapan jawablah saja... tolonglah saya..." kata Jannah yang mula mengalirkan air mata....

Ustazah tersebut melihat Jannah yang kenangisan lalu membawa sebuah balang dan memegang tangan Jannah dan memaksa beliau ikut berjalan di tepi pantai...

Apabila terjumpa batu-batu yang agak besar, ustazah tersebut memungutnya dan memenuhkan balangnya....

"Mengapa ustazah masuk dalam balang... berat lah jadi balang ini... ingat ustazah nak pergi ambil air laut...." kata Jannah.

"Balang ini penuh tak?" tanya ustazah pada Jannah...

"Penuh dengan batu..." jawab Jannah....

Mereka meneruskan perjalanan... apabila terjumpa batu kerikil, ustazah memungutnya dan memasukkan ia dalam balang yang dipenuhi batu besar tadi....

Batu kerikil pun memenuhi ruang kosong antara batu-batu besar dalam balang tersebut....

"Lagi beratlah ustazah... buat apa masuk banyak lagi batu... dah tak muat dah..." kata Jannah...

"Penuh tak balang ini," tanya ustazah sambil bersenyum....

"Dah terlalu penuh..." jawab Jannah....

Kemudian, ustazah mengambil pasir halus dan memasukkannya ke dalam balang... ruang kosong balang kini dipenuhi pasir....

"Penuh tak balang ini?"

"Penuhlah... dah tak boleh masuk perkara lain... apa ustazah buat ini... beratlah balang itu..." kata Jannah....

Kemudian, ustazah menggunakan tangannya untuk menyedok air laut ke dalam balang yang penuh itu sehingga penuh....

"Penuh tak balang ini?"

"Ini dah melimpah dah ustazah... mestilah penuh..." kata Jannah...

Ustazah menyuruh Jannah memegang balang yang berat tersebut sekejap... dan bercerita...

"Jannah, bayangkan balang ini adalah hidup Jannah. Batu-batu besar tadi melambangkan perkara penting dalam hidup Jannah seperti, keluarga, anak, kesihatan, suami... benda-benda yang paling penting dalam hidup Jannah.

Tanpa batu kerikil, pasir mahupun air laut, hidup Jannah masih penuh seperti yg dijawab Jannah semasa ustazah masukkan batu-batu tadi ke dalam balang...

Jika Jannah mengambil berat mengenai batu-batu ini, masih ada ruang untuk perkara lain yang lebih penting seperti kereta, rumah dan pekerjaan seperti batu kerikil yang memasuki balang....

Yang lain dalam kehidupan seperti pasir dan air... adalah tidak penting... tapi masih boleh menjadi sebahagian hidup kita asalkan batu-batu besar diberi perhatian khusus....

Kalaulah balang ini, Jannah masukkan pasir dan air dulu... boleh ke Jannah masuk batu-batu besar ke dalam balang?"

............

Jannah tersengam. Tetiba balang yang berat itu terasa ringan dan dibawanya balik ke rumah... kehidupan Jannah berubah hari itu.

Jika kita menghabiskan masa untuk perkara-perkara tidak penting seperti pasir dan air... kita tiada masa untuk perkara-perkara yang penting untuk kita... Fokuskan perhatian kita kepada perkara-perkara yang kritikal kepada kegembiraan kita... yang lain akan ada ruangnya dalam kehidupan kita.

Jaga batu-batu besar dulu, itu yang penting... yang lain hanyalah pasir.

Senyum.

Monday, May 13, 2013

anak yang patuh

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..
siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan... !!"


maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,
"siapa hendak ke neraka?"... ..

semua pelajar
tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..

"bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..
bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".


..Jawab murid itu..


"saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..
bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..
jangan pergi kemana-mana, tunggu sampai dia jemput"... .


hehehe...

Monday, May 6, 2013

keikhlasan bekerja

Dalam kehidupan, sering berlaku perkara yang tidak kita sangka. Malahan,
perancangan dan jangkaan kita kadangkala tersasar dari realiti atau takdir yang
dipersembahkan kepada kita. Hakikatnya, seandainya kita menghulurkan bantuan
atau melakukan kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun
yang membalasnya bukannya orang yang menerima bantuan atau kebaikan itu
sendiri.

Ingin dikongsikan di sini satu pengalaman seorang fasilitator latihan & motivasi
semasa mengendalikan satu program di sebuah organisasi korporat. Apabila
ditanya tentang harapan atau expectation pada pihak pengurusan atau organisasi
tempat bekerja, salah seorang staf yang mengikuti sesi tersebut menyatakan; “Saya tidak mempunyai apaapa
harapan terhadap organisasi ini.”
“Mengapa?” balas fasilitator tersebut.
“Dari pemerhatian saya, organisasi ini penuh dengan kaki bodek dan kaki ampu. Sedangkan orang yang
bekerja secara ikhlas diketepikan, tidak dihargai dan tidak menerima ganjaran yang wajar. Saya bukan orang
yang bermuka-muka. Saya tak pandai nak ampu-ampu bos atau orang atasan. Fokus saya kepada kerja
sahaja.”

Peserta berkenaan merupakan antara staf paling senior di organisasi tersebut. Pengalamannya di organisasi
tersebut mencakupi puluhan tahun. Malahan, itu adalah kali terakhir dia mengikuti
program latihan memandangkan beberapa bulan lagi beliau akan bersara.

Semasa waktu rehat, sambil minum-minum, fasilitator tersebut bertanya kepada
nya, “Anak-anak masih bersekolah atau sudah bekerja?”
Tidak disangka soalan tersebut membawa keceriaan pada wajahnya. Staf
tersebut menceritakan bahawa semua anak-anaknya sudah bekerja. Anakanaknya
kini bertugas sebagai doktor, jurutera, dan pensyarah. Malah seorang
anaknya telah menjadi hafiz. “Alhamdulillah semua anak-anak saya ‘menjadi’.

Lantas fasilitator tersebut terpanggil untuk bertanya lagi, “Jika diberi pilihan,
antara anak-anak yang ‘menjadi’ dan berjaya dalam karier mereka, atau anda
dapat naik pangkat dengan gaji lebih, mana satu yang dipilih?”

Dengan pantas beliau menjawab, “Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi, biarpun saya tidak naik gaji
atau berpangkat besar. Anak-anak adalah harta yang paling berharga!”

Jawapan itu membuatkan fasilitator tersebut tersenyum sambil berkata, “Sebenarnya keikhlasan dan
kegigihan awak bekerja dalam organisasi ini telahpun mendapat ganjaran, tapi bukannya melalui kenaikan
gaji atau pangkat, tapi melalui ganjaran yang lebih bermakna. Keikhlasan bekerja itu telah dibalas melalui
kejayaan dan pencapaian anak-anak.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu,” kata beliau.
“Ada kalanya takdir dan kejadian yang Tuhan persembahkan terlalu misteri dan rahsia
untuk dijangkau oleh minda kita. Jadi kita perlu yakini, what you give, you’ll get back.

Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan
kembali kepada kita. Yakinlah.” ujar fasilitator tersebut.

Terus staf tersebut bertanya pula “Maksudnya balasan atau ganjaran itu tidak
semestinya datang terus daripada orang atau pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
tanya staf tersebut.
“Benar” jawab fasilitator tersebut.
“Maknanya kebaikan itu saya lakukan di tempat kerja, tapi pembalasan Allah bukan
melalui ganjaran pada pekerjaan saya, sebaliknya diberikan dalam rezeki kejayaan
anak-anak & keluarga, begitukah maksudnya?”
“Ya, sesungguhnya ketentuan Ilahi kadangkala terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad,
siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Ini dipanggil golden rule. Dalam contoh lain,
4
metafora atau analoginya begini, katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga
lorong.

Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi signal untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan
kita. Kemudian kita teruskan perjanan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tibatiba
kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang beri signal nak masuk ke lorong sebelah.

Soalnya, logikkah
kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita? Kereta yang kita
bantu tadi tu pun dah jauh ke lain.”
“Tapi susah nak harapkan kereta lain beri laluan” kata staf tersebut.
“Benar, tapi tiba-tiba mungkin rezeki kita ada kereta yang beri peluang masuk ke lorong dia. Padahal kereta itu
tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi tergerak hati pemandunya untuk memberi laluan pada kita. Orang
yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita, tapi Allah gerakkan hati orang lain,
yang tidak pernah merasai kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita yang terdahulu.

Itu mungkin situasi di
litar di jalan raya, tapi begitu jugalah keadaanya di litar kehidupan. Kita buat baik kepada A, tetapi kerapkali
bukan A yang membalas kebaikan kita, tapi B atau C atau D atau pihak lain yang membalasnya.”
“Jadi kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya staf itu lagi
“Sesungguhnya, keikhlasan sebenar tidak mohon balasan. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa
yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan
dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun
semula kepada pembalingnya.” tambah fasilitator itu.
Staf tersebut merenung jauh, kemudian berkata “Selalunya saya dengar, keikhlasan
kita balasannya di akhirat.”


Fasilitator tersebut lantas berkata, “Itu balasan yang lebih besar dan kekal. Tetapi
saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan
hamba-Nya di dunia. Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan
dalam hidup. Anak-anak yang soleh, isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling
penting, hati yang tenang dan sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih
tinggi dari pangkat, gaji dan jawatan.”
“Tapi kenapa orang ikhlas sering diketepikan dan ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa,
saya terfikir kenapa kaki ampu dan kaki bodek lebih beruntung dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat
dan gaji besar!” kata staf tersebut.

Respon tersebut membuat fasilitator itu tersenyum, “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan
yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja, pangkat yang mereka dapat akan
menyebabkan kesulitan dari segi lain. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. You get what you give you
get.

Malah golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita memberi
kesusahan atau melakukan kejahatan kepada orang lain, kejahatan jugalah yang akan kembali kepada kita.
Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri
yang berpura-pura dan seumpamanya” terang fasilitator tersebut.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki tempoh perkhidmatan yang tak berapa lama lagi ni?” tanya
staf itu.
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun bos tak nampak, tetapi Allah Maha
Melihat.

Bekerja itu satu ibadah. Andaikan umpama God is the
CEO. Insya’allah, satu hari nanti manusia akan diperlihatkan oleh
Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti
memberi kebaikan semata-mata kerana tidak dapat penghargaan.
Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan
yang kita buat kepadanya, kerana umumnya manusia
tidak pandai berterima kasih.

Lihatlah, kalau kepada Allah yang
Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima
kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan
berkala. Namun janganlah kita berhenti memberi hanya kerana
tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih” kata
fasilitator tersebut di akhir perbualan.
Kesimpulannya, karma itu hakikat kehidupan. Kebaikan dan budi
yang kita taburkan akan menyumbang kepada kehidupan yang
lebih indah dan bermakna, dan membentuk masyarakat yang lebih
mulia akhlaknya.

Friday, April 26, 2013

5- storey bus?

Assalammualaikum, rasanya lama dah aku tak mula mukadimah dengan memberi salam. huhu
malam nie, aku ada banyak 'keja' sampai aku ada masa nak godek-godek email yang banyak tue, nak delete sayang . so, aku terasa nak share pasal storey bus, aku pun tak tahu juga sebenarnya, bila tengok gambar-gambar yang kawan aku send dalam email, so aku assume la storey bus tue bas bertingkat-tingkat. Uollss mesti pernah naik bas double daker kan? eyh betul ke aku eja tue? hentam saja laa..

tak tau nak celoteh apa lagi, layann ajerla gambar,.,.. *nak terus delete email lagi * :) ~ enjoy !





Tuesday, April 23, 2013

Pandai Bilang...

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, “siapa yang pandai membilang?”  

Seman mengangkat tangan.  


“Betul ke kamu pandai membilang?”


“Tahu cikgu. Ayah yang ajar.”


“Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?”


“Empat.”


“Bagus. Selepas enam?”


“Tujuh.”


“Selepas sembilan?”


“Sepuluh,” jawab Seman.


“Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar membilang. Selepas sepuluh berapa?” tanya cikgu lagi.


Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab, “Jack, Queen, dan King.”


Cerah masa depan.




 

Sunday, April 21, 2013

my ' Sunday'

Ternanti-nanti hujung minggu, bangun solat subuh, mandi dan bersiap-siap kan diri dengan pakaian yang cantik2. menuju ke shopping complex, shopping- shopping, beli baju, tudung, kasut, beg,.
penat berjalan ke hulur ke hilir. nak rehatkan kaki setelah penat berjalan dengan masuk ke panggung wayang dengan besertakan pop cornn di tangan.  lepas tue pergi ke saloon, cuci-cuci rambut.
bestnya, kepala diurut-urut. nak manjakan diri lagi dengan buat facial. urutan muka yang buatkan ku terbuai-buai hingga terlena kemudian pulang ke rumah dengan hati yang tenang setelah menikmati makanan yang sedap-sedap di luar sana. heaven !!!

propa ! propa ! sebetulnya hujung minggu tak seindah yang dimimpikan. tidur yang tenang  jadi tidak tenang bila bangun-bangun tidur ja, 'FINAL YEAR PROJECT EKAU BILA NAK BUAT ?? ' suara-suara sumbang kedengaran di telinga, tapi bukan suara kawan-kawan tapi suara hati, kelasss kau suara hati !

itu pun dengan susah payah dan liatnya aku nak bangun tidur. lepas subuh tadi aku set alarm nak bangun pkul 8.30pg, tapi apabila alarm hp telah menjalankan tugasnya, aku pulak yang berkira-kira, hari ahad untuk apa berkira-kira mahu bangun awal? ye dokk? aku pun terus bermalas-malasan sehingga tak disedari pukul 11. 30 PAGIII !!!!!! erkk? bangun pun sebab perut dah berkeroncong, macam-macam lagu yang dimain, terus mengambil tuala dan mandi selaju yang mungkin.

Yeayyy,, housemate dah buat breakfast, oke sy breakfast pada waktu yang sepatutnya lunch, tapi tak pe asal perut kenyang hati pun senang, senang la sangat... start pukul 2 ja, jari laju-laju key in alphabet untuk menyiapkan bab 4 tesis.  Sekarang bila dah siap, apa lagi aktiviti yang boleh aku buat di muka bumi T.Malim ini? ya allah aku sangat la....... -------------------------->






Thursday, April 18, 2013

Masa

'Masa itu emas' tapi aku rasa emas itu lebih murah berbanding emas. kenapa? sebab walaupun semahal manapun emas, tapi masih mampu dibeli. tetapi kalau masa yang sudah berlalu, segunung emas pun tak mampu untuk mengembalikan masa yang telah pergi. aisehhh emo pulak aku malam-malam ini. huhu

Sambil busy2 buat Final Year Project, sempat lagi aku fikir, eyh dah sem akhir aku dekat UPSI. terasa macam baru jer semalam aku daftar tanpa mengenali sesiapapun dalam kos. Bila congak-congak balik, aku dah terlepas dari kepompong family, aku sudah boleh berdiri dengan kaki sendiri. *macam selama ini berdiri atas kaki orang lain =_=

Pada masa yang sama, orang yang hadir dalam hidup saling silih berganti juga menemani hari-hari. Dimana orang datang dan pergi daripada hidupku, dimana yang mengisi keceriaan di hati juga pergi dalam masa 4 tahun di UPSI. Pengalamanan berjauhan dengan family dan menerima berita tergempak pemergian arwah nenek telah menyedarkan diri bahawa tiada kekal di dunia ini malah menguatkan diri untuk menerima cubaan hidup.

Tekanan assigment yang berlambak-lambak ditambah dengan majlis kenduri abang amat menuntut diri membahagi masa dengan bijak. Walaupun kadang kala diri ini tidak mampu untuk menanggung stress. Ku sangka diri ini kebal tetapi rupanya tidak, baru sahaja tekanan yang sedikit sudah menggelabah.



Bila terjaga dari lamunan yang panjang, sudah 23 tahun rupanya aku. tapi...?? apa yang aku sudah lakukan selama ini. Belajar untuk menggenggam segulung ijazah sedang dilakukan. tapi hati ini masih lagi belum mencapai 'utiliti' a.k.a kepuasan yang maksimum. kenapa yer?  Bila dah besar, perlukan duit yang banyak. bekerja sampingan juga sudah dilakukan, tapi masih tidak dapat memuaskan hati. Ku merenung diri, tidak mendapat jawapan. ku terus mencari tapi keseronokkan sementara yang diperoleh.
Gelak ketawa bersama rakan-rakan juga tidak pernah kering gusi dibuatnya. tetapi masih juga tidak ketemu jawapan bagi sekeping hati yang kosong.

terus mencari jawapan, iyer aku memerlukan pasangan. cuba bergerak ke dunia tersebut. hati bahagia. tapi hanya sekejap. dan datang jemu di jati. rupa-rupanya pasangan juga tidak dapat mendamaikan hati yang kekosongan. Diri ini terus bergerak untuk mencari ketenangan dan masa juga telah pergi meninggalkan diri ini yang masih mencari ERTI KEHIDUPAN YANG SEBENAR. Walaupun jawapan sebenarnya telah diketemui, iaitu mencari CINTA DAN REDHAI ALLAH. tapi kenapa diri ini masih sukar untuk berusaha mencari ketenangan tersebut. Hampir-hampir untuk mendekatinya tapi masih hanyut ditelan arus dunia. DEMI MASA, masa yang berlalu tidak dapat dikejar kembali tetapi masa yang akan datang berilah aku kekuatan untuk aku hidup dalam erti ketenangan dan kebahagian sebenar.
 Amin ..


Wednesday, February 27, 2013

Kira KALORI anda sekarang...

Sejak-sejak minum HERBALIFE nie, setiap kali nak makan, aku asyik tetanya-tanya nie bapa kalori. Sampai tension housemate2 aku., mental breakdown ! ahhahaha. maafkan saya, selagi tak dapat berat yang diidamkan, saya akan DISIPLIN. i wishhh !!! ^_^

Kalori yang diperlukan dalam badan aku 1271, coach mengatakan bahwa untuk kurang berat saya kena makan kurang daripada 1271. So apa lagi, setiap nk makan, aku asyik sukat jer. dah terasa macam pakar pemakanan pulak..hehehe



JOM KITA SAMA-SAMA KIRA KALORI ! ^_^

Wednesday, February 20, 2013

masih belum dapat sesuaikan diri...

Dah masuk 4 hari balik Tanjung Malim untuk sem akhir, tapi rasanya 'homesick' aku masih lagi tak hilang2. tambah-tambah duduk rumah sewa yang baru, housemate dan romate baru. walaupun tinggal dengan bff sendiri. tapi aku masih rasa awkward sebab aku tak pernah duk serumah dengan budak 1 kos.

Tambah-tambah aku dari semester 3 sampai 6 tak pernah tukar-tukar rumah sewa, stick dengan bilik dan romate yang sama. lagi la mood aku nie kadang-kadang swing. Nasib kawan-kawan semua gila2 dan penghibur hati tapi tue pun kejap jer sebab memikirkan lagi kesihatan bapa di rumah.

Sedih sangat nak balik UPSI sem nie, selalu bapa akan cakap 'alalalala, kesiannya anak bapa nak balik' tapi kali nie, bapa tak cakap apa pun, tengok letih dan tak bermaya jer. Sekadar hantar di depan pintu, hulur tangan untuk disalam. I miss home teruk2 sangat!

my new housemate! fighting for last semester! chaiyok!

Thursday, February 14, 2013

cabar diri !


Mulakan operasi diet kembali, kali nie aku betul2 nak KURUS! sebelum ini aku ada ambil HERBALIFE, yang peliknya tak turun pun.  Aku menyalahkan HERBALIFE, tapi bila ditenung dan dfikirkan balik, mistake aku sendiri. Coach aku suruh minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter tapi aku 1.5 liter pun payah... paroh2, cuma minum air kosong jer, itu pun tarak boleh.. aigooo~

Kali ini aku cuba minum air masak dulu, kadang-kadang berjaya minum 3 liter, kadang-kadang k.o. start next week dah nak minum KEMBALI HERBALIFE, wish me gudluck! adehhh macam mana nak minum air bebanyak nie, nampak gaya tak leh berenggang dengan toilet la nampaknya.. hu hu hu



bagi yang selalu minum air kosong banyak2 tahniah aku ucapkan, tapi macam mana uolls boleh wat eyh? 


sanggup tue aku beli bekas nie, selalu orang guna bekas nie nak jamu tetamu jer minum. inikan pula aku yang nak kena minum sorang? air kosong pulak tue. kalau air bandung ke orange ke boleh la juga ku gagahi.. ~aim = kurus..kurus..kurus...



berusahalah wahai budak gemukkk ! chaiyok ! chaiyok !


Wednesday, February 13, 2013

'tidak perlu agungkan cinta kepada manusia'

Cinta Allah kepada hambanya dan cinta Rasul kepada umatnya adalah lebih agung kerana rasa cinta mereka kepada kita tidak pernah padam walaupun kita selalu abaikan mereka. tapi cinta manusia sesama manusia selalu kita agung-agungkan kononnya cinta sampai mati or cerita Romeo and Juliet or Laila Majnun.

aku masih ingat dialog ellie suriati dalam drama masa bulan RAMADHAN. sorry aku lupa tajuk apa, yang jadi orang kaya dan dia paksa anak dia kahwin dengan ZARINA ZAINOORDIN. watak lelaki aku tak ingat.


anak elie suriati bengang dan dengan angkuh dia tak akan cintakan Zarina tapi cinta dia hanya untuk kekasih dia. Elie menjawab

'jangan cakap begitu, kasih sayang kamu tue kepada kekasih kamu itu hanya pinjaman dan anugerah dari Allah sahaja, kalau Allah nak tarik balik nikmat rasa sayang itu sekejap jer.'

Lebih kurang macam tue la aku rasa. Kenape tetiba aku terpikir nak tulis benda nie?


because i fall in love again.. huhuhu, ^_^

Saturday, February 9, 2013

Abang yang nak kahwin, aku yang semangat tempah baju~!

'Walimatulurus', kalau dapat kad ini, memang wajib bagi kita sebagai umat islam kena menghadirkan diri ke majlis perkahwinan melainkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Tahun 2013 rasanya ramai orang bertemu jodoh.

Bulan MAC ja ada 3 kenduri kahwin orang terdekat aku, dua orang rakan zaman kecik-kecik dan lagi seorang abg aku sendiri. Belum masuk tahun 2013 aku dengan semangat dah beli kain ela, guess what, first time aku beli kain saree. Kain saree sangat mahal tapi aku berjaya beli yang murah semasa musim perayaan plus beli dekat MYDIN yang berharga RM 70 = 6meter. Aku rasa sangat murah sebab kain saree disertakan lace yang terlalu banyak. Kalau beli kain lace sahaja sudah mencecah RM 28 semeter (paling murah kot, i think so) huhu...

Mak dan kakak aku pun tak melepaskan peluang yang ada, tetapi mak shaye suka dengan kain shayerr la. saya kan anak yang baik, saya cuba purak-purak tidak mengerti perasaan bonda terchenta. hahaha baik kan? baik kan?

Kain saya ada kombinasi warna hijau dan pink soft. Macam-macam peterns yang saya survey dekat internet. Kalau boleh mahu ala2 bolly, tapi memandangkan mendapat bantahan daripada kakak dan mak.

'buat fashion pelik2, takut nanti pakai sekali jer'

Boleh diguna pakai juga statement tue. akhirnya decide untuk buat kurung pahang sahaja. :(
hati ini tidak rela melihat kain saree dipotong dengan gaya yang biasa sahaja. sobb sobb..

Hantar dekat aunty tailor, dia cakap 'ehh kain u cantik, tak akan nak buat kurung pahang ajer? let me design untuk u yer.

Lace kain you dua-dua ada di hujung, so i nak kasi pusing letak dekat dada you, baru nampak kalau lepas pakai tudung, dekat tangan you pula, i buat pink and then hijau and then pink and then bla bla bla.... *aku tak leh nak imagine lagi sebenarnya time tue* aku hanya angguk-angguk dengan muka blank. dalam hati, ikut citarasa aunty ajer la, asal tak nampak felikkk.

baju you pula bahagian depan i kasi pendek, belakang labuh sikit plus kembang sikit kiri dan kanan. kain i buat macam biasa ajer potong payung.

'ikut suka aunty la nak wat macam mana pun, i follow jer..' *dalam hati berdebar tunggu hasil*

selepas 2 bulan, aku tak sabar gila nak tunggu hasil. Nasib baik aku berpuas hati dan berbaloi jugakla dengan harga RM 160 upah. Tunjuk dekat makcik, dia cakap dah boleh pakai tunang sekali. cehh ke situ pula ngarutnya. hehe.


lace ini sepatutnya ada di bahagian leher, tetapi aunty dengan baik menghabiskan masa godek-godek kain aku sampai betul-betul ada di bahagian tengah.  Lace ini memang dah terlekat pada kain ela, so tak perlu cari lace lain lagi :)


 Haa yang ini lah bahagian lengan sewaktu aunty explain, aku jadi bingung2.
kejap pink kejap hijau kejap pink apa entah..




abaikan pemandangan yang berselerak itu, hehe.  Bahagian kain pun ada dua kaler, atas hijau dan bawah pink. Bahagian belakang baju itu lah yang dimaksud kan aunty, nak kasi kembang-kembang sikit macam ada ekor..  ^_^

Last sekali dipadankan dengan half moon shawl, nasib aku terjumpa kombinasi kaler yang sama jugak.




ini baju ke Kuala Terengganu, baka; kakak ipar kita orang sana :)

baju belah rumah sendiri, aku beli baju ready make ajer.  Dress yang bertingkat-tingkat.  Tetiba aku terfikir, aku ke abang aku yang nak kahwin sebenarnya. hehehe


 

Friday, February 8, 2013

7 hari 6 malam

Ini bukan pakej percutian or camping, ini pakej mendera diri selepas 4 bulan cuti  praktikal tapi tak sentuh-sentuh langsung, kajian tindakan, refleksi dan 'Projek Tahun Akhir' a.k.a adik beradik TESIS !
apa itu kajian tindakan dan refleksi? rasanya sesiapa yang in edu course lbh memahami, tetapi purak-purak tidak pernah DENGAR perkataan tersebut termasuk aku, haha *kalau boleh*

Resign 31hb Jan from Jabil, terus aku berangkat ke Ipoh, menginap rumah BFF aku, Aini. tapi sebelum tue, rindu sangat-sangat kawan sekerja Jabil, sangat sporting and honestly, it is first time for me 'bergaul' dengan kakak2 dan abang2 yang jauh lebih tua. Serius sangat susah bagi aku untuk bercampur dan bertahan dengan keletah orang tua.
Nama pun orang tua kan, kuat berbebel dan suka marah-marah tidak kena tempat. Orang muda seperti aku yang hot tempered terpaksa menahan diri daripada tunjuk belang. Memang mencabar fizikal dan mental. tapi alhamdulilah...banyak mengajar aku erti dunia yang sebenar dan menyiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Haishh betul la orang kata, mendidik anak biarlah dari rebungnya, aku dah biasa tidur balik selepas solat subuh, tapi terpaksa menahan mata ku yang sepet ini kerana corak suasana rumah Aini sudah terang benderang. Bagusnya tak tidur balik. Aku kalau hari bekerja or tak ada kelas jer lepas subuh tidak tidur tapi tengahari memang sah2 la tilam yang dicarinya.  *kalau dah kahwin nanti nak ajar anak-anak aku macam tue jugak la * hehe

Sampai jer dah lewat senja, kami sempat makan laksa dekat padang polo jer, not bad. kuah sangat pekat dan rasa suma perfect cukup. Licin semangkuk aku bedal, hehe .aku sangat cerewet bab laksa, kalau uolls tengok mulut aku kata sedap tapi laksa still banyak, nampak benor menipunya. hehe
Malam tak buat apa. online jer kejanya.

Esok pula, kami mula buat 'TESIS' !!!


                                          ok tesis sangat *tangan ke bahu mata ke atas *

Bukan apa, alang-alang dah terkeluar dari Penang, apa kata kita rehatkan minda pergi bercuti-cuti dan berkelah, baju biru tue bukan Aini, tapi satu-satunya adik dia FINAS.. Bufday GURL on dat day.
Sebab tue kitaorang g picnic kalau tak mesti lepak dekat rumah buat assigment *sila muntah* hahaha

Masa otw g Teluk Batik, aku ambil kesempatan tidur dengan alasan kereta terlalu panas dan silau padahal aku ngantukkkk !! ahhaha. dah tak ada segan silu dengan Along Aini. thanks jugak mak aini yang siapkan bekalan makanan kitaorang, bihun , wedges and my feveret cheesy ala ala KFC. home make tau tapi sedih tepung cheese tak jumpa untuk dibawa pulang ke Penang, sob sob sob

Nasib kitaorang tak sunburn sangat, mandi kejap ajer. tapi dalam hati rasa bahagia sebab tengok Finas sangat ceria. I feel like kakak kandung dia pulak, hold her hand. takut lemas tak pasal. mood take care masa tue turn on pulak.

candid time, ombak kuat sangat time nie. dah nak tertonggek kitaorang. hehe

see her big smile

tudung hitam tue la AINI.



Mamat yang jaga bot nie sangat la baik dan banyak cakap. Sementara Aini pergi amek kan duit, satu kepala RM 4 ringgit ja tapi agak jauh jugak kami round. berbaloi2... mamat india tue sembang2 la. rupanya dia Navy, umo pun dah 32 tapi isteri dia baru 23 tahun, umur aku tue. dan ada dua anak. Panjang pulak celoteh mamat tue, nak jadi kawan dengan anak-anak dia. Sangat rapat sampai isteri dia jeles. ' Kacang Lupakan Kulit, penat lelah aku jaga and kandung tapi manja dengan ayah jer' lebih kurang macam tue la dia cerita bila isteri dia merungut. *motip aku cerita pasal nie* ~ budak sekarang kena jadi kawan baru dengar cakap.

Sebelum balik, mesti kena beli tanda kenangan kan. aku beli 2 helai T-shirt, sehelai kami saja beli sesama tapi Finas tak bawa inner. So tak leh join the club la yer masa tue.

 cantik tak baju kami? ini bukan iklan sebelum dan selepas salin seluar yer. ehehe. Aini jer yang beli tapi aku tak jadi beli sebab memikirkan duit yang dah habis beli kasut. * kasut lekang* kalau tidak dah lama aku rembat seluar pink tue. huhu

kasut nie la yang baru beli, tapi sendiri felikk, kenapa warna PINK yang dipilihnya?

Malam seperti biasa online dan tidur awal. Esoknya balik T.Malim, menumpang budak DIPLOMA kenalan Aini. Kecik jer dunia, rupa-rupanya aku pun kenal jugak. So tak lerr janggal sangat menumpangkan.. ehehe..

Next next day masih lagi aku bangun lepas subuh and tak tidur-tidur lagi. pergi settle semua benda yang patut plus amek kad siswa, baru pergi bertapa buat refleksi. nak kata struggle sangat tue tak tapi alahamdulilah habis jugak la buatnya, kalau la aku struggle masa cuti 4 bulan, tak perlu rasanya aku bersusah payah sampai ke T.malim. huhu

Hari selasa kami ke Putrajaya, cari rujukan Tesis.  Memandangkan kedua-dua tak pernah ke sana, kami nekad tak jadi sewa kereta. kalau sesat sape yang menolong. Nak tak nak kami naik jugak la public transport, naik bas sks sampai ke kl pukul 9.15a.m macam tue, terus naik LRT ke Bandar Tasik Selatan, dari sana baru amek transit KLIA turun ke PUTRAJAYA. thanks a lot dapat info dari Yana and Kak Rina, kalau tidakkkkk........... tak ajdi wat tesis tapi shopping la nampaknya. haha

Sementara tunggu tren datang, sempat lagi kami berdua buat kerja gila, tangkap-tangkap gambar dan abaikan orang sekeliling, nampak macam jakun gila kat stesen tue. adaaaakukesahhh ! hikhikhik









tak cukup dekat stesen, dalam Train pun snap jugakkk, padahal ada jer orang duk memandang. maaflah kami first time naik Gerabak Panjang nie, hehehehe


sampai-sampai jer kat Putrajaya rasa selamat tapi malangnya kaunter teksi tak tahu pula KPM dekat mana, tanya kitaorang persint bape, mana la kami tau. nasib ada pakcik teksi yang tahu sampai jugak la destinasi yang dituju. Kalau uolls nak cari rujukan and nak pergi ke library KPM, cakap nak pergi kompleks E. In sha Allah sampai.

Masuk-masuk jer depan pintu, rupa-rupanya kawan kami masa matriks tengah buat praktikal. kecoh la kejap. pot pet pot pet. Nak jadikan kebetulan, Allah membantu umatnya yang benar-benar nawaitu betul, kami berdua yang berniat ikhlas nak siapkan tesis, Allah temukan kami dengan budak UPSI yang lain.


Sekurang-kurangnya ada juga yang guide kami kafe dan surau, diorang pernah datang sebelum ini. Jadi tak la kami tercari-cari lagi. Masa nak balik pun kami senang, bila Sal volunter nak hantarkan sampai ke stesen Bandar Tasik Selatan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. ^_^

Sampai T.malim dah lewat tapi still tak nak tidur lagi sebab belum layan episod running man yang terbaru. haa sanggup you bersekang mata tapi esoknya, badan panas sebab tak cukup rest. Aini jer bangun, aku continue tidur sampai pukul 10.30 a.m.. Bangun-bangun buat refleksi lagi sikit. Hari esoknya sampai la ke Penang. Nasib siap jugak apa yang perlu disiapkan kalau tidak 7 hari 6 malam, habis gitue jer..huhu..