Monday, December 3, 2012

Pelupa, Cuai atau Penyakit? plss help me!

'Bahagianya jika boleh mengucapkan Selamat tinggal pada dosa! Ucapkanlah pada diri - Saya diciptakan Allah terlalu baik untuk membuat kemungkaran. I’m just too good for all this maksiat.'

kata-kata dipetik dari luahan hati Wardina Safiyya. Aku baru berjinak-jinak mula minat dengan Kak Dina, So far penulisan dia, sangat-sangat memberi semangat and pendorong. InsyaAllah, mudah-mudahan aku pun dapat menjadi seorang yang tabah dan penuh confident macam beliau. Amin.

Sebut pasal confident, makin hari keyakinan diri makin pudar. aku hanya berlindung disebalik penampilan yang kononnya suka berfesyen untuk menutup kelemahan diri. Sometimes, aku turn on silent mute untuk elak orang lain perasan kekurangan diri.

Orang kata, kelemahan diri usah diceritakan, tapi masalahnya, kelemahan diri ini makin memakan diri. stress! tekanan! hanya Tuhan jer yang tahu. 

Umur boleh dikatakan masih muda, baru sahaja melepasi peringkat remaja, zone awal dewasa. tapi memori aku ibarat seperti nenek. 

Aku tidak pasti sama ada orang lain mempunyai masalah yang sama, Bayangkan jika seseorang meminta bantuan or memberi pesanan. aku harus memandang wajah or memberi sepenuh perhatian. Kalau tidak, selepas arahan yang diberi. pasti aku 'blurr'!
Pesanan apa tadi ekkk?

Kunci motor pun aku boleh tinggal jer dekat seat motor selepas simpan helmet. Nasib baik tak hilang motor tue, haishhh....

Kalau buka api dapur., dah sampai berasap rumah, baru teringat aku terlupa tutup.. apa lagi bising la mak. Bukan sekali, banyak kali pula tue. hurmmm

Hp for sure aku tak pakai yang canggih2, bukan kedekut atau tidak mampu, tapi hp aku sentiasa bertukar-tukar dek kerana tertinggal, jatuh takpun  kena curi... (pena kena curi ke? aku rasa selalu aku yang tinggal hp..)

Kawan-kawan lama terutama zaman sekolah rendah lagi la aku tak ingat nama. rasanya normal la kan tak ingat nama. lebih teruk muka pun aku tak cam. huhu. nak sedapkan hati, 'ala tue kawan lama, masa kecik...sekarang dah besar, rupa makin berubah. semua orang sudah pandai bergaya.'

Bila difikirkan balik, kenalan yang baru kenal 2 hari lepas datang menegur pun aku tak ingat langsung. memori tak dapat nak capture! so itu, apa kes pula? parohhh2...

Jangan kata memori dengan kawan, memori diri sendiri masa zaman sekolah pun tidak dapat recall sepenuhnya, padahal dalam fb, kawan-kawan punya la seronok duk balas2 komen cita zaman tuk kaduk, siap boleh hentam aku lagi tapi aku tak dapat nak reply 1 komen pun sebab aku tak dapat nak imagine pun.

yang paling latest, ada abang tanya aku pergi mana hari sabtu ( hari yang ditanya isnin ) cuba bayangkan aku mengambil masa yang lama untuk membalas. aku tak dapat ingat aku pergi mana? how worse i am. sob sob sob

Kalau nak dicerita, rasanya banyak peristiwa aku macam mana. aku teringin nak tau, adakah orang lain pun ada masalah yang sama? kalau ada, macam mana ehh nak solve problem nie?


1 comment:

  1. Sis, sy sebijik bulat2 mcm sis. Bru je ilangkn beg istri. Beg travel mahal n beg ksygn dia. Dlm tu ada bju mahal dia, kain jakel dia 3 pasang. Sblm ni lg byk, mmg blh wat buku senarai brg tetinggal n hlg. Ksmpulanye sy sgt CUAI! Tlg, sesiapa! Blh bntu kami x?!

    ReplyDelete