Saturday, November 17, 2012

masa mula-mula pegang komputer....



marilah kita sama-sama doakan keselamatan saudara kita di GAZA. Amin..

Alhamdulillah kita semua ada dalam negara yang aman dan selamat. dan boleh belajar macam-macam teknologi kan?

kalau kita tengok, budak zaman sekarang dah pandai taip or cari huruf dekat keyboad. tak macam aku dulu, walaupun ada komputer dekat rumah, nak pegang mouse pun takut ! mana taknya,, nak tekan apa pun tak berani. kalau rosak macam mana?

Diriku hanya tahu tekan key enter, kalau nak buka game pun mesti suruh abang yang buka. sadis btul rasa. Sampai nak shut down pun suruh orang lain yang tutup.  tak macam adik angkat aku, (6 tahun) jangan kata pandai shut down, buka youtube, buka game, siap ada facebook lagi. pergghhh untungla budak zaman sekarang.

nak dijadikan cerita lagi, aku lepas SPM ditakdirkan bekerja dengan komputer. disuruhnya key in invois. berpeluh-peluh aku nak taip. Kakak yang kat sebelah aku dah mula tarik muka masa tu. cuba uolls bayangkan, satu invois taip nak dekat 10 minit. bukan banyak mana pun.

hanya menggunakan dua jari, satu jari tangan kanan dan satu lagi jari kiri. cuba korang bayangkan, jari kiri, aku hanya stand by dekat keypad 'A' sahaja, jari kanan aku pula bekeja keras untuk taip semua huruf. ditambah pula dengan aku yang tak tahu kedudukan huruf-huruf tue,  berterbangan la tangan kanan aku nie di atas key board. paroh2.. berat nanang aku nie (ehh betul ke aku guna ayat nie, sja try guna bhsa ganu,) hehehe..

rasa-rasanya, ada tak lagi yang macam aku zaman sekarang nie? ce share shikit pngalaman...  :)

thanks tau baca entry ni :)


No comments:

Post a Comment