Thursday, October 11, 2012

Pitam

Sepanjang praktikal, selalu ada jer terfikir nak ponteng sehari kerja. pilih hari-hari yang sesuai untuk buat kerja jahat. tapi ada jer hal-hal yang menghalang untuk teruskan niat 'murni; aku tu.

seminggu nie aku demam, tak la teruk sangat. tekak sakit. standard la an an an. dalam busy duk mengajar dalam kelas tetiba jer rasa kelas berpusing-pusing. pa kehel nie. tekak memberi respon untuk mengeluarkan isi perut. objek di depan mata mula menjadi double triple. haa sudahhh..

"cikgu pergi toilet dulu"

terus keluar kelas. aku rasa jalan straight dah. tapi student lain tengok aku semacam jer.  jalan terhuyung hayang turun tangga.

'jangan la aku pengsan, tengah jalan..'

msuk bilik guru, terus duduk. telan segala ubat yang ada and terus tidur. huhu. kelas apa jadi? entahla. yang penting aku lena dulu.

akhirnya, impian aku untuk ponteng sehari terlaksana ! i got one day MC.. !!!  senangnya dalam ati, dapat cuti sehari. ^_*

p/s : kalau tak ponteng, bukan diriku sebenarnya. hehehe

No comments:

Post a Comment