Tuesday, August 7, 2012

Dunia Baru

Assalammualaikum dan salam ramadhan semua..

macam mana puasa tahun ini? sedar tak sedar dah masuk 17 ramadhan. kejap jer masa berlalu.
lagi 2 minggu dah nak raya. tapi tak tahu kenapa feel nak raya tak mucul. baju raya tak ada pun tak kisah. Kalau dulu mesti tergedik-gedik nak pergi beli baju raya. berpasang-pasang. kalerful lagi. mungkin sebab umur dah makin 'tua'. pakai baju lama pun tak ape sebab baju yang lama yang dah lama tak pakai bila pakai balik pun dah  terasa macam baru kan?? ** ayat kedekut ** hehehe

hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, dari zaman baby ke zaman kanak-kanak, masuk alam sekolah, kemudian masuk pula alam pra universiti (matrikulasi), dunia menara gading yang diidamkan oleh semua orang pun aku dah tempuh and lalui.

Kenangan dan pengalaman mematangkan diri. walaupun orang lain cakap wajah aku matang, aku taknakkkk!!! sentiasa nak nampak muda gitu ^_^

'Dunia Baru' yang aku nak cerita nie, berkaitan praktikal aku. almaklum sebelum ini aku ada bagitahu bukan yang aku bakal guru yang akan berkhidmat pada 25 Jun 2012. Pejam celik pejam celik dah nak masuk dua bulan. debaran masa hari pertama pun masih belum hilang dari dada.

Sebelum praktikal, macam2 ceita aku dengar tentang kerenah guru, kerenah student zaman sekarang. yang makin lama makin hilang 'respect' kepada guru. Kisah guru-guru lain buli guru praktikal. sobbbss bikin hati gua gerun sieyhhh...............

Walaupun aku praktikal dekat penang, aku still kena tumpang rumah sedara. sebab kondisi seorang students yang tak mampu nak tampung duit tol and minyak. nasib 5 minit jer boleh sampai sekolah. Malam sebelum lapor diri, hanya Tuhan jer tau betapa aku tak boleh tidur. ibarat nak tunggu result SPM keluar. aku masa result SPM, sampai ke pagi tak boleh tidur. awak semua macam tue jugak kew?? ke aku sorang jer mcm tue.. =_=

First day melangkah ke sekolah, macam budak darjah satu, sopan dan baik gila aku. datang pun pukul 7. muka sentiasa senyum. manis ibarat susu, gula, coklat semua la. first impression kan, pasti kena terbaikkkkkkkkkk!!!!!!!

Duduk dekat ofis, dah rasa macam nak gantung kad manila jer. alih-alih soalan yang sama

1. Guru ganti ke?
= ehh tak guru praktikal

2. Dari mana?
= UPSI

3. Kos apa?
= Perakaunan

4. Orang sini ke?
= a'ah, penang dekat pulau

5. Bape lama praktikal?
= 4 bulan. sampai 19 Oktober

Siyess penat eden nak menjawab plus tersengih-sengig macam kera. lenguh mulut!

Lepas jumpa penolong kanan HEM yang sangat baik dan sporting, kami kena jumpa pula cikgu Lia dan Cikgu Firdaus. first day tak dapat jadual lagi. so kami dapat slip untuk relief kelas sahaja.
Cikgu Liza bawa kami masuk bilik guru dan tunjuk tempat duduk. Terasa mata-mata yang memandang. Ohh makkkkkk ! saya tak pandai nak bergaul dengan orang pangkat mak-mak nie.
selalu berkawan dengan orang sama baya jer. terus text kakak :

aku     : kakakkkk.. boring first day tak tahu nak watpe?
kakak : biasa la, x da keja lgi.. dah masuk kelas ka?
aku     : belum lagi, satgi baru relief, skunk kat bilik guru..
kakak : p la beramah mesra dengan cikgu-cikgu.. cikgu2 ok tak?
aku     : cikgu2 semua ok.. daya jer k.o
kakak : awat?
aku     : macam kak tak kenal daya, bukan taw nak sembang ngn orang tua, mak juga tak bagi  
             nyampuk dulu kalau orang tua sembang masuk bilik. sampai sekarang la daya tak pernah 
             sembang ngn orang yang lagi tua. habis kuat senyum ja.
kakak : hang lanie dah masuk alam keja, kena la pandai bawa diri. lagi satu yang hang bendul sangat
             ikut cakap mak tue pasal pa?

BENDUL???  hahaha amek kaw sekali kena bendul. akhirnya aku kena relief kelas.

firs kelas form 2. aku buat aktiviti. sangat la bosan. sebab budak-budak sangat pasif. aku yang cikgu nie pula yang eksaited. last2 main games pun suram jer rasa.

second class form 4, memandangkan aku tak tahu lagi kelas dekat mana. aku keluar awal dari bilik guru. jalan-jalan. tetiba dalam kelas yang penuh students lelaki,

student : cikgu masuk dalam kelas nie ka?
aku       : takla, cikgu cari kelas 4MPV...

tetiba riuhh satu kelas..

student : tak lagii.. kelas kami la.

gulpppp.. biar betul aku nak kena ganti kelas nie, semua lelaki. nampak nakal. Ya Allah gerunnya aku. tetiba baru aku perasan ada cikgu dalam kelas. Cikgu tue panggil aku masuk kelas.

cikgu : awak relief kelas nie pukul bapa?
aku : 1.45 pm. xpe la cikgu, saya tunggu kat luar

cikgu tue sekadar mengangguk. serba salah aku pi layan soalan budak tue tadi. takut cikgu tadi ingat aku tak respect dia yang ada dalam kelas

aku tunggu dalam bilik guru, kelas 4 MPV bertentangan jer dari bililk guru. tengok perangai students memang kecut perut aku. cikgu dalam kelas pun slumberr jer diorang keluar. student perempuan lalu, diorang bersiul,. phewwitttt lagi. Ya Allah, ketar kaki aku nak ganti kelas macam tue. berbeza gila dengan kelas form 2 yang aku relief tadi.

masa yang ditunggu, nak tak nak aku kena juga masuk kelas tue. sikit jer students mana yang lain? aku tanya perlahan. sebenarnya takut.

'ponteng' dengan slumber jer seorang students jawab. aku sekadar mengangguk.

mula sorang dari sorang students yang ponteng masuk ke kelas. semua mula bagi perhatian dekat aku.

students: cikgu, cikgu baru ka kat sini?
aku       : takla, cikgu praktikal
students: cikgu ajar subjek apa?
aku       : akaun dan matematik
student : kalau cikgu terror math, saya nak uji satu soalan.

alamakkk, aku tak ready lagi. macam mana nie. dup dapp dup dappp

student ; X - Y berapa cikgu?
aku       :  Y jatuh la.. sebab y satu kaki, tak stabil (aku senyum bangga, ingat aku tak layan maharaja
                lawak)
student : wahhh cikgu tgk jugak erk zizan..

tetiba ada students baru masuk lepas ponteng

aku   : dah pergi melawat kawasan? bape duit perlindungan dapat?
student ; hehehe.. cikgu perli saya,.. cikgu mai dengan keta kan? cikgu nek keta apa?

mula muka aku pucat plus kebiruan. pa kehel lak student tanya pasal kereta. tetiba aku teringat pasal student calar kereta guru, student bagi pancit tayatr n bla bla bla

aku       : saya naik kereta lembu
student ; hahhaha ( 1 kelas gelak), no plate kereta cikgu?
aku      : alif, ba, ya (neves punya pasal, nak cakap ta terkata ya.. nasib aku tak cakap ba, alif, ba, ya) hehe

kringgggggggg!!! fuhh lega aku. waktu relief dah habis. cepat-cepat aku keluar.
tamat sudah first day aku sebagai guru praktikal.

p/s : tak kenal maka tak cinta, rupa-rupanya student 4 MPV tak nakal seteruk yang dibayangkan. diorang nakal-nakal manja. dan respect guru. sayang 4 MPV muahhhh !!!!



                 dalam bilik guru, tangkap gambar curi-curi. takut orang lain perasan. malu!!! hehe