Friday, June 22, 2012

hatyai ~

sawadikappp, masuk ikut pintu keluar ikut tingkap. masalah blog tak ada pintu dan tak ada juga tingkap. Thailand sibuk-sibuk perang, aku pun sibuk juga nak pergi sana. nasib baik tak ada apa2 yang jadi. alhamdulilah selamat pergi and selamat sampai. kalau tak, mesti uolls rindu nak baca update dari baby boo kan? *perasan ! ko ingat blog ko nie macam fatin liyana ? tak pun hanis zalikha?* hu hu hu

Last entry aku dah bagitau kan, last paper exam aku 15hb. aku terus pergi pudu and sampai penang pukul 4 pagi. nasib ada kakak yang baik hati and sanggup tunggu sampai ke pagi. luv you larhhh .! muahhhh !
p pekena 'nasi kandaq beratuq'. dah lama ceq tak makan nasi kandaq sejak duk tanjung malim. nasi kandaq sana tak sodap.

cakap pasal nasi kandaq beratuq baru aku teringat member aku yana (orang KL) cakap nasi kandaq beratuq dengan nasi kandar line clear sama. setahu aku tak sama . dua kedai yang berlainan. aikk orang penang sendiri pun tak tau. tapi pagi-pagi buta kakak aku tanya nak makan nasi kandaq beratuq ka? line clear?  aku pelik. yana kata sama. tak pasal-pasal kak aku bagi kuliah subuh. aparahhhh anak penang pun tak tau. mana ada sama.

terus pukul 4 pagi dia bawa aku jalan-jalan tengok kedai nasi kandaq. perghh ada dua la yana. ** moral of the story, kita kena yakin dengan diri sendiri** aku nie masalah sikit. tak pernah confident. selalu anggap orang lain jer betul. teruk kan??

lepas pekena nasi kandaq balik rumah kakak, malas nak balik rumah mak takut ganggu pagi2. kebetulan dah masuk subuh, lepas solat terus lena sampai pukul 1. baik kan anak dara nie? sape nak masuk meminang? sila lah. hew hew hew.

bangun2 jer terus bersiap nak pergi kenduri dengan mak and kakak jer. pastue kakak drop aku rumah makcik sebab kami nak pergi hatyai terus. dah bersuka ria dekat sana baru aku perasan aku tak jumpa bapa aku lagi lepas balik exam dari tanjung malim. kebetulan jatuh masa hari bapa pula tue. owhh tidakkk saya sangat anak yang baik. ='(

jauh kan elaborate. tapi part hatyai tak sampai-sampai pun.  maafkan saya. banyak pula celotehnyer. aku nak cerita pasal hatyai pun aku tak tahu. tapi sapa yang pernah pergi mesti tau kan, bukan ada apa pun kat sana. betul kata orang 'biarpun hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri'

yang pasti time hatyai lewat sejam dari time malaysia. pastue duit diorang pun macam indonesia beratus-ratus and beribu-ribu. kalau sapa rasa nak berangan kejap nak jadi kaya bolehla shopping kat sana. aku pegang duit 1000 (baht) = 100 jer pun duit MALAYSIA. takpe la janji pegang duit ribu.

aku pergi sana tak lain tak bukan pergi shopping jer la. tapi frust mak nyahhh. orang thai nie kurus-kurus kot. susah betul nak cari big saiz macam aku. jeles aku tengok cousin aku. slim nak mampus. semua baju dia boleh pakai. stressss!! perlukah aku diet?



 Salah satu tempat yang boleh dikunjungi. ada banyak kedai-kedai makan, kedai pakaian + perasan tak ada boat belakang tue? tempat beriadah pun boleh. ** tengok uncle banju putih tue, dia pegang bekas air!** sangat kreatif orang-orang sana. ada bentuk helo kitty, ultraman, ikan dll.

 salah satu keistimewaan . makanan dijual atas sampan. Bila kita beli, aunty tue akan letak dalam satu bakul yang ada batang yang panjang. kita pula letak duit dalam tue balik. 


                                 sushi buatan. siyes tak la sedap sangat. hu hu hu

 aksi muka minta penampaq. haha . nak tunjuk rasa makanan tue.

 muka aku pula ceria sebab makanan tue sedap. telur dicampur dengan sotong, kerang dan udang.


                                     yummy..yummy...yummy....

Seharian punya shopping. kami check in dekat SIAM THANA HOTEL dekat area DANNOK. dekat dah dengan borders. kalau nak balik terus pun boleh. tapi masalahnya esok kami nak pergi hantar adik sepupu lak masuk asrama penuh.

CANTIK, BESAR DAN MURAH. ! tue jer ayat yang boleh aku describe pasal hotel SIAM THANA. jom layan gambar-gambar cousin aku. gambar aku tak ada. sebabbbbbbb tangan sepupu aku nie fail bertul. boleh dikatan majoriti gambar goyang and blurr. sakit pulak hati kite. hu hu hu



 cuba perhatikan sliding door tue, punya la model tak bertauliah nie nak berposing. ditolaknya sliding tue. nak tau ape kat belakang tue? TOILET rupanya. kebetulan makcik gua tengah buat hajat. paa lagi riuh satu bilik. kesian kat dia. mana la kami tau belakang slide tue toilet. hew hew hew.


                                       semua gambar nak dekat sliding..layanzzzzzzzz

                                    katil single ada dua. tepi tue kerusi. kalau nak tido pun boleh.


sayang pula tak tangkap seluruh bilik. kalau tak boleh jadi bukti bilik sangat besar. esok pagi pula lepas subuh terus bertolak pergi sek men sains kubang pasu. nanti i update pasal sek tue. bye. saranghaeyo ^_6

No comments:

Post a Comment