Saturday, June 23, 2012

car crash

'memandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang'. ingat orang yang tersayang la aku bawak tak lebih 100 km. tapi masalahnyer orang lain pulak yang hentam aku. penunggang motorsikal dengan orang tersayang dia.Pengalaman pertama sejak 7 tahun jadi ahli pengguna jalan raya terpaksa deal dengan orang sebab kes accident-accident. selama nie aku selalu jadi wartawan tak bertauliah jer tengok orang settle kes tepi jalan. 

Cuba bayangkan dekat trafic light empat simpang. aku duk garisan tengah sebab nak pergi terus. bila lampu hijau jer, aku pun tolak ke gear D and masuk minyak pelan-pelan. kereta baru nak jalan sah-sah la gerak macam kura-kura baru lepas makan. Tetiba muncul satu hamba Allah nie cross sipi depan keta aku yang cun melecun tue. apa lagi jatuh tergolek dog la. dengan pantas otak bagi signal kat kaki. BREK MENGEJUT la jadinya. pucat lesi la muka aku. nie yang aku menyampah nie. nak accident ka nak stunt ka pergi la cari keta orang lain. keta aku juga yang dipilih pekehelnyer. tambah2 partner yang teman aku sendiri hurmm hampeh, mak aku lagi nerves, ketar lutut la, seram la, tak membantu langsung. aku lagi la bertambah-tambah neves

nak try settle masalah. abang tue berkeras nak suruh aku ganti rugi. mana boleh beb. bukan gua punya salah. ececece bunyi macam brutal jer aku kan? aku tak la bahasakan diri gua, ayat paling lembut meh 'saya' huhuhu

kesian pula aku tengok wife dia, calar-calar. jatuh atas tar sah2 pedih. aku pun dengan baik hati jom la saya hantar pergi klinik. tapi laki dia buat hati gua panas. boleh  pula cakap

"masalahnya motor nie macam mana nak bawa? dah gelong"

"bukan salah saya abang, saya memang duk line betul. abang yang cross macam tue jer. dari kiri pulak tue."

" abang ingat adik nak belok kanan sebab tengok mketa bagi signal."

pelik aku. aku nak pergi terus. bila masa pula aku bagi signal. abang nie duk ranjau kuat.

" bila masa pula saya bagi signal" nada suara aku pun dah tinggi la

lepas tue terus tengok isyarat tangan abang yang tolong jadi orang tengah antara kami suruh aku sabar.

" macamnie la, saya saksi. memang nampak adik nie ada kat line tengah tapi abang yang cross macam tue jer"

abang yang accident tue tak mau mengalah. tendang2 tayar dia. tunjuk perasaan or nak bagi betul tayar, yang pasti aku malas nak layan!

abang yang jadi saksi tue pun ada keja. dia siap bagi no fon. suruh panggil dia jadi saksi kalau nak pergi wat report polis. masalahnya abang yang aku accident tue tak mau pergi. duk banyak songeh motor gelong. last2 aku call bapa aku jugak la.

bila cakap dengan bapa aku, pandai pula abang tue tak berani nak bising kuat. memang sah2 dia yang salah. kalau aku yang langgar dia. mesti keta aku calar belah depan. tapi kereta aku calar belah tepi. kiri pula tue.
Alhamdulilah benda settle. one lesson for me. ^_^




1 comment:

  1. mesti brother yg langgar tu baru dpt motor.. jakun.. hahahahahaha

    ReplyDelete