Saturday, June 16, 2012

Bus partner



Pejam celik pejam celik, dah habis exam final, next week dah praktikal! sekolah pun dah confirm! nerves lak rasa. Hope students SMK Permatang Tok Jaya baik-baik. ^_^

Last paper exam 15hb, confident gila balik upsi sehari sebelum exam, dah la ilmu di dada tak ada. dah ada kat rumah. sah2 la malas nak study. padahal  advanced calculus paper killer. doa dan tawakal ajer la. (tapi usaha tak pun) huhu.

Paper start pukul 3 sampai 6. lepas tue, yeayy merdeka!! 8 bulan tak yah menghadap exam dah. tenang jiwa dan raga.  member aku, yana datang amek and terus antar aku balik pudu. dengan pakai baju kurung. terasa perempuan melayu terakhir gila. sopan santun gitu.hik hik hik.

mesti aku rindu kat KL especially member2 kaki rayap. taun nie tak dapat la nak g open house Dato Yusoff Haslam plus tak dapat nak jumpa Syamsul Yuosff. padahal tak la minat sangat kat mamat tue. tapi bila mata bertentang mata, jantung ku berdegup kencang. perggggghhhhhhhhhhh ensem gila.
macho !!!!

Bas pukul 10.30 malam. no bus 8895. (season). alih2 bas no. 8875 yang datang. isshhh nie rasa tak sedap hati. terus pergi tanye.

"oppss sory awak, no. bas salah tulis"

sorry??? kalau aku tak naik bas and kena tinggal gane? sabar jerla. naik2. sit aku belakang sekali atas tayar. mesti terlompat2 punyer. eyhhh mamat sebelah muka mirip syamsul yusoff. dup dap dup dap. gewdikss tul.


hidung mancung gila. bas gelap. macam biasa semua dah start nak tidur. mamat 'syamsul yusof ' tue pun mcm org2 lain mula pakai earfon. nak dengar muzik la kot. tangan pegang hp. aku assume mesej dengan makwe dia. tapi rupa-rupanya tengah dengar and baca ayat-ayat al-quran. plus rington mesej dia lak bunyi surah al-quran. mak tolong aku, hati ku dah cair. hihihi

p/s: kalau malam tue aku purposed dia, sah2 dia turun bas terus. haha

No comments:

Post a Comment