Tuesday, May 22, 2012

Pemilihan JODOH

'Jodoh pertemuan, ajal maut semua ditentukan oleh Allah.' pernah dengar kan ayat nie? aku takla pandai nak beri kata-kata nasihat or panduan macam belog Dr. Cinta . sedangkan aku sendiri juga masih tercari-cari jodoh yang boleh membimbing ke arah kebaikkkan, dunia mahupun akhirat. Insyaallah

entry kali nie khas untuk golongan LELAKI ! fitrah kalau cari pasangan, kalau boleh nak first class, ramping mcm Neelofa, suara merdu macam Siti Nurhaliza,  comel macam Lisa Sughihani. and putih gebu macam Diana Daniel (erk?)  huhu.

Macam mana pun dah berulang kali kita semua dengarkan Rasulullah S.A.W bersabda

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikkannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana engkau akan beruntung", riwayat bukhari dan Muslim


Nabi s.a.w menegaskan agar memilih kerana agamanya. : jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana

1. Harta = ia akan ditinggalkan setelah mati



2. Kecantikkan = ia akan pudar setelah tua. bukan tua jer kalau lepas bersalin pun boleh ;)


contoh paling dekat, walaupun Aishu dh berisi tapi still cantik. tapi peminat dia takleh terima. sibuk je kan? at least huby dia boleh terima. (hopefully). jangan lepas nie cari yang lain sudah. huhu

3. Keturunan = ia tidak menjamin kemuliaan di sisi Allah. and i like this ~ ~ ~

" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah).
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him.
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth.
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives "
 
 4.  tetapi jika agamanya = ia akan memperoleh keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah sebagai insan yang mulia.
 Abdullah bin AMru bin al-Ash r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya : "Dunia adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan ialah wanita yang solehah"
-riwayat Muslim, al-Nasa'i dan ibnu Majah
 p/s: gurls out there.. kecantikkan zahir sudah semestinya kena jaga. kecantikkan dan wanita tak dapat dipisahkan. hehe. tapi kecantikkan batin kita semua kena cari! have gud luck to all women in this world to find the true beautiful in life.

1 comment: