Friday, May 25, 2012

miss blank

Wahh cuti sekolah dah nak start. bestnya dapat duduk rumah tanpa fikir kerja sekolah. opps confirm cikgu bagi kerja berlambak kan? redha ajer la. tapi jadi budak 'u' juga yang tak best. 
 contoh terdekat aku yang sem 6 ni. ada dua lagi assigment nak kena hantar. kajian tindakan dan proposal projek tahun akhir. Stress kut buat proposal, setiap kali tunjuk dekat pensyarah mesti kena edit. bgus belajar dari kesilapan. tapi buat proposal yang baru lagi senang daripada yang kena EDIT !!!

hari ni due date hantar assigmnet Linear Programming. alhamdulilah siap juga assigmnet berkumpulan ni tapi kesian member group aku Tehah dia kena edit balik part aku and M.O. maafkan kami, kami cuba yang terbaik tapi nampak sangat tak reti buat,. tue la padahnyer kalau suka ponteng kelas. so pesanan dari Baby Boo, jangan suka suki jep nak ponteng kelas ! faham !

atas perasaan serba salah yang melampau. aku volunteer untuk hantar. lagipun aku jer yang ada transport. cuba bayangkan punyala jauh ofis Dr. Azhar dekat kampus UPSI yang baru. dah la panas. aku target nak cepat hantar jer assigment tue.

Sepanjang jalan nak g kampus baru. aku kena aware dengan jalan. bukan apa sebelum nie aku salah masuk simpang. dari nak ke kampus baru. aku boleh pula masuk simpang ke ipoh and KL. Jauh pula tue nak u-turn. jalan sunyi. highway kan. debaran rasa hanya tuhan je tau. awek comel naik motor tempat sunyi. i can feel danger ! cewahhhh.

Perjalanan jauh rasa lega sangat bila dah nampak gerbang pintu UPSI, terus set dalam mind fakulti Math Blok 6 sebelah Fakulti FPE Blok 10. terus parking dekat parking kereta. sesuka hati aku je kan. janji submit assigment cepat. 

text mesej dari member aku ground floor and bilik professor madya 6. cari punya cari. jangan kata bilik profesor madya, ofis fakulti pun tak jumpa. dari ground floor, naik dari satu tingkat ke satu tingkat. penat sieyh. tapi apsal fakulti nie sunyi jep.  perasaan takut menyelubungi diri. ok terus col M.O.

tengah-tengah col, aku terpandang signboard, blok 4 fakulti sains dan matematik. haisshhh patut la tak jumpa, salah blok rupanya. padan muka ! TAK ALERT langsung.
terus pakai helmet rempit ke blok 6. disebabkan satu assigment, aku bermandi peluh.

ground floor...ground floor...profesor madya 6...profesor madya 6... yeayy dah jumpa ! tapi kenapa bilik gelap macam tak ada penghuni. tapi M.O kata ada nama Dr. depan pintu. pelik aku. muka penat sampai rasa macam nak nanges. biar betul salah lagi. 

nampak satu bilik pensyarah buka terus tanya bilik Dr. Azhar katne, rupa-rupanya hujung sekali. Thanx a lot lega jumpa juga Dr. and dah hantar. tapi aku pelik, kalau nie bilik dr, habis yang aku terpacak depan bilik kosong lama-lama tue bilik sapa?

tak puas hati, patah balik tengok bilik tadi. owh patutla bukan bilik Dr. Azhar sebab bilik kosong tue BILIK PROFESSOR  6, BUKAN BILIK PROFESSOR MADYA 6. eeeeeeeeeeeee apa nak jadi dengan aku nie. hate it when i being like this.


No comments:

Post a Comment