Friday, May 25, 2012

miss blank

Wahh cuti sekolah dah nak start. bestnya dapat duduk rumah tanpa fikir kerja sekolah. opps confirm cikgu bagi kerja berlambak kan? redha ajer la. tapi jadi budak 'u' juga yang tak best. 
 contoh terdekat aku yang sem 6 ni. ada dua lagi assigment nak kena hantar. kajian tindakan dan proposal projek tahun akhir. Stress kut buat proposal, setiap kali tunjuk dekat pensyarah mesti kena edit. bgus belajar dari kesilapan. tapi buat proposal yang baru lagi senang daripada yang kena EDIT !!!

hari ni due date hantar assigmnet Linear Programming. alhamdulilah siap juga assigmnet berkumpulan ni tapi kesian member group aku Tehah dia kena edit balik part aku and M.O. maafkan kami, kami cuba yang terbaik tapi nampak sangat tak reti buat,. tue la padahnyer kalau suka ponteng kelas. so pesanan dari Baby Boo, jangan suka suki jep nak ponteng kelas ! faham !

atas perasaan serba salah yang melampau. aku volunteer untuk hantar. lagipun aku jer yang ada transport. cuba bayangkan punyala jauh ofis Dr. Azhar dekat kampus UPSI yang baru. dah la panas. aku target nak cepat hantar jer assigment tue.

Sepanjang jalan nak g kampus baru. aku kena aware dengan jalan. bukan apa sebelum nie aku salah masuk simpang. dari nak ke kampus baru. aku boleh pula masuk simpang ke ipoh and KL. Jauh pula tue nak u-turn. jalan sunyi. highway kan. debaran rasa hanya tuhan je tau. awek comel naik motor tempat sunyi. i can feel danger ! cewahhhh.

Perjalanan jauh rasa lega sangat bila dah nampak gerbang pintu UPSI, terus set dalam mind fakulti Math Blok 6 sebelah Fakulti FPE Blok 10. terus parking dekat parking kereta. sesuka hati aku je kan. janji submit assigment cepat. 

text mesej dari member aku ground floor and bilik professor madya 6. cari punya cari. jangan kata bilik profesor madya, ofis fakulti pun tak jumpa. dari ground floor, naik dari satu tingkat ke satu tingkat. penat sieyh. tapi apsal fakulti nie sunyi jep.  perasaan takut menyelubungi diri. ok terus col M.O.

tengah-tengah col, aku terpandang signboard, blok 4 fakulti sains dan matematik. haisshhh patut la tak jumpa, salah blok rupanya. padan muka ! TAK ALERT langsung.
terus pakai helmet rempit ke blok 6. disebabkan satu assigment, aku bermandi peluh.

ground floor...ground floor...profesor madya 6...profesor madya 6... yeayy dah jumpa ! tapi kenapa bilik gelap macam tak ada penghuni. tapi M.O kata ada nama Dr. depan pintu. pelik aku. muka penat sampai rasa macam nak nanges. biar betul salah lagi. 

nampak satu bilik pensyarah buka terus tanya bilik Dr. Azhar katne, rupa-rupanya hujung sekali. Thanx a lot lega jumpa juga Dr. and dah hantar. tapi aku pelik, kalau nie bilik dr, habis yang aku terpacak depan bilik kosong lama-lama tue bilik sapa?

tak puas hati, patah balik tengok bilik tadi. owh patutla bukan bilik Dr. Azhar sebab bilik kosong tue BILIK PROFESSOR  6, BUKAN BILIK PROFESSOR MADYA 6. eeeeeeeeeeeee apa nak jadi dengan aku nie. hate it when i being like this.


Tuesday, May 22, 2012

Pelangi Cinta Hati

saya ada dua mata untuk melihat, namun saya tidak mampu untuk memandang
saya ada dua tangan untuk memegang, namun saya tidak mampu untuk mencapai,
saya ada dua kaki untuk berjalan, namun saya tidak mampu untuk melangkah
tapi saya cuma punya satu iaitu HATI dimana saya yakin untuk mencintai awak sehingga ke akhir hayat.....



Kadang-kadang Allah berikan hujan dan ribut pda kita,
sesekali Allah kurniakan petir, 
kita jadi risau, sedih, takut,
tapi selepas hujan
rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi....



p/s: jangan sedih jika terpilih menjadi insan yang diduga cabaran dan rintangan, kerana yang pasti ALLAH tahu yang seseorang itu mampu untuk memikulnya..

Pemilihan JODOH

'Jodoh pertemuan, ajal maut semua ditentukan oleh Allah.' pernah dengar kan ayat nie? aku takla pandai nak beri kata-kata nasihat or panduan macam belog Dr. Cinta . sedangkan aku sendiri juga masih tercari-cari jodoh yang boleh membimbing ke arah kebaikkkan, dunia mahupun akhirat. Insyaallah

entry kali nie khas untuk golongan LELAKI ! fitrah kalau cari pasangan, kalau boleh nak first class, ramping mcm Neelofa, suara merdu macam Siti Nurhaliza,  comel macam Lisa Sughihani. and putih gebu macam Diana Daniel (erk?)  huhu.

Macam mana pun dah berulang kali kita semua dengarkan Rasulullah S.A.W bersabda

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikkannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana engkau akan beruntung", riwayat bukhari dan Muslim


Nabi s.a.w menegaskan agar memilih kerana agamanya. : jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana

1. Harta = ia akan ditinggalkan setelah mati



2. Kecantikkan = ia akan pudar setelah tua. bukan tua jer kalau lepas bersalin pun boleh ;)


contoh paling dekat, walaupun Aishu dh berisi tapi still cantik. tapi peminat dia takleh terima. sibuk je kan? at least huby dia boleh terima. (hopefully). jangan lepas nie cari yang lain sudah. huhu

3. Keturunan = ia tidak menjamin kemuliaan di sisi Allah. and i like this ~ ~ ~

" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah).
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him.
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth.
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives "
 
 4.  tetapi jika agamanya = ia akan memperoleh keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah sebagai insan yang mulia.
 Abdullah bin AMru bin al-Ash r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya : "Dunia adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan ialah wanita yang solehah"
-riwayat Muslim, al-Nasa'i dan ibnu Majah
 p/s: gurls out there.. kecantikkan zahir sudah semestinya kena jaga. kecantikkan dan wanita tak dapat dipisahkan. hehe. tapi kecantikkan batin kita semua kena cari! have gud luck to all women in this world to find the true beautiful in life.

Sunday, May 20, 2012

dua wanita yang aku jeles !




Gambar muka dikaburkan untuk mengelakkan kontroversi. tingkatkan prestasi. hehe. yang pasti kedua-duanya cantik, comel and ada karisma yang tersendiri. walaupun aku nie, perempuan. i'm still admired to both of them. but not lesbian. take noted! ^_^

Perempuan yang memakai baju kelabu itu, kawan aku (picture A) dan di sebelah pula @#@#$# tak dapat bagitau, tapi aku selalu stalk, (picture B)

A memang menjadi dambaan semua perempuan la ( dambaan = style ok, huhu ), termasuk aku, seorang yang pandai bergaya, up to date to fashion, elegan and bla bla bla. B pula dulu dalam kategori sederhana tapi still follow fashion semasa. cuma akhir-akhir ini dah mula berhijab dengan betul. she covering it properly. still cute.

but me. in the middle. aku jeles tengok A yang cantik bergaya sebab lumrah wanita yang sentiasa nak tampil cantik. follow trend and fashion terkini. but in the same time i'm also trying to covered my hijab properly just like B. dilema. jeles tengok ramai dah mula pakai tudung yang betul-betul menutup aurat dalam istilah islam. bukan tutup aurat dalam istilah fashion.

I dont want to talk about aurat and hijab anymore, because everyone already know it. tapi aku buntu and stress dengan diri aku sendiri. of course kena follow step B, tapi iman aku tak kuat, takut kejap jep. Ya Allah please help me and give me strength to follow the right choice, AMIN.


p/s: dunia dah akhir zaman.

Saturday, May 19, 2012

Gathering

TESIS ! KAJIAN TINDAKAN ! LAW ! RPH ! REFLEKSI ! semua due date dah dekat. request dari lecturer KPD, En  Ibrahim untuk buat BBQ sangat berat untuk ditunaikan. bukan aku je tapi keseluruhan 36 budak akaun mengalami perang perasaan. padan muka! ayat paling sesuai sebab buat kerja last minute. huhhh.

dengan suka entah rela ke tak, kami pun OK ! orang dah offer rumah kan. lagi pun bukan senang budak akaun nak kumpul semua. duit lebih dari program ke sekolah still ada. so BBQ kami ibarat di sponsor oleh FAKULTI. budak kos jurusan under FPE yang lain jangan jeles. hehe



tuan rumah in da house, En Ibrahim Tamby Chek yang sangat teliti. tapi bukan tu yang nak disampaikan, cuma nak bagi tau anak sedara eN. Abg FUAD CUTE ! agak-agak boleh tak jadi anak sedara en jugak ? dushh gatal merenyam. hihi

team2 bakar ayam. panass ! dah macam kami yang nak kena bakar.

nyum nyum nyum. nak?

 agak2 kalau letak ayam dekat atas kepala aku, mesti tak ada orang curi?


Ke mana sahaja, ayam digenggam ku ha ha ha



Lim dekat2 mesti ada motif kan, nak ayam lattew...

i already said, this is mine !

bihun. perlu ke kena mention. grrr

tangan yang tak dapat dikenalpasti.huhu

koktel kak ayu sodap !!!

puding triple. lepas siap asigment pasti berguru dengan ain !

makanan wajib. uhhh tetiba lapar

opps sory gambar makanan dah habis. saja letak gambar 3 sweet girl in my class.  saranghae !

tak dapat recall, perkara yang menggelikan hati. sob sob sob

kek hari ibu untuk isteri en ibrahim. nak celebrate dengan mak, jauhh ! =(

keriangan melanda sebab berjaya buat surprise !!

muka ular sewa kekenyangan, dah  tak dapat bergerak

p/s : bergembira la selagi ada peluang, take care ! ^_^

Thursday, May 17, 2012

BERTUNANG

Masa kecik-kecik dulu, uolls pernah tak buat list2 sapa yang kahwin dulu dengan bff. sound childish. tapi memang pun. Tahun 2007, tahun busy dengan SPM. busy ke? aku ada group yang dinamakan ALOMBAK CREW. entah macam mana boleh dapat nama tue. siap ada trademark lagi. tapi dah lupa.
zaman kenakalan. yang dirasakan sudah dewasa. maklumla senior. orang disekeliling tidak boleh tegur.
pasti akan menimbulkan kemarahan dan pergaduhan. ecececeece bunyi macam sangat merbahaya jep.

masa sekolah dulu, mesti semua orang ada group sendiri kan? same goes to me. pada mulanya 10 orang ahli. tapi sorang mengudur diri. mempunyai konfliks dalaman dengan ahli-ahli yang lain. haha dah macam group kongsi gelap pula. tapi takpe. we all still happy with 9 members of us.


 di depan gate sekolah. semua tingkatan empat wajib pergi camping. i really miss dis moment



 our first reunion on 2011, tak cukup 9 member. sad but its great to meet them ^_^. dekat rumah nadia felisya. open house time !

2nd reunion. dekat rumah nadiah diyana. kenduri kesyukuran (2012). still tak leh nak kumpul 9 orang. sedih sieyhh..


berbalik kepada list sapa kawen dulu, hehe

1. Ayu 
2. shell (nadia felisya)
3. Yasmin
4.shikin
5.nadiah diyana
6. aku ^_^
7. izzati
8.meeza
9. najua 

alhamdulilah, list pertama betul.hehe. mcm kena loteri pula tekaan kami. congrats ayu.. !

  1.  cantikk kan?


 wish you happy always.


 no. 6? i dont think so. huhu

Selamat Hari Guru...

lewat sehari untuk wish selamat hari guru kepada guru-guru di seluruh malaysia dan juga kepada bakal-bakal guru. aku lattew. huhu.
aku terima 3 ucapan selamat hari guru yang pertama dalam hidup, from my sister, nadia diyana (member sekolah) dan lagi sorang tidak dapat dikenal pasti. malas pula aku nak tanya sape.

kalau tengah prktikal sekarang. mesti dapat juga hadiah daripada student kan? kan?  ^_^
nawaitu tak betul langsung. haha. TAPI... terkilan juga bila baca mesej kakak aku,


 

"SELAMAT HARI GURU..WALAUPUN CITA-CITA TIDAK KESAMPAIAN"

ekk? pelik aku baca wish tue. tidak kesampaian? apa kehel pula?

" yerla bapa kan tak bagi hang posting SARAWAK, so kena continue master"

gulpp..macam mana aku boleh lupa pesanan yang amat berhormat. perasaan sentap, terkilan, sedih semua ada. sebab i want to be a teacher. huwaaaaa, first memang tak berminat. tapi bila dah lama berkecimpung belajar selama 4 tahun, i feel in love with this career. hurm.

sambung MASTER?

projek tahun akhir pun dah susah. beban. stress !  waktu tidur tak teratur. aku asyik ponteng kelas. tapi best jugak. hehe. now i feel guilty to continue master or not. dah janji dengan bapa. sob sob sob.

Kakak bff aku kena posting Sarawak. congrats to her. tapi mak dia sedih, dan risau nak lepaskan kakak dia ke sana. kesian kan? kalau aku kena posting Sarawak, mesti family aku pun sedih. especially bapa aku.

Sekarang tak sabar nak tunggu habiskan Degree tahun depan, bulan 6, tapi aku x dapat decide lagi nak continue ke tak study,. or tungu tawaran posting yang sah2 lambat.

p/s: DILEMA.....