Sunday, February 19, 2012

trying to be novelis..

                                                            gambar hiasan

Mama!!! Budak lelaki comel meraung sambil menangis teresak-esak memanggil mamanya. Dia hanya mampu memandang budak lelaki itu yang sedang mengadu sesuatu kepada seorang wanita berbaju kurung dan bertudung merah.  Mungkin wanita itu mama kepada budak lelaki comel itu. Dia hanya menebak. Wanita tersebut hanya memandang kepada gadis itu lalu membawa pergi si kecil .

    Si gadis hanya mampu mengeluh. Memang salah dia yang telah memarahi budak comel itu tadi. Melepaskan kemarahan kepada anak kecil yang hanya meminta dia untuk turun daripada buaian.

    “arghhh bukan salah aku pun! Banyak lagi buaian yang ada dekat padang permainan ini. Yang aku naik juga dia nak!”  Arianna melepaskan ketidakpuasan hati.  Budak-budak yang bermain di sekitar taman permainan tempat Arianna berada hanya sekadar melihat dalam renungan ketakutan.

    Arianna mengambil helmet dan beredar dari satu-satunya tempat beriadah yang paling cantik di Tanjung Malim, tasik  Proton City. Suasana yang aman dan damai. Cuaca yang redup. Kelihatan ibu bapa yang membawa anak-anak mengambil angin di sana. Sekumpulan lelaki dan perempuan yang sedang bergurau senda sambil berjoging. Majoriti yang berada di tasik Proton City, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tetapi suasana dan keceriaan disitu sama sekali rotate 180 degree dengan mood Arianna.

    Arianna menunggang motorsikal kriss berwarna hijau kesayangannya pulang ke rumah sewa di Bahtera Arked.

    “Bodoh betul orang yang parking motor macam ni...!”

    “Dia ingat tempat parking ini bapa dia punya! Sesuka hati ja parking tengah-tengah!”
Arianna turun daripada motor untuk alihkan motor skuter pink  ‘ego’

    “kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang!” Arianna mengomel selepas mengalihkan motor skuter.

    “ehhhh..akak, lama tak jumpa kan?” terdengar seseorang yang menegur. Arianna memalingkan muka mencari suara yang amat dikenalinya.

    “aaaa..a’ah lama tak jumpa akak jugak!” Arianna membalas. Di dalam hati Arianna merasa sedikit terkilan sebab mengutuk tuan skuter tadi. Macam mana dia boleh tak perasan motor skuter Jiya.
    “Padan muka aku terlalu menurut perasaan marah”Arianna bermonolog sendiri.


Jiya dan Arianna merupakan kawan baik sejak belajar di matrikulasi Pulau Pinang. Keinginan menjadi guru membuatkan kedua-dua sahabat memilih UPSI sebagai destinasi untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.

    Arianna mengambil jurusan perakaunan. Tatkala, Jiya dalam jurusan perniagaan. Walaupun sebenarnya Jiya juga ingin mengambil jurusan yang sama seperti Arianna, tetapi rezeki tidak berpihak kepada Jiya. Kesibukkan masing-masing membuatkan Arianna dan Jiya membawa haluan sendiri. Masa begitu pantas, sekarang kedua-duanya sudah berada pada semester terakhir.

    “dah lama kita tak berborak kan? Jom kita pergi minum!” Jiya mengajak

    “ermm.. ok” Arianna menjawab dengan malas. Mood masih tiada tetapi melangkah juga ke kedai makan Green C demi menjaga perasan sahabatnya.

    Sementara menunggu order tiba.Jiya bercerita itu dan ini. Tapi satu pun tidak masuk dalam pendengaran Arianna. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Matanya hanya mampu memandang Jiya yang semangat berceloteh.

    “akak ok ke? Dari tadi orang tengok akak mengelamun?” Jiya menyedarkan Arianna daripada lamunan. Arianna sekadar mengangguk menandakan dirinya ok.

    “Maafkan aku, Jiya. Belum masanya lagi aku menceritakan masalah aku.” Kata-kata hanya terbit di hati Arianna. Air minuman kami baru sampai. Sangat lambat sebab kedai makan Green C memang selalu ramai pengunjung. Harga makanan di sini tidak terlalu mahal. mungkin memahami status pelanggan mereka yang hanya seorang pelajar Universiti.

    Setelah dekat sejam berborak. Arianna meminta diri untuk pulang. Jiya hanya mengangguk dan menghantar Arianna balik sehingga ke depan pintu pagar kerana rumah Arianna lebih dekat berbanding Jiya. Mereka berdua tinggal di rumah sewa yang merupakan rumah kedai bertentangan dengan Kolej KHAR.
   

eee…kesiannya bapa Dhia. Mak mertua dia kalau nak bagi bapa Dhia mati pun, tunggu la lepas majlis persepsi habis dulu” Atul yang sedang menonton drama Tentang Dhia yang tengah hangat ditayangkan di slot AKASIA TV3.
    “betul..betul..betul….” Ila pula mengiakan kenyataan Atul.

     Hawa, Nasuha dan Nurdia hanya tersengih sesame sendiri melihat rakan-rakan housemate yang menonton dengan penuh emosi. Lagu rapuh dendangan Opick yang diputarkan ketika pengebumian bapa Dhia, menambahkan lagi emosi sedih dalam scene tersebut.

    “Assalamualaikum…” Terdengar  orang memberi salam di muka pintu  dan tidak lama kemudian Arianna muncul dengan wajah keletihan. Letih kerana masalah yang telah meragut keceriaan hatinya.
    “hmmm…Arianna lewat balik? Tentang Dhia dah start. Selalu sebelum pukul tujuh, kamu orang pertama yang tercegat depan tv!” tegur Atul apabila melihat wajah satu-satunya housemate mereka yang paling suka ketawa.

    Arianna tidak menjawab. Terus berlalu masuk ke bilik dan menutup pintu.  Mereka yang berada di ruang tamu hanya memandang sambil menjongket bahu sesama sendiri. Pelik melihat perangai Arianna yang tidak ceria seperti selalu.

    Suasana yang ceria ketika menonton drama Tentang Dhia tetiba menjadi suram. Manakala, di sebalik pintu, hanya deraian air mata yang menyelubungi bilik yang sepi . Tedy Bear Strawbery berwarna merah jambu yang diberi nama Pinky sentiasa menjadi teman pendengar setia Arianna untuk berkongsi rasa dan emosi.

***********************************************************************************

salah satu bab yang dah disiapkan. tapi tajuk tak ada lagi ^_^


p/s: hope dapat siap sampai habis sebab menulis ikut mood ***

1 comment: