Thursday, February 2, 2012

memory matrikulasi with Aini Shafikah, Alwanis Rozi dan Fatin Tarmizi

Pejam celik pejam celik. dah nak masuk sem 6. Insyaallah akan habis hujung tahun nie. horeyyy! Gambar-gambar kenangan semua aku nak cuci sebab takut hilang macam zaman matriks. bukan boleh harap sangat simpan dalam Hard Disk. nasib ada wanis upload gambar dalam facebook. boleh la aku kidnap ! thanks lalink, love you !

sebelum hilang lagi, baik aku abadikan dalam blog. sebelum nie pun, aku rasa tak pernah letak lagi gambar2 kenangan matriks. so miss this moments so much!. especially kawan2 praktikum semua sangat sporting, epy go lucky, even semua stress strunggle belajar dekat matriks.


A1P8 ! nama praktikum aku. mula2 datang Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Aku tak kenal sorang pun. maklumla semua dari sekolah dan negeri lain-lain. Budak sekolah aku, tak ramai. kalau ada pun dari kuliah A2. Kuliah akaun di KMPP hanya ada 2 sahaja. Menebalkan muka dan tak malunya. aku langgar jer semua orang. means aku pot pet pot pet dengan kawan baru macam dah kenal lama. for sure orang tengok pelik. whatever! nak kenal orang baru la perkara yang paling aku tak suka. bukan apa.. nak kenal hati budi and yang boleh masuk satu kepala bukan senang. susah beb! nak cari geng sebulu! payah-payah......

minggu orentasi, waktu aku cari geng2 sekepala..! aku kan jenis yang pot pet, aku perasan dua orang nie macam nak dekat2 iras. tengok rapat semacam jer. aku pun pergi la tegur. Aini (tudung purple) and Wanis (tudung hitam).

aku assume diorang dari sekolah yang sama. rupanya tidak ! sebab sorang dari perlis and sorang lagi dari perak.

perasaan chemistry aku dapat rasakan. orang kata melawak kasar pun no hal laa. waktu rest time ! kami perasan fatin (tudung putih) duk sorang-sorang dekat kerusi batu berhampiran. so dengan ramah, kami bertiga pergi la tegur ! dalam hati aku. budak nie mesti 'minah pink'. sebab baju kurung, kasut dan beg dia semua kaler pink !. owh okey, kami pun tegur la. tanya nama and asal mana. sepatah kami tanya, sepatah dia jawab. *masih segan barangkali* (orang Negeri Sembilan). Borak punya borak. eyh eyh kami berempat dah boleh melawak. seminggu jer orentasi, tapi kami nampak 'kamching' gila.  " korang satu sekolah ke?" budak2 lain tanya. "takla...kami lain2 negeri.!" aku dari Penang. (paling dekat dengan rumah) ^_^

Kami rasakan, matriks tue kami yang punya ! haa haa haa (gelak jahat). kami pergi kuliah sama2, pergi kelas tutorial, rehat, dan waktu malam pula mesti lepak sama. kalau gelak memang tak ingat dunia. i feel heaven dat time! especially aku first time duk asrama. kurang la sikit teringat kat umah (padahal kaki cengeng aku masa matriks) huhu. ku sangka panas sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari *betul la kot peribahasa aku kan?* kelas A1P8 kena bubar. setiap orang kena pecah masuk praktikum yang lain.

Allah Maha Adil ! uolls know what? kami berempat tak sama langsung kelas praktikum. Wanis A1P3, Fatin A1P4, aku A1P5 dan Aini A1P6. mau tak meraung kami. nak belajar pun hilang semangat. yerla nak berkenalan dengan orang baru lagi.! for sure budak kelas lain dah ada puak masing-masing sebab diorang kan dah berkenalan masa orentasi. aku rasakan satu beban yang berat atas bahu. tambah dengan stress belajar. Setiap kali kelas tutorial jer, aku tengok jam berkali- kali. sebab dalam kuliah sahaja kami boleh jumpa. habis time jer! aku pecut lari dewan kuliah cari kawan2 aku balik !.
























Berminggu-minggu jugak aku nak adapt dengan kawan-kawan baru. perangai aku rotate 180 darjah. kalau dulu kelas A1P8 aku seorang yang sangat gila cakap, bising dan sewaktu dengannya. tapi kelas A1P5, aku sangat nerd. masuk kelas tutorial jer, aku duduk depan sekali. hanya berbalas senyuman. aku dah agak kena cop 'sombong' sebab masa last2 matriks. aku dah sangat sayang kawan2 A1P5. Baru diorang luah first impression masa mula2 aku baru masuk. owh tidak aku sangat kejam yer dengan diorang! sorry guys!

tapi tapi tapi...orang pertama yang berani tegur aku yang dingin dalam kelas A1P5 ialah fakhriz. mamat kelantan pada mulanya , aku rasa sangat gatal. sebab suka tenung orang semacam. 'tak kenal maka tak cinta'. Fakhriz tak segatal yang aku rasa. tanggapan yang salah.sob sob sob. sorry. dia baik and caring. take care pasal aku masa dalam kelas. kalau tak ada dia. maknanya aku tak ada kawan dalam kelas tue. *padan muka sombong lagi *. sebab tue wanis pun boleh jatuh hati. hikhikhik. betul tak umie? ^_^


Ada hikmah kelas kami kena bubar ! baru mula nampak orang disekeliling kami. kalau tak asyik nak berkepit jer. tak hiraukan orang sekeliling. at the same time, dalam busy study, tak tau macam mana kami boleh terjebak dalam game family2. wanis jadi umie, kami bertiga just adik perempuan, kami ada walid, abg long, abg ngah dan abg lang. again, kami dalam dunia kami lagi. tak peduli orang disekeliling. *mesti orang rasa annoying* sebab kami jadi adik2 yang sangat mengada-ngada. sikit2 suruh belanja. yang jadi mangsa abg long. (abg long dah nak kawen). wnk wnk wnk. 

ala.. walid tak ada dalam gambar. yang peliknya, walid lagi muda dari kami semua. hehe. nasibla...
Memori gambar di tasik kmpp, tempat student untuk lepaskan stress! ada tali boleh menyeberang. tapi malang.. kami jatuh dalam tasik! ini angkara orang buat dajal (tapi mula2 sendiri yang jatuh sebab tak dapat imbang badan). mangsa yang selamat cuma Fatin and abang long kalau tak silap. Guess what? tudung aku terbuka. maluuu !!!! bila balik bilik, romate aku terkejut sebab tengok baju aku basah. aku bagitau la, aku jatuh tasik and tudung aku terbuka. "owh patutla". 

owh patutla? apa yang patut? aku pun tanya la zue kenape? dia pun story la kat aku, ada orang cerita kat dia, ada budak perempuan jatuh tasik sampai tudung terbuka. sambil ngomel "kalau nak main, tak payah la gedik sangat sampai tudung terbuka! dah la ada budak lelaki !" gulppp..owh pandangan dari orang. tapi masa tue aku tak amek port sangat! sebab life aku! janji aku happy, aku tak kacau orang ( itu perangai aku dlu) tapi sekarang aku sangat sensitif atas pandangan orang sebab pandangan orang amat penting untuk perbaiki diri. pergaulan aku dengan lelaki pun dah terbatas sekarang. sebab aku dah tak se confident dulu. huhu.

eyh eyh eyh. kami pergi tasik bukan dengan 'family' jer tau! kadang-kadang pergi dengan romate aini dan romate Fatin. aku rasa tak pernah keluar dengan romate wanis or romate aku (romate aku zue jer pun, sebab lagi dua orang dah tukar ke maktab. so sad ! ).









Dalam gambar tambah Cah dan Sheila,.
semua gila gambar! pantang nampak kamera. macam2 gaya ada! wah rindu dis moment so much!

Memori dalam dewan kuliah paling aku tak boleh lupa ! sebab kami kan berlainan negeri. perangai dan cara orang belajar berbeda-beda lerr. memandangkan matriks setahun jer! lecturer ajar punya la laju.! lambat catch up. pandai2 sendiri la nak hidup. Paling pening time math, kena fokus + salin jalan kira + nak faham lagi.  
otak, tangan, dan mata perlukan tahap kerjasama yang sangat tinggi. Selalu aku rasa macam nak nanges bila dalam kuliah tue sebab aku tak fahammmm ! pusing kanan, tengok Aini pasang ear phone (dengar music), Fatin pula kalau dah salin, lengan dia akan mula mengepak. dan Wanis,  dia akan mengeluarkan suara. dan ulang balik apa yang lecturer cakap!. 

tengok diorang nie, buat aku rasa down. sebab "eyh diorang faham". tapi kenapa aku tak faham? aini siap boleh dengar lagu, wanis boleh ulang balik apa yang lecturer cakap. Fatin boleh salin jalan kira lecture yang agak laju tue. aku? aku tak boleh salin kalau aku tak faham ! aku kena renung jalan kira dulu sampai faham, baru boleh salin. bila dah faham, nak salin. lecturer dah pergi ke slide seterusnya. so macam mana aku nak repeat balik apa yang lecturer cakap macam wanis. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri la jawabnyer. huhu.

Kebahagiaan kami nie lagi sekali di rampas! fatin buat keputusan keluar dari matriks pergi maktab! huwaaaa minggu air mata la kami bertiga. memang tak ada mood langsung! fatin sempat buat exam UPS (Ujian Pertengahan Semester) tapi tak sempat tengok result. =(

                                            tinggal kami bertiga ! berjuang di KMPP !

Payah juga kami nak teruskan. nak tak nak gagah juga la. Fatin ikut nasihat parents dia suruh jadi cikgu! setiap pertemuan mesti ada perpisahan. kalau panjang umur, kita ketemu lagi. dalam bape minggu or bulan aku tak silap. Fatin datang jumpa kami ! horeyyy ! Fatin tidur dekat rumah aku. sebab kami nak pergi Pesta Penang




Rasanya, nie kali terakhir kami jumpa Fatin ! masing-masing dah mula sibuk study! termasuk kami bertiga.
kehidupan harus diteruskan. fighting !

Nak dijadikan ceita, praktikum aku A1P5 sahaja yang akan buat lawatan ke Kelantan ! tapi still ada tempat kosong. aku yang dengar tempat kosong terus tanya. 

"budak praktikum lain boleh bawa tak?"

"tak boleh! tak boleh! " salah seorang kawan A1P5 aku cakap

"Daya mesti nak bawa Aini and Alwanis kan?" lagi sorang bersuara. aku hanya mampu tersenyum (time nie aku dah mula nak rapat dengan kawan praktikum baru )

"ala Daya kalau bawa Aini and Wanis, mesti jalan dengan diorang jer nanti" nada tidak puas hati dari orang lain pula.

"tak...nanti kita jalan sama-sama la kat sana " aku mula berjanji (tapi bila sampai sana, aku jalan dengan Aini dan Wanis jugak, hikhik..sungguh tak tepati janji ) saya minta maaf. *berdiri tegak sambil tunduk*

aku berjaya bawak best friend aku ! yeayyy ! tapi kesian wanis tak mampu jalan jauh ! mabuk jalan, dia pening and nak muntah. i still remember dat moment. u make us worried, wanis.!  (kami saling jaga kalau sesiapa sakit. ) aku masih ingat korang jaga aku masa gastrik aku datang menyerang ! i will never forgot dat !


lawatan di UMK

Nak pergi shopping di Pasar Siti Khatijah (err entah tak ingat )

Bukan kelantan jer, kami 3 orang tidur di rumah Aini jugak ! pergi Tambun ! sangat best time tue sebab kami tiga orang jer yang ada dekat Tambun. *sampai awal sebab excited* heehee. Jalan2 dah. so study pun kena la kuat, rajin benor aku dengan Aini study dekat Library. kalau tak silap aku, Wanis jarang follow kami. dia lebih selesa study dekat bilik. 

rindu kat LIBRARY KMPP !

rindu jugak kawan kuliah A1. KORANG SANGAT BEST ! (last day kuliah) T_T

P/S ; sape sokong zaman matriks sangat best ?? 

3 comments: