Monday, February 27, 2012

anak bapa

tetiba jer terasa nak menulis tentang bapa. dulu masa aku kecik-kecik. bapa aku selalu tanya

" daya sayang bapa ke mak? "

nasib aku cerdik (perasan) walaupun soalan cepumas tue ditujukan masa akal tak dapat memikirkan soal jaga hati dan perasaan orang lain. aku jawab "dua-dua" 

walaupun dipaksa untuk memilih salah sorang. aku dengan tegas jawab "dua-dua laa.."

aku tak pandai dalam pelajaran, tetapi sejak UPSR pencapaian aku makin memberangsangkan. attention mak dan bapa dekat aku makin bertambah2. especially bila aku jer satu-satunya anak diorang yang paling menyerlah dalam pelajaran. ecececeeee...

aku makin kembang bila bapa aku selalu cakap "daya sorang ja anak bapa yang lain semua anak mak hang" dalam nada berlawak kalau kami satu family berkumpul. perasaan adik beradik yang lain kalau jeles, itu bukan masalah aku.! kejam ! hahahaha

kadang-kadang bila bapa nak menyakat mak, dia selalu cakap daya comel sebab ikut muka dia. ngeeeeeee. kakak pula kurengg kecomelan sebab ikut muka mak. hakhakhak. makin buat muka la mak dan kakak.

"elehh comel konon. ! cuba tengok gambar dia masa kecik-kecik!" ayat yang selalu kakak guna kalau nak fire balik. ok aku kalah. memang tak comel pun. kurus keding jer. haha  *kutuk diri sendiri* ^_^

alhamdulilah nasib kakak aku tak amek hati. terbukti sebab she is one of my bff too. kadang-kadang kalau dia nak something dekat bapa. dia suruh aku yang tanya.

"maklumla hang kan anak bapa! mesti dapat punya"

 owh pandai yer kakak, kamu sangat pandai menggunakan keadaan sebaik mungkin.



now, aku jugak la satu-satunya anak dia yang duk jauh dari family. bcoz study mehh. tapi bila balik. mesti ditatang macam anak raja. apa yang aku nak, mesti dapat! heeeee... jangan jeles,
sebut jer, mesti esok dapat. mak dengan kakak nanti cakap. kalau daya balik jerla kita dapat makan luar. tak pun bapa beli nasi briyani HAMEEDIYAH (my feveret) yummy!

aku ingat lagi. satu-satunya adik aku (lelaki) yang sorang pendiam tak pernah bercakap. mengamuk!!!

"asyik daya daya . semua beli kat dia! " terluah jugak perasaan yang disimpan dalam hati. dah tak sanggup pendam kew?

tapi macam mana rapat or manja dengan bapa. tapi bila balik UPSI. aku selalu col mak. share problem dengan mak. inform something pun dengan mak. mesti bapa terasa kan? =(



kalau beli souvenir, paling banyak pun dekat mak. dekat bapa beli jugak tapi tak kerap untuk mak. sebab bapa lelaki,. barang terhad untuk diberi. *wink* tapi last year kan bapa kata nak hadiah special sempena bufday yang ke 60.  i dah bagi GPS. ok la tue kan.

setiap kali lepas cuti sem. aku tak rasa sedih or teringat dekat rumah pun. cuma kali nie. lain sikit. rasa berat hati sangat. tambah bila tengok wajah tua mak dan bapa. makin tak sabar rasanya nak habis study. praktikal nanti ,ingat nak buat dekat2 penang jer even hati sbenarnya nak ke Johor. boleh masuk Singapore *niat dah terpesong*

masa cuti sem baru-baru nie. aku mimpi bapa aku dah meninggal. not first time, sebelum nie masa awal sem 1 pun pernah mimpi macam nie. alhamdulilah mak aku tak pernah. tapi siyess aku takut sangat. i'm not ready to face it if it real. ajal maut di tangan tuhan. aku hanya mampu berdoa agar Allah panjangkan umur mak dan bapa. salah satu impian aku, nak pergi mekah dengan mereka berdua. Insyallah. Amin. Semoga dimakbulkan Allah.



pelik. memang pelik bila malam 1st day sem 6 aku dekat UPSI. i send message to him

"gudnite" tak pernah aku buat. hanya wish gudnite. sepatah ayat.

"rindu bapa lattew. ok gudnite! " bapa balas. baru aku terfikir. selalu orang wish macamnie dekat bf. memandangkan aku solo. so bapa la buah hati aku sekarang ! hehe.

bapa aku tak bagi kerja kalau  cuti sem. aku kan anak yang degil. mana yang kata JANGAN. itu yang aku paling nak buat. bapa faham sangat perangai anak dia sorang nie. berjaya juga keja masa cuti sem 4 bulan. kalau sebulan, bapa tak bagi sebab dia suh rest. hari-hari beli makanan untuk aku. sampai dah makin bolat. ^_^

bapa tak tau aku keja part time sem ni. tapi terkejut jugak bila bapa col tanya khabar. tetiba..

" da mana? "

"dekat rumah"

"bukan dekat kedai? "

"kedai? " aku tak dapat pick up. berfikir sejenak.

"ooo..daya jaga kedai malam" hurmmm mesti mak bagitau bapa.

" bape jam? "

"4 jam jer"  laju jer aku bagitau sebab dengar suara bapa ceria. maknanya dia tak marah la aku keja.  jangan risau yer. saya akan pandai urus masa. and study betul2. tapi tak janji kalau tak pergi vacation dengan kawan2. acara rasmi tiap2 sem tuhhh. ( tetiba lak ) huhu

                                          love you ketat-ketat bapa ! saranghae !

No comments:

Post a Comment