Monday, February 27, 2012

anak bapa

tetiba jer terasa nak menulis tentang bapa. dulu masa aku kecik-kecik. bapa aku selalu tanya

" daya sayang bapa ke mak? "

nasib aku cerdik (perasan) walaupun soalan cepumas tue ditujukan masa akal tak dapat memikirkan soal jaga hati dan perasaan orang lain. aku jawab "dua-dua" 

walaupun dipaksa untuk memilih salah sorang. aku dengan tegas jawab "dua-dua laa.."

aku tak pandai dalam pelajaran, tetapi sejak UPSR pencapaian aku makin memberangsangkan. attention mak dan bapa dekat aku makin bertambah2. especially bila aku jer satu-satunya anak diorang yang paling menyerlah dalam pelajaran. ecececeeee...

aku makin kembang bila bapa aku selalu cakap "daya sorang ja anak bapa yang lain semua anak mak hang" dalam nada berlawak kalau kami satu family berkumpul. perasaan adik beradik yang lain kalau jeles, itu bukan masalah aku.! kejam ! hahahaha

kadang-kadang bila bapa nak menyakat mak, dia selalu cakap daya comel sebab ikut muka dia. ngeeeeeee. kakak pula kurengg kecomelan sebab ikut muka mak. hakhakhak. makin buat muka la mak dan kakak.

"elehh comel konon. ! cuba tengok gambar dia masa kecik-kecik!" ayat yang selalu kakak guna kalau nak fire balik. ok aku kalah. memang tak comel pun. kurus keding jer. haha  *kutuk diri sendiri* ^_^

alhamdulilah nasib kakak aku tak amek hati. terbukti sebab she is one of my bff too. kadang-kadang kalau dia nak something dekat bapa. dia suruh aku yang tanya.

"maklumla hang kan anak bapa! mesti dapat punya"

 owh pandai yer kakak, kamu sangat pandai menggunakan keadaan sebaik mungkin.



now, aku jugak la satu-satunya anak dia yang duk jauh dari family. bcoz study mehh. tapi bila balik. mesti ditatang macam anak raja. apa yang aku nak, mesti dapat! heeeee... jangan jeles,
sebut jer, mesti esok dapat. mak dengan kakak nanti cakap. kalau daya balik jerla kita dapat makan luar. tak pun bapa beli nasi briyani HAMEEDIYAH (my feveret) yummy!

aku ingat lagi. satu-satunya adik aku (lelaki) yang sorang pendiam tak pernah bercakap. mengamuk!!!

"asyik daya daya . semua beli kat dia! " terluah jugak perasaan yang disimpan dalam hati. dah tak sanggup pendam kew?

tapi macam mana rapat or manja dengan bapa. tapi bila balik UPSI. aku selalu col mak. share problem dengan mak. inform something pun dengan mak. mesti bapa terasa kan? =(



kalau beli souvenir, paling banyak pun dekat mak. dekat bapa beli jugak tapi tak kerap untuk mak. sebab bapa lelaki,. barang terhad untuk diberi. *wink* tapi last year kan bapa kata nak hadiah special sempena bufday yang ke 60.  i dah bagi GPS. ok la tue kan.

setiap kali lepas cuti sem. aku tak rasa sedih or teringat dekat rumah pun. cuma kali nie. lain sikit. rasa berat hati sangat. tambah bila tengok wajah tua mak dan bapa. makin tak sabar rasanya nak habis study. praktikal nanti ,ingat nak buat dekat2 penang jer even hati sbenarnya nak ke Johor. boleh masuk Singapore *niat dah terpesong*

masa cuti sem baru-baru nie. aku mimpi bapa aku dah meninggal. not first time, sebelum nie masa awal sem 1 pun pernah mimpi macam nie. alhamdulilah mak aku tak pernah. tapi siyess aku takut sangat. i'm not ready to face it if it real. ajal maut di tangan tuhan. aku hanya mampu berdoa agar Allah panjangkan umur mak dan bapa. salah satu impian aku, nak pergi mekah dengan mereka berdua. Insyallah. Amin. Semoga dimakbulkan Allah.



pelik. memang pelik bila malam 1st day sem 6 aku dekat UPSI. i send message to him

"gudnite" tak pernah aku buat. hanya wish gudnite. sepatah ayat.

"rindu bapa lattew. ok gudnite! " bapa balas. baru aku terfikir. selalu orang wish macamnie dekat bf. memandangkan aku solo. so bapa la buah hati aku sekarang ! hehe.

bapa aku tak bagi kerja kalau  cuti sem. aku kan anak yang degil. mana yang kata JANGAN. itu yang aku paling nak buat. bapa faham sangat perangai anak dia sorang nie. berjaya juga keja masa cuti sem 4 bulan. kalau sebulan, bapa tak bagi sebab dia suh rest. hari-hari beli makanan untuk aku. sampai dah makin bolat. ^_^

bapa tak tau aku keja part time sem ni. tapi terkejut jugak bila bapa col tanya khabar. tetiba..

" da mana? "

"dekat rumah"

"bukan dekat kedai? "

"kedai? " aku tak dapat pick up. berfikir sejenak.

"ooo..daya jaga kedai malam" hurmmm mesti mak bagitau bapa.

" bape jam? "

"4 jam jer"  laju jer aku bagitau sebab dengar suara bapa ceria. maknanya dia tak marah la aku keja.  jangan risau yer. saya akan pandai urus masa. and study betul2. tapi tak janji kalau tak pergi vacation dengan kawan2. acara rasmi tiap2 sem tuhhh. ( tetiba lak ) huhu

                                          love you ketat-ketat bapa ! saranghae !

Saturday, February 25, 2012

kenyataan atau perasaan sahaja

last paper exam semester lepas, member ada bagitau aku yang lelaki yang aku suka ada contact kawan aku. orang dia cantik. sangat cantik. kawan perempuan (si gadis) aku tue tau aku berkawan dengan si lelaki. Jeles? of course ! tapi aku takleh marah or halang sebab aku dengan si lelaki hanya berkawan biasa. biarlahhh...

masuk semester 6 nie, aku satu kelas dengan si gadis. aku buat biasa jerla. tak tanya pun pasal si lelaki. aku bukan penyibuk. lagi pun dia kawan aku. buat apa nak bermasam muka pasal lelaki yang bukan hak aku. maybe diorang hanya berkawan. kalau special pun itu hak peribadi orang. aku dan si gadis sebelum nie pun tak pernah rapat. just gitu2 jer.

kebetulan masa dalam kelas. dia ada kerja dgn member baik aku. aku just teman jer la dari tepi. sebab kami balik bersama. aku tengok dia macam tak selesa. eye contact macam melarikan diri. maybe dia tgh busy dgn problem dia and member baik aku. think positive!

balik kelas, kami terserempak dengan dia lagi, dekat kedai pakaian. dia tunjuk skirt dekat aku and bestie aku. dia tanya rasa2 muat x? aku cakap la muat. sebab dia pun dah nampak makin slim sbb diet. dia tak kata apa. just tgk skirt yang dipegang. member baik aku tanya pula, dia masih tak makan nasi ke? dia jawab. "dah makan". aku pulak continue tanya berat dia dah bape sekarang? aku curious nak tau sebab dia diet dapat hasil. aku diet x berubah pun.huhu. alih-alih dia pusing ke belakang. cari pakaian yang lain. sentap kot !
member baik aku gelak jerla. sebab situasi macam nie selalu jadi dekat aku. orang tak akan perasan dgn question aku. (aku digelar kwang soo ). so i take it easy. dia tak dgr soalan aku kot ! think postive again.!

aku jarang on facebook sekarang. tapi tadi aku on kejap. tgk bhgn home. si gadis ada post satu gambar yang berjaya menarik minat aku. aku komen yang berbentuk soalan? dia tak reply pun. padahal gambar tue baru jer dia post 3 minutes ago. hurmmmm ok aku kena think positive yang dia dah log out. aku nak tunggu sampai malam nie. dia reply ke tak. waiting with patient. kalau dia tak reply, biarlahhh............




p/s: i hope this my imagination only not real

kain ombak rindu !









tudiaa..penangan ombak rindu..sampai kain nie pun nama 'OMBAK RINDU'
sehelai RM 30... beli 3 RM 90... TAK ADA DISKAUN sebab baru keluar stok 3 hari yang lepas.
tak sempat nak pilih yang lagi cantik. dah habis. laris macam pisang goreng.

p/s: try tiga2 kain sebab kaler biru beli untuk kakak, and coklat untuk mak. nasib ada 3 orang jer perempuan dalam rumah. kalau tak....bankrup..! huhu

Tuesday, February 21, 2012

working !

SEM 6

* Bangun awal

 
* taknak ponteng kelas



* taknak buat assigment last minute


* taknak tido siang  




* kurangkan facebook



* kurangkan tengok cite korea




* rajinkan diri exercise



* tido awal


*first time buat part-time job masa belajar!

working from 8-12 pm

*and trying to do this always ^_^ 



Sunday, February 19, 2012

trying to be novelis..

                                                            gambar hiasan

Mama!!! Budak lelaki comel meraung sambil menangis teresak-esak memanggil mamanya. Dia hanya mampu memandang budak lelaki itu yang sedang mengadu sesuatu kepada seorang wanita berbaju kurung dan bertudung merah.  Mungkin wanita itu mama kepada budak lelaki comel itu. Dia hanya menebak. Wanita tersebut hanya memandang kepada gadis itu lalu membawa pergi si kecil .

    Si gadis hanya mampu mengeluh. Memang salah dia yang telah memarahi budak comel itu tadi. Melepaskan kemarahan kepada anak kecil yang hanya meminta dia untuk turun daripada buaian.

    “arghhh bukan salah aku pun! Banyak lagi buaian yang ada dekat padang permainan ini. Yang aku naik juga dia nak!”  Arianna melepaskan ketidakpuasan hati.  Budak-budak yang bermain di sekitar taman permainan tempat Arianna berada hanya sekadar melihat dalam renungan ketakutan.

    Arianna mengambil helmet dan beredar dari satu-satunya tempat beriadah yang paling cantik di Tanjung Malim, tasik  Proton City. Suasana yang aman dan damai. Cuaca yang redup. Kelihatan ibu bapa yang membawa anak-anak mengambil angin di sana. Sekumpulan lelaki dan perempuan yang sedang bergurau senda sambil berjoging. Majoriti yang berada di tasik Proton City, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tetapi suasana dan keceriaan disitu sama sekali rotate 180 degree dengan mood Arianna.

    Arianna menunggang motorsikal kriss berwarna hijau kesayangannya pulang ke rumah sewa di Bahtera Arked.

    “Bodoh betul orang yang parking motor macam ni...!”

    “Dia ingat tempat parking ini bapa dia punya! Sesuka hati ja parking tengah-tengah!”
Arianna turun daripada motor untuk alihkan motor skuter pink  ‘ego’

    “kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang!” Arianna mengomel selepas mengalihkan motor skuter.

    “ehhhh..akak, lama tak jumpa kan?” terdengar seseorang yang menegur. Arianna memalingkan muka mencari suara yang amat dikenalinya.

    “aaaa..a’ah lama tak jumpa akak jugak!” Arianna membalas. Di dalam hati Arianna merasa sedikit terkilan sebab mengutuk tuan skuter tadi. Macam mana dia boleh tak perasan motor skuter Jiya.
    “Padan muka aku terlalu menurut perasaan marah”Arianna bermonolog sendiri.


Jiya dan Arianna merupakan kawan baik sejak belajar di matrikulasi Pulau Pinang. Keinginan menjadi guru membuatkan kedua-dua sahabat memilih UPSI sebagai destinasi untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.

    Arianna mengambil jurusan perakaunan. Tatkala, Jiya dalam jurusan perniagaan. Walaupun sebenarnya Jiya juga ingin mengambil jurusan yang sama seperti Arianna, tetapi rezeki tidak berpihak kepada Jiya. Kesibukkan masing-masing membuatkan Arianna dan Jiya membawa haluan sendiri. Masa begitu pantas, sekarang kedua-duanya sudah berada pada semester terakhir.

    “dah lama kita tak berborak kan? Jom kita pergi minum!” Jiya mengajak

    “ermm.. ok” Arianna menjawab dengan malas. Mood masih tiada tetapi melangkah juga ke kedai makan Green C demi menjaga perasan sahabatnya.

    Sementara menunggu order tiba.Jiya bercerita itu dan ini. Tapi satu pun tidak masuk dalam pendengaran Arianna. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Matanya hanya mampu memandang Jiya yang semangat berceloteh.

    “akak ok ke? Dari tadi orang tengok akak mengelamun?” Jiya menyedarkan Arianna daripada lamunan. Arianna sekadar mengangguk menandakan dirinya ok.

    “Maafkan aku, Jiya. Belum masanya lagi aku menceritakan masalah aku.” Kata-kata hanya terbit di hati Arianna. Air minuman kami baru sampai. Sangat lambat sebab kedai makan Green C memang selalu ramai pengunjung. Harga makanan di sini tidak terlalu mahal. mungkin memahami status pelanggan mereka yang hanya seorang pelajar Universiti.

    Setelah dekat sejam berborak. Arianna meminta diri untuk pulang. Jiya hanya mengangguk dan menghantar Arianna balik sehingga ke depan pintu pagar kerana rumah Arianna lebih dekat berbanding Jiya. Mereka berdua tinggal di rumah sewa yang merupakan rumah kedai bertentangan dengan Kolej KHAR.
   

eee…kesiannya bapa Dhia. Mak mertua dia kalau nak bagi bapa Dhia mati pun, tunggu la lepas majlis persepsi habis dulu” Atul yang sedang menonton drama Tentang Dhia yang tengah hangat ditayangkan di slot AKASIA TV3.
    “betul..betul..betul….” Ila pula mengiakan kenyataan Atul.

     Hawa, Nasuha dan Nurdia hanya tersengih sesame sendiri melihat rakan-rakan housemate yang menonton dengan penuh emosi. Lagu rapuh dendangan Opick yang diputarkan ketika pengebumian bapa Dhia, menambahkan lagi emosi sedih dalam scene tersebut.

    “Assalamualaikum…” Terdengar  orang memberi salam di muka pintu  dan tidak lama kemudian Arianna muncul dengan wajah keletihan. Letih kerana masalah yang telah meragut keceriaan hatinya.
    “hmmm…Arianna lewat balik? Tentang Dhia dah start. Selalu sebelum pukul tujuh, kamu orang pertama yang tercegat depan tv!” tegur Atul apabila melihat wajah satu-satunya housemate mereka yang paling suka ketawa.

    Arianna tidak menjawab. Terus berlalu masuk ke bilik dan menutup pintu.  Mereka yang berada di ruang tamu hanya memandang sambil menjongket bahu sesama sendiri. Pelik melihat perangai Arianna yang tidak ceria seperti selalu.

    Suasana yang ceria ketika menonton drama Tentang Dhia tetiba menjadi suram. Manakala, di sebalik pintu, hanya deraian air mata yang menyelubungi bilik yang sepi . Tedy Bear Strawbery berwarna merah jambu yang diberi nama Pinky sentiasa menjadi teman pendengar setia Arianna untuk berkongsi rasa dan emosi.

***********************************************************************************

salah satu bab yang dah disiapkan. tapi tajuk tak ada lagi ^_^


p/s: hope dapat siap sampai habis sebab menulis ikut mood ***

Sunday, February 12, 2012

dapat juga jumpa dengan Haha - Running Man !

                                              ' my dongsaeng ' ~ jong kook oppa ^_^


merata cari. akhirnya jumpa juga pororo. yeay ! tinggal satu jer. nasib sempat diselamatkan. ^_^

Thursday, February 2, 2012

memory matrikulasi with Aini Shafikah, Alwanis Rozi dan Fatin Tarmizi

Pejam celik pejam celik. dah nak masuk sem 6. Insyaallah akan habis hujung tahun nie. horeyyy! Gambar-gambar kenangan semua aku nak cuci sebab takut hilang macam zaman matriks. bukan boleh harap sangat simpan dalam Hard Disk. nasib ada wanis upload gambar dalam facebook. boleh la aku kidnap ! thanks lalink, love you !

sebelum hilang lagi, baik aku abadikan dalam blog. sebelum nie pun, aku rasa tak pernah letak lagi gambar2 kenangan matriks. so miss this moments so much!. especially kawan2 praktikum semua sangat sporting, epy go lucky, even semua stress strunggle belajar dekat matriks.


A1P8 ! nama praktikum aku. mula2 datang Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Aku tak kenal sorang pun. maklumla semua dari sekolah dan negeri lain-lain. Budak sekolah aku, tak ramai. kalau ada pun dari kuliah A2. Kuliah akaun di KMPP hanya ada 2 sahaja. Menebalkan muka dan tak malunya. aku langgar jer semua orang. means aku pot pet pot pet dengan kawan baru macam dah kenal lama. for sure orang tengok pelik. whatever! nak kenal orang baru la perkara yang paling aku tak suka. bukan apa.. nak kenal hati budi and yang boleh masuk satu kepala bukan senang. susah beb! nak cari geng sebulu! payah-payah......

minggu orentasi, waktu aku cari geng2 sekepala..! aku kan jenis yang pot pet, aku perasan dua orang nie macam nak dekat2 iras. tengok rapat semacam jer. aku pun pergi la tegur. Aini (tudung purple) and Wanis (tudung hitam).

aku assume diorang dari sekolah yang sama. rupanya tidak ! sebab sorang dari perlis and sorang lagi dari perak.

perasaan chemistry aku dapat rasakan. orang kata melawak kasar pun no hal laa. waktu rest time ! kami perasan fatin (tudung putih) duk sorang-sorang dekat kerusi batu berhampiran. so dengan ramah, kami bertiga pergi la tegur ! dalam hati aku. budak nie mesti 'minah pink'. sebab baju kurung, kasut dan beg dia semua kaler pink !. owh okey, kami pun tegur la. tanya nama and asal mana. sepatah kami tanya, sepatah dia jawab. *masih segan barangkali* (orang Negeri Sembilan). Borak punya borak. eyh eyh kami berempat dah boleh melawak. seminggu jer orentasi, tapi kami nampak 'kamching' gila.  " korang satu sekolah ke?" budak2 lain tanya. "takla...kami lain2 negeri.!" aku dari Penang. (paling dekat dengan rumah) ^_^

Kami rasakan, matriks tue kami yang punya ! haa haa haa (gelak jahat). kami pergi kuliah sama2, pergi kelas tutorial, rehat, dan waktu malam pula mesti lepak sama. kalau gelak memang tak ingat dunia. i feel heaven dat time! especially aku first time duk asrama. kurang la sikit teringat kat umah (padahal kaki cengeng aku masa matriks) huhu. ku sangka panas sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari *betul la kot peribahasa aku kan?* kelas A1P8 kena bubar. setiap orang kena pecah masuk praktikum yang lain.

Allah Maha Adil ! uolls know what? kami berempat tak sama langsung kelas praktikum. Wanis A1P3, Fatin A1P4, aku A1P5 dan Aini A1P6. mau tak meraung kami. nak belajar pun hilang semangat. yerla nak berkenalan dengan orang baru lagi.! for sure budak kelas lain dah ada puak masing-masing sebab diorang kan dah berkenalan masa orentasi. aku rasakan satu beban yang berat atas bahu. tambah dengan stress belajar. Setiap kali kelas tutorial jer, aku tengok jam berkali- kali. sebab dalam kuliah sahaja kami boleh jumpa. habis time jer! aku pecut lari dewan kuliah cari kawan2 aku balik !.
























Berminggu-minggu jugak aku nak adapt dengan kawan-kawan baru. perangai aku rotate 180 darjah. kalau dulu kelas A1P8 aku seorang yang sangat gila cakap, bising dan sewaktu dengannya. tapi kelas A1P5, aku sangat nerd. masuk kelas tutorial jer, aku duduk depan sekali. hanya berbalas senyuman. aku dah agak kena cop 'sombong' sebab masa last2 matriks. aku dah sangat sayang kawan2 A1P5. Baru diorang luah first impression masa mula2 aku baru masuk. owh tidak aku sangat kejam yer dengan diorang! sorry guys!

tapi tapi tapi...orang pertama yang berani tegur aku yang dingin dalam kelas A1P5 ialah fakhriz. mamat kelantan pada mulanya , aku rasa sangat gatal. sebab suka tenung orang semacam. 'tak kenal maka tak cinta'. Fakhriz tak segatal yang aku rasa. tanggapan yang salah.sob sob sob. sorry. dia baik and caring. take care pasal aku masa dalam kelas. kalau tak ada dia. maknanya aku tak ada kawan dalam kelas tue. *padan muka sombong lagi *. sebab tue wanis pun boleh jatuh hati. hikhikhik. betul tak umie? ^_^


Ada hikmah kelas kami kena bubar ! baru mula nampak orang disekeliling kami. kalau tak asyik nak berkepit jer. tak hiraukan orang sekeliling. at the same time, dalam busy study, tak tau macam mana kami boleh terjebak dalam game family2. wanis jadi umie, kami bertiga just adik perempuan, kami ada walid, abg long, abg ngah dan abg lang. again, kami dalam dunia kami lagi. tak peduli orang disekeliling. *mesti orang rasa annoying* sebab kami jadi adik2 yang sangat mengada-ngada. sikit2 suruh belanja. yang jadi mangsa abg long. (abg long dah nak kawen). wnk wnk wnk. 

ala.. walid tak ada dalam gambar. yang peliknya, walid lagi muda dari kami semua. hehe. nasibla...
Memori gambar di tasik kmpp, tempat student untuk lepaskan stress! ada tali boleh menyeberang. tapi malang.. kami jatuh dalam tasik! ini angkara orang buat dajal (tapi mula2 sendiri yang jatuh sebab tak dapat imbang badan). mangsa yang selamat cuma Fatin and abang long kalau tak silap. Guess what? tudung aku terbuka. maluuu !!!! bila balik bilik, romate aku terkejut sebab tengok baju aku basah. aku bagitau la, aku jatuh tasik and tudung aku terbuka. "owh patutla". 

owh patutla? apa yang patut? aku pun tanya la zue kenape? dia pun story la kat aku, ada orang cerita kat dia, ada budak perempuan jatuh tasik sampai tudung terbuka. sambil ngomel "kalau nak main, tak payah la gedik sangat sampai tudung terbuka! dah la ada budak lelaki !" gulppp..owh pandangan dari orang. tapi masa tue aku tak amek port sangat! sebab life aku! janji aku happy, aku tak kacau orang ( itu perangai aku dlu) tapi sekarang aku sangat sensitif atas pandangan orang sebab pandangan orang amat penting untuk perbaiki diri. pergaulan aku dengan lelaki pun dah terbatas sekarang. sebab aku dah tak se confident dulu. huhu.

eyh eyh eyh. kami pergi tasik bukan dengan 'family' jer tau! kadang-kadang pergi dengan romate aini dan romate Fatin. aku rasa tak pernah keluar dengan romate wanis or romate aku (romate aku zue jer pun, sebab lagi dua orang dah tukar ke maktab. so sad ! ).









Dalam gambar tambah Cah dan Sheila,.
semua gila gambar! pantang nampak kamera. macam2 gaya ada! wah rindu dis moment so much!

Memori dalam dewan kuliah paling aku tak boleh lupa ! sebab kami kan berlainan negeri. perangai dan cara orang belajar berbeda-beda lerr. memandangkan matriks setahun jer! lecturer ajar punya la laju.! lambat catch up. pandai2 sendiri la nak hidup. Paling pening time math, kena fokus + salin jalan kira + nak faham lagi.  
otak, tangan, dan mata perlukan tahap kerjasama yang sangat tinggi. Selalu aku rasa macam nak nanges bila dalam kuliah tue sebab aku tak fahammmm ! pusing kanan, tengok Aini pasang ear phone (dengar music), Fatin pula kalau dah salin, lengan dia akan mula mengepak. dan Wanis,  dia akan mengeluarkan suara. dan ulang balik apa yang lecturer cakap!. 

tengok diorang nie, buat aku rasa down. sebab "eyh diorang faham". tapi kenapa aku tak faham? aini siap boleh dengar lagu, wanis boleh ulang balik apa yang lecturer cakap. Fatin boleh salin jalan kira lecture yang agak laju tue. aku? aku tak boleh salin kalau aku tak faham ! aku kena renung jalan kira dulu sampai faham, baru boleh salin. bila dah faham, nak salin. lecturer dah pergi ke slide seterusnya. so macam mana aku nak repeat balik apa yang lecturer cakap macam wanis. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri la jawabnyer. huhu.

Kebahagiaan kami nie lagi sekali di rampas! fatin buat keputusan keluar dari matriks pergi maktab! huwaaaa minggu air mata la kami bertiga. memang tak ada mood langsung! fatin sempat buat exam UPS (Ujian Pertengahan Semester) tapi tak sempat tengok result. =(

                                            tinggal kami bertiga ! berjuang di KMPP !

Payah juga kami nak teruskan. nak tak nak gagah juga la. Fatin ikut nasihat parents dia suruh jadi cikgu! setiap pertemuan mesti ada perpisahan. kalau panjang umur, kita ketemu lagi. dalam bape minggu or bulan aku tak silap. Fatin datang jumpa kami ! horeyyy ! Fatin tidur dekat rumah aku. sebab kami nak pergi Pesta Penang




Rasanya, nie kali terakhir kami jumpa Fatin ! masing-masing dah mula sibuk study! termasuk kami bertiga.
kehidupan harus diteruskan. fighting !

Nak dijadikan ceita, praktikum aku A1P5 sahaja yang akan buat lawatan ke Kelantan ! tapi still ada tempat kosong. aku yang dengar tempat kosong terus tanya. 

"budak praktikum lain boleh bawa tak?"

"tak boleh! tak boleh! " salah seorang kawan A1P5 aku cakap

"Daya mesti nak bawa Aini and Alwanis kan?" lagi sorang bersuara. aku hanya mampu tersenyum (time nie aku dah mula nak rapat dengan kawan praktikum baru )

"ala Daya kalau bawa Aini and Wanis, mesti jalan dengan diorang jer nanti" nada tidak puas hati dari orang lain pula.

"tak...nanti kita jalan sama-sama la kat sana " aku mula berjanji (tapi bila sampai sana, aku jalan dengan Aini dan Wanis jugak, hikhik..sungguh tak tepati janji ) saya minta maaf. *berdiri tegak sambil tunduk*

aku berjaya bawak best friend aku ! yeayyy ! tapi kesian wanis tak mampu jalan jauh ! mabuk jalan, dia pening and nak muntah. i still remember dat moment. u make us worried, wanis.!  (kami saling jaga kalau sesiapa sakit. ) aku masih ingat korang jaga aku masa gastrik aku datang menyerang ! i will never forgot dat !


lawatan di UMK

Nak pergi shopping di Pasar Siti Khatijah (err entah tak ingat )

Bukan kelantan jer, kami 3 orang tidur di rumah Aini jugak ! pergi Tambun ! sangat best time tue sebab kami tiga orang jer yang ada dekat Tambun. *sampai awal sebab excited* heehee. Jalan2 dah. so study pun kena la kuat, rajin benor aku dengan Aini study dekat Library. kalau tak silap aku, Wanis jarang follow kami. dia lebih selesa study dekat bilik. 

rindu kat LIBRARY KMPP !

rindu jugak kawan kuliah A1. KORANG SANGAT BEST ! (last day kuliah) T_T

P/S ; sape sokong zaman matriks sangat best ??