Tuesday, January 31, 2012

kaya sebab kad kredit?

Kisah benar yang berlaku depan mata aku. seseorang jadi kaya sebab memiliki kad kredit. ini betul2 bukan cobaan. kisah dua orang adik beradik. kakak dan adik lelaki. Macam mana nak dapat kad kredit? korang boleh apply dekat bank2 berhampiran or pergi ke shopping mall. Ramai promoter buka booth di shopping mall. booth2 kad kredit selalu berada di escalator. Apply, senang, cepat plus boleh dapat cenderahati yang comel2 sekali. wnk wnk wnk.

Kakak diberi nama Alice ( bukan nama sebenar ) dan adik lelaki pula Danial ( juga bukan nama sebenar ). Alice yang mula2 pakai kad kredit. bukan satu tapi 3 jenis kad kredit yang di apply. Pada mulanya, kegunaan kad kredit untuk isi minyak kereta SAHAJA. tapi kelamaan digunakan untuk memenuhi kehendak yang tak boleh di control. well biasa la perempuan, kalau shopping, semua nak. tak perlu susah hati. just swapppp. ! hati sangat happy sebab dapat beli banyak barang. dari barang murah sampai barang mahal pun boleh beli. horeyy !

Danial yang baru start keja juga apply kad kredit sebab tengok Alice seperti 'orang kaya baru'. Kad kredit yang dah dipohon sampai dekat rumah. Sampul berisi kad kredit dibuka dengan semangatnye. sambil berteriak  " aku kaya ! aku kaya ! "  bapa kepada Alice dan Danial hanya mampu menggelengkan kepala. dah berbuih mulut suruh jangan 'gatal apply kad kredit' . tapi mereka balas " ala bapa bukan tau, zaman sekarang orang pakai kad kredit. bukan macam zaman bapa dulu" kekekekeke, mereka ketawa kan bapa mereka. ok we wait and see.

Tiba hujung bulan, surat cinta dari bank pun sampai. wahhh hati riang dan sangat suka sebab dah sampai masa untuk bayar balik. tapi..... owh owh  tidakkkk, duit gaji tak cukup untuk bayar ! takpe takpe. Alice ada alternatif lain. bawa keluar wang dari kad kredit yang lain untuk bayar hutang kad kredit yang lagi satu. bijak tak? bijak tak?  hehe. ibarat korek lubang untuk tutup lubang lagi satu. Begitu juga teknik tue dipakai untuk bulan2 yang seterusnya. Danial pun sama, duit gaji tak cukup ! yang lebih teruk duit untuk bayar bulanan kereta juga TAK ADA ! grrrrrr....haa haaa you in trouble !

Sampai satu tahap, hutang2 tak dapat dibendung. akhirnya, Alice pergi ke bank negara untuk buat bayaran ansuran menggunakan AKPK. Tapi tidak boleh membuat sebarang loan atau membeli aset selagi hutang tidak habis. Bayaran ansuran selama 20 Tahun ! lama tue ! Danial pula, kereta sudah ditarik. yang lebih sadis nama dah di black list. sayang gila sebab umur muda lagi. hurmm nasib la. korang kan bijak? nasihat orang tua tak nak dengar. sekarang sorak la " aku kaya ! aku kaya ! " yerla memang kaya pun. KAYA HUTANG! hikhikhik. 
memang ramai dah muflis sebab kad kredit tapi jangan la muflis di akhirat nanti sudah! lagi parahhh berbanding muflis di dunia taw ! 

Apply kad kredit sebab takut nak bawa duit banyak masa jalan ke? 
Sekarang kan dah ada debit card ! tak payah la risau lagi pasal bawa duit banyak sebab takut kena rompak. 

tapi macam mana pula nak beli barang tue sangat2 tapi tak ada duit?
owh senang jer. jawapannya TAK PAYAH la beli. kumpul duit baru beli. selagi boleh elak dari berhutang, kita cuba. tahan nafsu. I know uolls can do it ! chaiyok ! chaiyok !
tapi kereta and rumah memang terpaksa berhutang la.. heeeeeeeeee
 


p/s: BIJAK LA BERBELANJA ! ^_^

2 comments:

  1. Paklan buat untung menggunakan kad kredit. Tak byk tapi lebih baik dr rugi

    ReplyDelete