Wednesday, January 4, 2012

ingatkan kerja dah habis...

bermulanya tahun 2012 saya isytiharkan letak jawatan sebagai setiausaha kelab bola baling + setiausaha program matematik linear algebra.  START sem 1 hingga sem 4, aku taknak terlibat langsung dengan jawatan Majlis Tertinggi (MT), tapi  bila difikir dengan panjang lebar sepanjang cuti 4 bulan dulu membuatkan aku berazam untuk pegang jawatan2 nie konon nak cari pengalaman. Tak la nanti bila dah kerja and ditugaskan untuk segala kertas kerja, surat menyurat, minit mesyuarat aku 'blurr'. kesian UPSI tempat 'U' aku belajar, cukup la dengan sindiran orang luar terhadap UPSI pasal isu hangat Adam Adli sekarang nie. 

Aku tak nak ulas tentang isu tue, sebab aku pun kurang arif dan bijaksana tentang hal tersebut. Tamparan lebih hebat bila isu posting diberi tempat kepada GSTT. Bila GST bersuara, mula suara2 sumbang kedengaran mengatakan guru sementara lebih rajin compared kami keluaran pendidikan sejati.fuhhh menyusuk jantung kalbu, terhiris hati nie. 'SAKIT WEII...!' jangan tuduh melulu beb, kami bukan bukan tak rajin saja tak nak tunjuk. bila kerja dah siap kami antar terus. tak berani janji kosong takut tak ditepati.

jauh aku mengulas, kalah pengulas bola sepak. jumaat nie aku exam linear algebra. tetiba bunyi lagu 'love story' kat hp menandakan mesej masuk (perlu ke aku nak bgtau pakai ringtone ape? layannn)

"Kak dayah, cikgu mastura minta dokumentasi program"

"dokumentasi pe lak?  bukan dah settle ke?" baru jer aku semangat nak belajar. hampehh tul..

"tak tau try col"

haishhh dokumen apa lak nie, padahal carry mark tuk program tue dah dapat pun. 


****************************************************
 " salam cikgu, sy hidaya s/u program math, nak tanya pasal dokumentasi"

"  wsalam, entah la tetiba ja pengetua minta. cikgu pun ingat dah settle semua. boleh antar secepat mungkin tak? tapi kamu nak exam kan minggu nie"

"a'ah, sy antar ari isnin boleh?

"ermmmm ok, buat simple2 jer 2 3 muka surat"

bunyi macam tak boleh jer... =(

"k, insyallah"

"ok"

nak tak nak, aku buat jugak la..omjeayy siap pun, lepas nie jangan ada lagi suda. so sem 6 taknak pegang apa2 jawatan dah. pengalaman dah ada, cukup! hehe














                         


p/s: 0ne more year to go.. sabar, sabar, nanti kerja jugak ^_^

Thanxx taw baca entry nie....

1 comment:

  1. Rupanya susah jugak kalau ada pegang jawatan ni ye dak. HEHEHE

    ReplyDelete