Sunday, January 29, 2012

bukan jodoh

video

terasa ! terasa ! terasa ! tengok video nie sebab kena batang hidung. huhu. dalam hati ada taman tapi berlagak slumber konon cool. last2 si dia dah ada orang lain. bukan sekali or dua kali tapi dah berkali2. hehe. MEMILIH? of course ! sape nak main redah jer kan pasal teman hidup. kena fikir masak2 sampai hangus ! (aku fikir lama sangat ke or dia yang cepat surrender ) lantakla. positif thinking ~ ' bukan jodoh ' *terkilan juga kadang2* T_T.   malas nak fikir jodoh dengan manusia. now talk about ....

SITUASI 


Last week, aku pergi shopping dengan mak and kakak. pergi usha2 kain ela yang mana cun. (kain ela kat kedai tue tak jual kembar, 1 corak 1 je)  wahhhh hati aku dah jatuh cinta dengan 2 jenis corak. skodeng purse. hati frust sebab boleh beli SATU SAHAJA ! terpaksa apply ilmu ekonomi asas melalui 3 konsep iaitu konsep kurangan, konsep pilihan, dan konsep kos lepas. yang pernah amek subjek nie pasti tahu benda alah nie. tapi yang tak pernah dengar.. sila take notes atas penerangan cikgu yep *dua2 tangan letak di bahu sambil rolling eye*

# Kurangan
 Kekurangan sumber pendapatan sedangkan kehendak individu tidak terhad.

# Pilihan     
 Membuat pilihan terhadap barang-barang yang hendak dibeli agar tingkat kepuasan dapat dimaksimumkan

# Kos Lepas 
 Barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang dilepaskan kesan daripada pemilihan barang yang terbaik

explanation agak rasmi. kalau tak faham. meh nak terang. aku dah tangkap cintan dengan dua kain tapi malang seribu kali sayang. money tak mencukupi untuk menampung kehendak dan nafsu tamak aku untuk memiliki kedua-duanya. secara tak langsung terjadinya konsep kurangan. sob sob sob.

aku kena apply konsep pilihan yang mana choice aku nanti boleh buat aku nampak lebih gojes, ayu dan memukau. ( dah lari konsep agama dah nie. dilarang memakai pakaian untuk bermegah2) hehe. arghhh masalah memilih selalu jadi masalah terbesar aku. aku dengan terhegeh-hegeh tarik tangan mak. nak tunjuk kain2 yang cun tue ! kain pertama yang ditunjuk. jeng..jeng..jeng.... OMG mak aku suka ! with innocent face, she takes and suggest another for me ! mak, kamu sangat kejam ! huaaaaaaaaa. kat sini pilihan aku kain yang lagi satu. walaupun dalam hati tertarik yang didalam pegangan erat mak. ( owh aku memang selalu perangai macamnie, yang mana dah di amek orang baru nak terasa terkilan and nakkkkkk  !!! )

tak usah dirayu or kenang pada yang bukan hak milik kita. kan ? kan ? (ayat memujuk diri sendiri) so kain yang dimiliki oleh mak tue ialah kos lepas. bye bye kain. i will see u in my mother's body. jangan tunjuk gorgeous okeyh ! *nada tak puas hati*. again postive thinking ~ BUKAN JODOH

                                                             credit to google

p/s : kalau asyik fikir 'bukan jodoh', bila dah nak jumpa? any suggesrtion? huhu

2 comments:

  1. Yang dah lepas Redha ajerlah... :-)

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/01/keputusan-ajl.html

    ReplyDelete