Sunday, January 1, 2012

belajar bukan sebab nak gred 'A'

'Port Dickson! Genting Highland! Universal Studio Singapore! LEGOLAND MALAYSIA! Langkawi! Tasik Kenyir!' bestnya dapat round2 semua tempat. esok nak bawak adik pergi mana pulak ma?

belum sempat mama nak jawab, telefon bimbit pulak menjerit nyaring suruh diangkat. Kringg! Kringg! Kringg! aishh zaman dah milennium pun mama pakai ringtone macam tue ke?  bagi sakit gegendang telinga aku jer. aku bermonolog sendirian. "Mama handphone tengah bunyi tue, kenape tak angkat?". Hairan aku mama tak angkat-angkat tapi duk tersengih sumbing depan aku. Mama aku nie demam ke ape.

Kringg! kringg! kringg! kringg! kring!..............

aishhh boleh hilang sabar aku macam nie. mama tak nak angkat biar adik jer la yang angkat. Aku bangun dari kerusi menuju ke handbag mama yang selang dua kerusi daripada aku. tiba-tiba 'gedebukk' aku jatuh

aduhh sakit badan aku, tapi macam mana aku boleh ada dalam bilik nie. Kringg! kringg! kringg! ehh tapi telefon mama masih lagi berbunyi. "Adik tak nak bangun lagi ke? dari tadi jam loceng tue duk bunyi!" mama muncul depan pintu bilik aku. "Hahhh jam loceng? bukan handphone mama ke?". aku yang masih blurr2 tanya mama. "Handphone ape pulak nie? dah cepat pukul 7. nanti lambat nak pergi sekolah" mama berleter dekat aku.



Aku yang masih malas bangun tidur terus ke tandas. dah masuk January rupanya. SPM! ooo SPM! kembali rutin bagun seawal nie. kalau cuti sekolah, selagi matahari tak terpacak atas kepala. tak nampak la batang hidung aku nie di luar kawasan bilik aku. 


dah besar panjang macamnie pun aku masih naik bas sekolah. Aku suruh mama belikan aku motor. macam2 mama bagi khutbah. peratus kemalangan penunggang motosikal lebih tinggi daripada pemandu kereta and bla..bla..bla... dah macam berita TV la pulak siap nak cakap statistik. nasib baik tak tunjuk dekat aku flow chart.



Sampai pun, haishh naik jemu aku tengok sekolah. entah2 sekolah pun jemu gak tengok aku. Rutin pagi2 sekolah mesti la ada perhimpunan. nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri, lagu sekolah, bacaan ikrar. Ucapan pengetua yang nak sambut pelajar tingkatan 1. alahai comel2 jer aku tengok. boleh nampak la masih lagi kebudak-budakkan. tapi abg-abg senior la seronok. stok baru la katakan. kakak-kakak juga rasa tercabar. Yang paling penting masa perhimpunan tue, of course la peringatan pengetua dekat kakak and abg yang nak amek SPM. batch aku la tue. First day la katakan, nampak semangat jer member-member aku baik lelaki and perempuan dengar nasihat free daripada pengetua. aku nak tengok berapa lama boleh bertahan. aku masak sangat perangai member-member aku. 2X5 jer dengan aku. 

Masuk dalam kelas jer, macam biasa, susun meja, sapu lantai, lap tingkap. maklum la dah sebulan cuti. debu sana sini. nak duduk pun geli. Lepas tue apa lagi. Masing-masing duduk dalam puak masing2. bercerita la aktiviti masa cuti tak pun bergosip.hikhikhik. Well group aku kalau boleh nak bagi satu kelas dengar.punya la riuh, so kumpulan yang tengah study konon persediaan awal SPM jeling jer la. berani nak tegur. huhu. Gengster form 5 nie. ^_6.

Guru tingkatan pun masuk, amek kehadiran, and aktiviti biasa awal sekolah mesti la lantik Ketua kelas, Penolong, AJK tue, ajk nie.  Yang paling penting mesti bagi time table kelas. Well aku kan pelajar bijak bestari mesti ada buku catatan siap. dalam buku tue aku dah siapkan juga page column untuk markah ujian, so aku boleh la nampak flow aku sepanjang tahun tue, daripada ujian bulanan 1, ujian pertengahan tahun, ujian bulanan 2, ujian percubaan SPM, akhir tahun. and SPM! 

******************************************************
Kenangan tahun 2007. now 2012. cepat jer masa berlalu. Kalau boleh diundurkan masa, aku akan nikmati sepenuhnya zaman tue. perasaan malas nak pergi sekolah + buat2 sakit sebab nak ponteng kena buang jauh2. Tapi aku tak frust sebab aku still lagi bertungkus lumus belajar. beli buku rujukan adn latihan banyak2 dekat kedai buku kesayangan 'POPULAR'. 


Pengalaman menghabiskan duit parents pergi tusyen sana sini. Macam2 jenis pusat tusyen aku atur. home tuition pun pernah. semua sangat2 best. well aku nie kan pemalas nak study sendiri. so bila pergi tusyen. aku belajar dua kali la selain kat sekolah. 


Alhamdulilah aku score 5A1 3A2 1B3. tapi lepas habis exam, result pun dah dapat. everything i learn from primary and secondary school is gone. Subjek minor aku dekat 'U' is math. yang peliknya, aku jadi blur and tak tahu nak jawab macam mana, i already learn it before at school but i cannot do it. Terasa budak 'U' lebih bodoh dari budak sekolah.huhu

Sem 7 dalam bulan 8 nie nak pergi praktikal dekat sekolah, subjek akaun. aku sangat nervous sebab takut tak boleh nak terangkan dengan lebih jelas. Padahal subjek major. Itulah masalah kita 
( segelintir yang sewaktu dengan aku sahaja ).

contoh lebih mudah, masa zaman sekolah subjek agama, bila ustaz mengajar, aku rasa susahnya nak ingat2 semua tue. aku beli nota pendek. and HAFAL. ok H.A.F.A.L. actually is not the right way to learn. dalam exam alhamdulilah aku boleh ingat semua benda yang aku HAFAL., tapi ada segelintir member aku blank. ini penyakit yang paling bahaya sekali bila blank waktu exam sebab korang dah tak tahu nak tulis apa. habis kuat goreng jer la.

So aku sarankan we must love to learn for knowledge. not we should  learn for exam. Buktinya, bila dah habis exam, aku bukak balik nota2 pendek agama, sebab saja2 nak tau sapa sahabat nabi. Siti Aisyah tue anak sape? Fatimah? Perang tue perang nie. its miracle i can remember all dis because nawaitu aku sebab 'INGIN TAHU' bukan sebab 'TERPAKSA TAHU' **masuk exam la katakan.

   3 idiots hindi movie

hindi movie yang sangat sesuai ditonton especially students, parents juga digalakkan tengok. 


aku paling suka ayat Aamir Khan dalam filem nie

"Now rewind 1 minutes of life a bit and think, when i asked this question, Anybody thought that today we will get something to learn new."

"Everyone sunk in race. What is the use if you come first studying like this?"

"Will you improve your knowledge? NO"

"ONLY PRESSURE WILL INCREASE"

tapi jangan salah faham maksud aku, ok Ms. baby boo nie kata kita tak payah dapat 'A' dalam exam. 'knowledge + achievement' biarlah seiring. but to parents. anak-anak tak sama tahap IQ.kalau si abg pandai, tak semestinya si adik pun pandai. even dh suruh belajar siang malam tapi still tak boleh nak dapat A. maybe si adik pandai dalam kemahiran. 



TAARE ZAMEEN PAR HINDI MOVIE. salah satu cerita Aamir khan yang sangat ilmu dan pengajaran. rugi kalau tak tengok,

p/s: " Sebaik-baik kekayaan manusia ialah kaya ilmu, bukan kaya harta. kerana kaya ilmu, ilmu akan jaga kita tapi kalau kaya harta, kita yang kena jaga"


                              klik gambar utk ucapan new year!

Thanxx taw baca entry nie.. =)


1 comment: