Friday, January 6, 2012

apa motif movie 'aku bukan tomboy'


Aku bukan tomboi dibintangi Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam, Syamsul Yusoff, Salina Saibi,Sheera Iskandar, Zarina Zainoordin, Eira Syazira, Didie Alias, A.R Badul and Harun Salim Bachik. Aku baru jer layan movie nie masa study week. sangat2 teruja kononnya cerita ni sangat la best. tambah pengarah 12 Juta yang bikin movie.

So perasaan excited berakhir dengan hampa bila part last habis macam tue jer. Apa jadi dengan pengkid2 yang suka dekat Scha? Kisah silam ape yang membuatkan Scha nak berpakaian seperti lelaki? kena tinggal dengan boyfriend ke? so jalan cerita agak mendatar. teramat la rugi aku rasa bila mengeluarkan modal untuk movie macam nie.

TAPI....bila aku tengok kali kedua dengan kak housemate, and dengan penuh khusyuk and tawaduk nyer. movie komedi arahan syamsul nie, ada juga mesej yang cuba hendak disampaikan dalam gaya santai and lucu.

1. Penampilan Scha = Berpakaian ala ala boy boleh mengundang fitnah dan musibah 

haa tengok jerla masa scene Scha accident dengan Syamsul, syamsul panggil dia 'abang' . habis kalau dah dress up serupa laki + masa tue pakai helmet siap tutup muka lagi. mana la orang nak tau yang awak tue perempuan. tambah kalau aset kurang. nampak straight jer. so jangan la melenting kalau orang panggil awak tue 'bro'.

plus kalau rasa ingin dicintai dan disayangi oleh someone. cewahh ayat aku awesome! babak Scha dengan Sam. Kita nampak yang Scha teruja bila Sam ajak keluar tengok wayang. siap kata "Ko nak ajak aku date ke?" Sam pulak balas " aku kalau nak date, dengan perempuan". memang la dia melawak. kalau kena kat batang hidung aku pun, aku sentap! tapi salah siapa? (lu pikir la sendiri).

orang kata, kalau seseorang itu mencintai kita. dia kena la terima kita seadanya. yess aku admit about it. so dalam kes movie nie. Scha beruntung sebab anak orang kaya + nerd boleh jatuh hati dekat dia. tapi jangan lupa, lelaki yang suka kita tue ada family, and we live in society. we cannot say "ITS MY LIFE, SO DONT BUSY BODY. JUST TAKE CARE OF YOUR BUSINESS". memang kita tak kacau orang, tapi kita bakal jadi menantu, adik ipar, kakak ipar, isteri orang and bla bla bla.  apa perasaan diorang? MALU BEB! watak Didie Alias yang sound Scha 'Bohsia' 'Mat rempit' 'tomboy'. tak boleh dipersalahkan 100%. Mana la bakal mak mertua kita tue tau yang penampilan kita jer nampak 'ganas' tapi hati baik. so ayat 'dont judge a book by its cover' tak boleh pakai la dalam hal nie.

2. Sikap kasar

Anak dara tak boleh nak tunjuk kasar and ganas sangat. sebab otai macam mana pun, kita tak boleh nak lawan kudrat  lelaki. Scene ‘aku bukan tomboy’ part Scha hampir nak kena rogol masa keluar dengan Burn. Sebelum tue kan dia ada tendang mat rempit tue sampai jatuh motor. yela nak mempetahankan diri bila diganggu. Sebab tue orang-orang tua kata 'anak dara tak manis keluar malam2'.

3. Pengkid

Watak lakonan Sheera and Salina Saibi salute la, menjadi! Cuma Zarina jer nampak kureng sikit. Pengkid kat MALAYSIA nie pun dah berlambak. So sad bila member aku pun ada. Dia  suruh aku panggil dia Shah. Tapi aku still panggil nama Syahira. Bengang la kawan. Ada ku kisah! hehe


Back to this film. Aku suka gila dialog Sam bagi dekat Salina Saibi. “nanti kalau korang jadi kahwin, boleh mintak tolong aku bagi zuriat kat makwe ko, dengan ko sekali aku boleh bagi” haha. So buat ape korang buang masa nak ada hubungan sejenis. Bukan boleh bagi anak pun. Waste time la weii..pastue buat tambah dosa ja. Dosa yang dah ada pun tak tertanggung lagi.


 Fitrah manusia kalau tak mengata, mengumpat. jangan undang orang lain mengata kita. DOSA BESAR!
 Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai perbuatan dosa.

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya. Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang MUFLIS di akhirat nanti.
Dalam islam juga mempunyai garisan panduan dalam berpakaian. Bab aurat jangan cakap la, memang semua orang tahu tapi tak semua orang follow! Huhu. Garisan panduan yang aku maksudkan ialah pakaian wanita dan lelaki adalah BERBEZA!
Lelaki dan Wanita berbeza.

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Abu Daud dan Al-Hakim).
p/s: Dunia sudah sampai ke penghujung. Tapi kenapa ramai yang kembali ke zaman kaum nabi LUT? Renung-renungkan....
Thanx taw baca entry nie.. =)

7 comments:

  1. ermm..tak tengok lagi cerita ni..nak download pun rasa rugi..nnt lah tunggu sesape yg tlg download kan...:P

    ReplyDelete
  2. Berpakaian lah seadanya sambil menutup aurat..tetapi jgn dok tiru dok nak jadi laki mahu pun perempuan..whats the point. Nanti susah nak spot awek yang single. haha

    ReplyDelete
  3. setujuu !~

    rmbut bolat skrg pndek.. ==" bkn nk tiru pengkid..
    tapi dlu rmbut brkarat..

    haihh. ape nak jdi kan skrg

    ReplyDelete
  4. aku rasa filem sebegini hanya tak lebih sebagai hiburan sampingan dan gambar sosiobudaya masyarakat kita sendiri. tapi ada juga mesej yang hendak disampaikan. ambil yang baik-baik. :)

    ReplyDelete
  5. suka! suka! suka! best entry nie. BerHEMAH dan BerHIKMAH !! ^^

    ReplyDelete