Monday, December 3, 2012

Pelupa, Cuai atau Penyakit? plss help me!

'Bahagianya jika boleh mengucapkan Selamat tinggal pada dosa! Ucapkanlah pada diri - Saya diciptakan Allah terlalu baik untuk membuat kemungkaran. I’m just too good for all this maksiat.'

kata-kata dipetik dari luahan hati Wardina Safiyya. Aku baru berjinak-jinak mula minat dengan Kak Dina, So far penulisan dia, sangat-sangat memberi semangat and pendorong. InsyaAllah, mudah-mudahan aku pun dapat menjadi seorang yang tabah dan penuh confident macam beliau. Amin.

Sebut pasal confident, makin hari keyakinan diri makin pudar. aku hanya berlindung disebalik penampilan yang kononnya suka berfesyen untuk menutup kelemahan diri. Sometimes, aku turn on silent mute untuk elak orang lain perasan kekurangan diri.

Orang kata, kelemahan diri usah diceritakan, tapi masalahnya, kelemahan diri ini makin memakan diri. stress! tekanan! hanya Tuhan jer yang tahu. 

Umur boleh dikatakan masih muda, baru sahaja melepasi peringkat remaja, zone awal dewasa. tapi memori aku ibarat seperti nenek. 

Aku tidak pasti sama ada orang lain mempunyai masalah yang sama, Bayangkan jika seseorang meminta bantuan or memberi pesanan. aku harus memandang wajah or memberi sepenuh perhatian. Kalau tidak, selepas arahan yang diberi. pasti aku 'blurr'!
Pesanan apa tadi ekkk?

Kunci motor pun aku boleh tinggal jer dekat seat motor selepas simpan helmet. Nasib baik tak hilang motor tue, haishhh....

Kalau buka api dapur., dah sampai berasap rumah, baru teringat aku terlupa tutup.. apa lagi bising la mak. Bukan sekali, banyak kali pula tue. hurmmm

Hp for sure aku tak pakai yang canggih2, bukan kedekut atau tidak mampu, tapi hp aku sentiasa bertukar-tukar dek kerana tertinggal, jatuh takpun  kena curi... (pena kena curi ke? aku rasa selalu aku yang tinggal hp..)

Kawan-kawan lama terutama zaman sekolah rendah lagi la aku tak ingat nama. rasanya normal la kan tak ingat nama. lebih teruk muka pun aku tak cam. huhu. nak sedapkan hati, 'ala tue kawan lama, masa kecik...sekarang dah besar, rupa makin berubah. semua orang sudah pandai bergaya.'

Bila difikirkan balik, kenalan yang baru kenal 2 hari lepas datang menegur pun aku tak ingat langsung. memori tak dapat nak capture! so itu, apa kes pula? parohhh2...

Jangan kata memori dengan kawan, memori diri sendiri masa zaman sekolah pun tidak dapat recall sepenuhnya, padahal dalam fb, kawan-kawan punya la seronok duk balas2 komen cita zaman tuk kaduk, siap boleh hentam aku lagi tapi aku tak dapat nak reply 1 komen pun sebab aku tak dapat nak imagine pun.

yang paling latest, ada abang tanya aku pergi mana hari sabtu ( hari yang ditanya isnin ) cuba bayangkan aku mengambil masa yang lama untuk membalas. aku tak dapat ingat aku pergi mana? how worse i am. sob sob sob

Kalau nak dicerita, rasanya banyak peristiwa aku macam mana. aku teringin nak tau, adakah orang lain pun ada masalah yang sama? kalau ada, macam mana ehh nak solve problem nie?


Saturday, November 17, 2012

masa mula-mula pegang komputer....



marilah kita sama-sama doakan keselamatan saudara kita di GAZA. Amin..

Alhamdulillah kita semua ada dalam negara yang aman dan selamat. dan boleh belajar macam-macam teknologi kan?

kalau kita tengok, budak zaman sekarang dah pandai taip or cari huruf dekat keyboad. tak macam aku dulu, walaupun ada komputer dekat rumah, nak pegang mouse pun takut ! mana taknya,, nak tekan apa pun tak berani. kalau rosak macam mana?

Diriku hanya tahu tekan key enter, kalau nak buka game pun mesti suruh abang yang buka. sadis btul rasa. Sampai nak shut down pun suruh orang lain yang tutup.  tak macam adik angkat aku, (6 tahun) jangan kata pandai shut down, buka youtube, buka game, siap ada facebook lagi. pergghhh untungla budak zaman sekarang.

nak dijadikan cerita lagi, aku lepas SPM ditakdirkan bekerja dengan komputer. disuruhnya key in invois. berpeluh-peluh aku nak taip. Kakak yang kat sebelah aku dah mula tarik muka masa tu. cuba uolls bayangkan, satu invois taip nak dekat 10 minit. bukan banyak mana pun.

hanya menggunakan dua jari, satu jari tangan kanan dan satu lagi jari kiri. cuba korang bayangkan, jari kiri, aku hanya stand by dekat keypad 'A' sahaja, jari kanan aku pula bekeja keras untuk taip semua huruf. ditambah pula dengan aku yang tak tahu kedudukan huruf-huruf tue,  berterbangan la tangan kanan aku nie di atas key board. paroh2.. berat nanang aku nie (ehh betul ke aku guna ayat nie, sja try guna bhsa ganu,) hehehe..

rasa-rasanya, ada tak lagi yang macam aku zaman sekarang nie? ce share shikit pngalaman...  :)

thanks tau baca entry ni :)


Monday, October 29, 2012

smokey eyes

boleh dikatakan tiap-tiap hari la aku duk menghadap youtube, konon nak belajar teknik wat smokey eyes. Baru-baru nie, aku try la memberanikan diri menconteng mata aku, masa kenduri tunang kakak sepupu, entah jadi entah tidak. tapi aku boleh cakap.. mata aku makin nampak sepet, yang sudah sememangnya sepet.. sobbbbbb


nampak tak? actually aku tak berani nak wat terang2. sbb percubaan pertama. tapi bila dipikirkan balik, baik aku pakai eye linear ja lg bgus.. huhu

                                                           mata aku lg nmpak besau kan?



esok nak try, conteng mata macamnie la, mengisi masa lapang sementara jadi penganggur terhormat.

selamat malam :)

Sunday, October 21, 2012

hari-hariku...

Alhamdulillah. tamat sudah semester 7. tinggal lagi satu sem untuk menggenggam segulung ijazah. harap aku dapat posting awal, sebelum nie aku nak sambung master terus tapi rasanya terpaksa hold dulu niat tue jap. bukan sebab excaited sgt nak kerja tapi .....

member satu praktikal aku, Thinesh, ' i feel sad because we already last day today, how about you?'

' i don't have any feelings' hahaha kejam dak.. btw my students always in my mind..


 tadaa inilah anak bongsu ku, '2 bestari' mereka sangat-sangat la manja. pernah sekali tue aku ter naik 'hantu' dalam kelas. mana tidaknya, suruh hantar homework hari jumaat, tak hantar and then postponed hari isnin. tapi bila masuk hari isnin, masih tak hantar, sampai hari jumaat muncul balik. bila dah mengamuk dalam kelas baru tergedik-gedik semua hantar. haha

Muka mula la muncung jer dalam kelas bila dah kena marah. tapi entahlah rasa kesiannya jer tengok. sehari sebelum puasa, ibuy them lolipop.. terus muka berbunga-bunga. sampai akhir mereka bagi kerjasama yang sangat menggalakkan. lebih membanggakan 17 orang skor 'A' dalam exam. antara kelas form 2 paling ramai skor 'A' dalam MATHEMATICS. i'm really proud of you all my dearest student. DO YOUR BEST IN FINAL EXAM !!!


Sweet kan? tak jadi marah. tapi sejak aku praktikal ni. aku perasan aku jadi kuat berletiaq mcm geng mak2 lak rasa. jerawat pun asyik duk singgah jer. stress!!


ini pula kisah anak sulung aku, pada awal praktikal aku sangat semangat masuk kelas ini. sebab students dia lebih ramah dan plus ada dua student lelaki sangat sweet.. hahaha *mood gatal*
sorang mata dia sangat la coklat, owh cair tengok dan lagi sorang seakan-akan mcm mr henry midleton >>ohh my english!

tapi pape pown, they still my students, salah tetap salah. marah tetap marah. 3 kali tegur kata jangan tidur. masih juga nak lena. apa lagi, pitching suara pun sudah mula meninggi. wajah-wajah yang lain mula tidak merasa senang duduk. perubahan wajah menyampah pada aku juga sudah mula kelihatan. I dont care !

keadaan makin worse bila minta mereka hantar fail-fail akaun. Masih terlalu ramai yang ingkar. dari guru sporting, aku mula menjadi tegas. Mengikut jejak langkah guru-guru aku yang terdahulu. tanpa perasaan belas, aku menghalau student keluar kelas. Student yang selalu menghormati aku, mula menunjukkan ketidakpuasan hati dan mula bebai. Its not my fault. i already told them to hand in their homework 1 week ago. ALASAN tidak hadir tidak boleh diterima pakai!

Aku sedar aku tidak boleh terlalu tegas, i need to be patient. aku sudah mula slow. kawal emosi, walaupun kadang-kadang aku merasa sentap dengan kata-kata mereka. i just smile. mungkin ini perasaan guru-guru aku dulu because i quit laser before. hukum karma!



anak tengah aku, pada mulanya aku rasa kurang enak untuk masuk, disebabkan seorang student yang aku rasakan seperti nakal ataupun gengster. ada juga yang terlalu loyar buruk. tapi orang kata tak kenal maka tak cinta, lama kelamaan aku makin menyayangi mereka. they respect me. even kena marah teruk dengan aku berbanding kelas 4 sains.
Walaupun kurang cekap dalam pelajaran. tapi i love their afford. kelas diorang suma hantar fail! belived it or not?? homework pun sentiasa siap ! walaupun banyak salah.  Sampaikan salah seorang student sanggup upah pelajar form 2 untuk siapkan akaun dia. Yess aku sendiri suruh diorang tiru kalau tidak tahu. janji siap! tapi tidaklah sampai suruh upah orang lain yang buatkan.

Macam mana aku tahu? Allah maha besar, aku relief kelas budak form 2 dan  senang cita 'kantoi'.
nak marah budak form 2 tak boleh, aku cuma suruh dia sampaikan pesanan ' cantik tulisan '. Dengar cita dia takut dan nervous. Bila aku masuk kelas, aku buat dekk jer, marah tak apatah lagi tengking, lagi tak,

aku cuma cakap, aku sangat kecewa and bla bla bla.. sampai mengalir air mata *drama queen betol aku* haha. tapi serius aku sangta frust tapi bila fikir balik, sekurang-kurangnya nampak la afford dia nak habiskan kerja akaun tue kan. betul tak?




Thanks for da nice cake, actually diorang nak celebrate awal, tapi ada exam. last day hari jumaat diorang suruh tanggu. tapi aku masuk lambat ke kelas diorang. maklumla nak tawaf satu sekolah minta ampun minta maaf. So hanya 4 students ja mewakilkan kelas untuk bagi kek. pelajar lelaki pergi solat jumaat, pelajar perempuan majoriti terpaksa balik sebab parents dah datang ambil. *pelajar asrama* its okay dear. it still sweet.



tengah duduk. aku macam pelik, kenapa white board tak dibersihkan? laa touching gila beb. nak nanges. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


ini antara salah satu surat dari student. not from 2 bestari, 4 sains or 4 sastera 1. tapi dari student darjah 5. owh jangan pelik, sek aku model khas, so ad pelajar sekolah rendah, pendidikan khas, sekolah teknik, pelajar agama. all in one school. pada mulanya, aku jakun la jugak tengok sekolah ini.

 
bila lalu jer kawasan kelas sekolah rendah. semua serbu panggil cikgu daya ! cikgu daya! kami nak salam. * i feel touch plus old also* >_<



i never though of all this. but i really appreciate this. i'm feel guilty when students said they need me for their account. they dont know their result of account in the future. because they started to love account and understood it. **harap guru pembimbing aku tidak terlalu busy dengan projek usahawan muda next year** pity them. :"(

thanks au baca entry nie :)

Sunday, October 14, 2012

LaSt WeEk

pejam celik pejam celik, dah nak habis praktikal. hari-hari teringat nak update blog tentang praktikal tapi tidak kesampaian. almaklum la busy sangat *mata ke atas tangan ke bahu*

Biarla aku cerita dari pengakhiran, baru ke awal permulaan praktikal. yerr saya memang suka cerita daripada ending cerita. huhu.

hari ini, hari isnin dan juga merupakan minggu terakhir. akhirnya aku pecah rekod. Finally my punch card 'MERAH' hua hua hua. dah nak dekat habis baru harimau tunjuk belang. sebelum ini bagi MC. very bad attitude.  aku hanya insan biasa yang tidak sempurna. alasan!  =_=



p/s : selamat berkerja ! have a nice day everyone! TODAY IS MONDAY ! -15 okt 2012

Thursday, October 11, 2012

Pitam

Sepanjang praktikal, selalu ada jer terfikir nak ponteng sehari kerja. pilih hari-hari yang sesuai untuk buat kerja jahat. tapi ada jer hal-hal yang menghalang untuk teruskan niat 'murni; aku tu.

seminggu nie aku demam, tak la teruk sangat. tekak sakit. standard la an an an. dalam busy duk mengajar dalam kelas tetiba jer rasa kelas berpusing-pusing. pa kehel nie. tekak memberi respon untuk mengeluarkan isi perut. objek di depan mata mula menjadi double triple. haa sudahhh..

"cikgu pergi toilet dulu"

terus keluar kelas. aku rasa jalan straight dah. tapi student lain tengok aku semacam jer.  jalan terhuyung hayang turun tangga.

'jangan la aku pengsan, tengah jalan..'

msuk bilik guru, terus duduk. telan segala ubat yang ada and terus tidur. huhu. kelas apa jadi? entahla. yang penting aku lena dulu.

akhirnya, impian aku untuk ponteng sehari terlaksana ! i got one day MC.. !!!  senangnya dalam ati, dapat cuti sehari. ^_*

p/s : kalau tak ponteng, bukan diriku sebenarnya. hehehe

Friday, September 7, 2012

HERBALIFE

MALAYSIA! kaya dengan makanan, di saat orang luar kekurangan makanan, orang malaysia pula kaya dengan makanan yang limpah ruah. Kebanyakkan orang-orang malaysia mengalami obesiti yang melampau.. termasuk la aku ! huhu. perasaan rendah diri menguasai diri. tapi berlagak cool ! akhirnya dapat terima kenyataan dan biarkan aja nafsu memenuhi ruang mulut sehingga ke perut.

Hari ke hari, nikmat makan sudah menjadi sebati, sehingga orang tanya, anak berapa dah? tak pun umur mesti 25 tahun or 26 tahun.? Hello.. i just 22 years old ok! perasaan stress makin bertambah-tambah, bila snap pic dengan bakal kak ipar yang lebih tua dari aku tapi kelihatan sebaya. tak pun i look more older than her.! sobbbss....

 dalam fb, hnya letak gmbar muka. again i said only face! tapi kalau ketemu dengan kawan2 lama secara kebetulan. i feel its very embarassed me and tak sabar untuk buka langkah and blahh terus. Melainkan kalau dah betul2 rancang utk jumpa, i will dress properly dat can makes me look thin ^_@


 my latest picture ! hari raya ke -5 ( 24 Ogos 2012) with my future sister in-law.


                                                           Kegemukan terserlah ="(



                        very adore her's style ( tetiba lak gambar siti nurhaliza terselit)

dah tak nak lagi ada perasaan rendah diri, lari dari kawan-kawan. dikatakan sudah ada anak! umur melebihi usia sebenar. Now i wanted to try HERBALIFE. i JUST BUY fORMULA 1 (CHOCOLATE FLAVOR) & TEA ( LEMON).

owh baru try seminggu, tapi tidak beri sebarang effect. rupa-rupanya its just not simply to drink it up. HERBALIFE have their own coach ! luckyly i meet TOBBY. A Chinese Handsome Guy. already married ( sad ) huhu. just joking. he willings to be my coach even though i not buy the product from him.

I just seen him today ( 7 SEPTEMBER 2012 ). so mula kan semuanya sekali lagi. This is my result. ( with red face to put this on my blog ). huhu


see my actual age is 22 years old but i looks like 35 years old ! nahiiiiii...kabhi nahii..... dengan perasaan yang berkobar-kobar untuk kurus, i sign up for the member. i join the club with TOBBY. REGISTRATION (RM 98). Sambil cuba untuk kurus, sambil boleh buat part time money dengan jual produk and become the coach !. tapi tapi tapi...

ek eleh baru nak try, sudah promote herbalife, bagi badan tue kurus dulu. ! baru orang percaya. bETUL DAK?? aku pun tidak berminat lagi untuk jual produk or nak jadi coach. let me try first ! kalau berhasil baru aku akan mula jadi pengedar yang bertauliah. kalau tak berkesan. aku sendiri akan let uolls know about it. ! okeyh??



adakah tindakan aku nie betul? keputusan aku yang terus sign up member. padahal registration sangat la MAHAL tindakan yang tidak akan menyebabkan menyesal dikemudian hari. ONLY ALLAH KNOWS. i hope i won't waste my money. huhu. wish me luck everyone!

p/s : tulis status dekat fb ' berharap tidak membuat keputusan terburu-buru' menimbulkan salah faham. semua ingat nak kawen. itu jer yang difikirkan orang luar. (buat lagi status murahan).


Tuesday, August 7, 2012

Dunia Baru

Assalammualaikum dan salam ramadhan semua..

macam mana puasa tahun ini? sedar tak sedar dah masuk 17 ramadhan. kejap jer masa berlalu.
lagi 2 minggu dah nak raya. tapi tak tahu kenapa feel nak raya tak mucul. baju raya tak ada pun tak kisah. Kalau dulu mesti tergedik-gedik nak pergi beli baju raya. berpasang-pasang. kalerful lagi. mungkin sebab umur dah makin 'tua'. pakai baju lama pun tak ape sebab baju yang lama yang dah lama tak pakai bila pakai balik pun dah  terasa macam baru kan?? ** ayat kedekut ** hehehe

hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, dari zaman baby ke zaman kanak-kanak, masuk alam sekolah, kemudian masuk pula alam pra universiti (matrikulasi), dunia menara gading yang diidamkan oleh semua orang pun aku dah tempuh and lalui.

Kenangan dan pengalaman mematangkan diri. walaupun orang lain cakap wajah aku matang, aku taknakkkk!!! sentiasa nak nampak muda gitu ^_^

'Dunia Baru' yang aku nak cerita nie, berkaitan praktikal aku. almaklum sebelum ini aku ada bagitahu bukan yang aku bakal guru yang akan berkhidmat pada 25 Jun 2012. Pejam celik pejam celik dah nak masuk dua bulan. debaran masa hari pertama pun masih belum hilang dari dada.

Sebelum praktikal, macam2 ceita aku dengar tentang kerenah guru, kerenah student zaman sekarang. yang makin lama makin hilang 'respect' kepada guru. Kisah guru-guru lain buli guru praktikal. sobbbss bikin hati gua gerun sieyhhh...............

Walaupun aku praktikal dekat penang, aku still kena tumpang rumah sedara. sebab kondisi seorang students yang tak mampu nak tampung duit tol and minyak. nasib 5 minit jer boleh sampai sekolah. Malam sebelum lapor diri, hanya Tuhan jer tau betapa aku tak boleh tidur. ibarat nak tunggu result SPM keluar. aku masa result SPM, sampai ke pagi tak boleh tidur. awak semua macam tue jugak kew?? ke aku sorang jer mcm tue.. =_=

First day melangkah ke sekolah, macam budak darjah satu, sopan dan baik gila aku. datang pun pukul 7. muka sentiasa senyum. manis ibarat susu, gula, coklat semua la. first impression kan, pasti kena terbaikkkkkkkkkk!!!!!!!

Duduk dekat ofis, dah rasa macam nak gantung kad manila jer. alih-alih soalan yang sama

1. Guru ganti ke?
= ehh tak guru praktikal

2. Dari mana?
= UPSI

3. Kos apa?
= Perakaunan

4. Orang sini ke?
= a'ah, penang dekat pulau

5. Bape lama praktikal?
= 4 bulan. sampai 19 Oktober

Siyess penat eden nak menjawab plus tersengih-sengig macam kera. lenguh mulut!

Lepas jumpa penolong kanan HEM yang sangat baik dan sporting, kami kena jumpa pula cikgu Lia dan Cikgu Firdaus. first day tak dapat jadual lagi. so kami dapat slip untuk relief kelas sahaja.
Cikgu Liza bawa kami masuk bilik guru dan tunjuk tempat duduk. Terasa mata-mata yang memandang. Ohh makkkkkk ! saya tak pandai nak bergaul dengan orang pangkat mak-mak nie.
selalu berkawan dengan orang sama baya jer. terus text kakak :

aku     : kakakkkk.. boring first day tak tahu nak watpe?
kakak : biasa la, x da keja lgi.. dah masuk kelas ka?
aku     : belum lagi, satgi baru relief, skunk kat bilik guru..
kakak : p la beramah mesra dengan cikgu-cikgu.. cikgu2 ok tak?
aku     : cikgu2 semua ok.. daya jer k.o
kakak : awat?
aku     : macam kak tak kenal daya, bukan taw nak sembang ngn orang tua, mak juga tak bagi  
             nyampuk dulu kalau orang tua sembang masuk bilik. sampai sekarang la daya tak pernah 
             sembang ngn orang yang lagi tua. habis kuat senyum ja.
kakak : hang lanie dah masuk alam keja, kena la pandai bawa diri. lagi satu yang hang bendul sangat
             ikut cakap mak tue pasal pa?

BENDUL???  hahaha amek kaw sekali kena bendul. akhirnya aku kena relief kelas.

firs kelas form 2. aku buat aktiviti. sangat la bosan. sebab budak-budak sangat pasif. aku yang cikgu nie pula yang eksaited. last2 main games pun suram jer rasa.

second class form 4, memandangkan aku tak tahu lagi kelas dekat mana. aku keluar awal dari bilik guru. jalan-jalan. tetiba dalam kelas yang penuh students lelaki,

student : cikgu masuk dalam kelas nie ka?
aku       : takla, cikgu cari kelas 4MPV...

tetiba riuhh satu kelas..

student : tak lagii.. kelas kami la.

gulpppp.. biar betul aku nak kena ganti kelas nie, semua lelaki. nampak nakal. Ya Allah gerunnya aku. tetiba baru aku perasan ada cikgu dalam kelas. Cikgu tue panggil aku masuk kelas.

cikgu : awak relief kelas nie pukul bapa?
aku : 1.45 pm. xpe la cikgu, saya tunggu kat luar

cikgu tue sekadar mengangguk. serba salah aku pi layan soalan budak tue tadi. takut cikgu tadi ingat aku tak respect dia yang ada dalam kelas

aku tunggu dalam bilik guru, kelas 4 MPV bertentangan jer dari bililk guru. tengok perangai students memang kecut perut aku. cikgu dalam kelas pun slumberr jer diorang keluar. student perempuan lalu, diorang bersiul,. phewwitttt lagi. Ya Allah, ketar kaki aku nak ganti kelas macam tue. berbeza gila dengan kelas form 2 yang aku relief tadi.

masa yang ditunggu, nak tak nak aku kena juga masuk kelas tue. sikit jer students mana yang lain? aku tanya perlahan. sebenarnya takut.

'ponteng' dengan slumber jer seorang students jawab. aku sekadar mengangguk.

mula sorang dari sorang students yang ponteng masuk ke kelas. semua mula bagi perhatian dekat aku.

students: cikgu, cikgu baru ka kat sini?
aku       : takla, cikgu praktikal
students: cikgu ajar subjek apa?
aku       : akaun dan matematik
student : kalau cikgu terror math, saya nak uji satu soalan.

alamakkk, aku tak ready lagi. macam mana nie. dup dapp dup dappp

student ; X - Y berapa cikgu?
aku       :  Y jatuh la.. sebab y satu kaki, tak stabil (aku senyum bangga, ingat aku tak layan maharaja
                lawak)
student : wahhh cikgu tgk jugak erk zizan..

tetiba ada students baru masuk lepas ponteng

aku   : dah pergi melawat kawasan? bape duit perlindungan dapat?
student ; hehehe.. cikgu perli saya,.. cikgu mai dengan keta kan? cikgu nek keta apa?

mula muka aku pucat plus kebiruan. pa kehel lak student tanya pasal kereta. tetiba aku teringat pasal student calar kereta guru, student bagi pancit tayatr n bla bla bla

aku       : saya naik kereta lembu
student ; hahhaha ( 1 kelas gelak), no plate kereta cikgu?
aku      : alif, ba, ya (neves punya pasal, nak cakap ta terkata ya.. nasib aku tak cakap ba, alif, ba, ya) hehe

kringgggggggg!!! fuhh lega aku. waktu relief dah habis. cepat-cepat aku keluar.
tamat sudah first day aku sebagai guru praktikal.

p/s : tak kenal maka tak cinta, rupa-rupanya student 4 MPV tak nakal seteruk yang dibayangkan. diorang nakal-nakal manja. dan respect guru. sayang 4 MPV muahhhh !!!!



                 dalam bilik guru, tangkap gambar curi-curi. takut orang lain perasan. malu!!! hehe

Saturday, July 21, 2012

tunggu sampai kurus keding


Assalammualaikum.

ada yang menunggu entry dari blog baby boo? rasanya memang tak ada kan. sadis betul bunyi. hehe.
ada readers ke tak ada. aku tetap akan update. sebab blog jer satu-satunya teman setia suka dan duka. selain kawan-kawan. KENANGAN. sekurang-kurangnya anak cucu boleh baca. hihihi

Banyak yang aku nak cerita tentang praktikal as life sebagai seorang GURU!. perangai students sekolah menengah. experience aku dalam bilik guru sebagai cikgu bukan students lagi. dunia guru semasa ari sukan. totally rotate 360 degree.!

nak tahu cerita? kita sambung selepas ini/. ^_^

p/s: Selamat Menyambut Bulan RAMADHAN Al- Mubarak !


Saturday, June 23, 2012

car crash

'memandu dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang'. ingat orang yang tersayang la aku bawak tak lebih 100 km. tapi masalahnyer orang lain pulak yang hentam aku. penunggang motorsikal dengan orang tersayang dia.Pengalaman pertama sejak 7 tahun jadi ahli pengguna jalan raya terpaksa deal dengan orang sebab kes accident-accident. selama nie aku selalu jadi wartawan tak bertauliah jer tengok orang settle kes tepi jalan. 

Cuba bayangkan dekat trafic light empat simpang. aku duk garisan tengah sebab nak pergi terus. bila lampu hijau jer, aku pun tolak ke gear D and masuk minyak pelan-pelan. kereta baru nak jalan sah-sah la gerak macam kura-kura baru lepas makan. Tetiba muncul satu hamba Allah nie cross sipi depan keta aku yang cun melecun tue. apa lagi jatuh tergolek dog la. dengan pantas otak bagi signal kat kaki. BREK MENGEJUT la jadinya. pucat lesi la muka aku. nie yang aku menyampah nie. nak accident ka nak stunt ka pergi la cari keta orang lain. keta aku juga yang dipilih pekehelnyer. tambah2 partner yang teman aku sendiri hurmm hampeh, mak aku lagi nerves, ketar lutut la, seram la, tak membantu langsung. aku lagi la bertambah-tambah neves

nak try settle masalah. abang tue berkeras nak suruh aku ganti rugi. mana boleh beb. bukan gua punya salah. ececece bunyi macam brutal jer aku kan? aku tak la bahasakan diri gua, ayat paling lembut meh 'saya' huhuhu

kesian pula aku tengok wife dia, calar-calar. jatuh atas tar sah2 pedih. aku pun dengan baik hati jom la saya hantar pergi klinik. tapi laki dia buat hati gua panas. boleh  pula cakap

"masalahnya motor nie macam mana nak bawa? dah gelong"

"bukan salah saya abang, saya memang duk line betul. abang yang cross macam tue jer. dari kiri pulak tue."

" abang ingat adik nak belok kanan sebab tengok mketa bagi signal."

pelik aku. aku nak pergi terus. bila masa pula aku bagi signal. abang nie duk ranjau kuat.

" bila masa pula saya bagi signal" nada suara aku pun dah tinggi la

lepas tue terus tengok isyarat tangan abang yang tolong jadi orang tengah antara kami suruh aku sabar.

" macamnie la, saya saksi. memang nampak adik nie ada kat line tengah tapi abang yang cross macam tue jer"

abang yang accident tue tak mau mengalah. tendang2 tayar dia. tunjuk perasaan or nak bagi betul tayar, yang pasti aku malas nak layan!

abang yang jadi saksi tue pun ada keja. dia siap bagi no fon. suruh panggil dia jadi saksi kalau nak pergi wat report polis. masalahnya abang yang aku accident tue tak mau pergi. duk banyak songeh motor gelong. last2 aku call bapa aku jugak la.

bila cakap dengan bapa aku, pandai pula abang tue tak berani nak bising kuat. memang sah2 dia yang salah. kalau aku yang langgar dia. mesti keta aku calar belah depan. tapi kereta aku calar belah tepi. kiri pula tue.
Alhamdulilah benda settle. one lesson for me. ^_^




Friday, June 22, 2012

hatyai ~

sawadikappp, masuk ikut pintu keluar ikut tingkap. masalah blog tak ada pintu dan tak ada juga tingkap. Thailand sibuk-sibuk perang, aku pun sibuk juga nak pergi sana. nasib baik tak ada apa2 yang jadi. alhamdulilah selamat pergi and selamat sampai. kalau tak, mesti uolls rindu nak baca update dari baby boo kan? *perasan ! ko ingat blog ko nie macam fatin liyana ? tak pun hanis zalikha?* hu hu hu

Last entry aku dah bagitau kan, last paper exam aku 15hb. aku terus pergi pudu and sampai penang pukul 4 pagi. nasib ada kakak yang baik hati and sanggup tunggu sampai ke pagi. luv you larhhh .! muahhhh !
p pekena 'nasi kandaq beratuq'. dah lama ceq tak makan nasi kandaq sejak duk tanjung malim. nasi kandaq sana tak sodap.

cakap pasal nasi kandaq beratuq baru aku teringat member aku yana (orang KL) cakap nasi kandaq beratuq dengan nasi kandar line clear sama. setahu aku tak sama . dua kedai yang berlainan. aikk orang penang sendiri pun tak tau. tapi pagi-pagi buta kakak aku tanya nak makan nasi kandaq beratuq ka? line clear?  aku pelik. yana kata sama. tak pasal-pasal kak aku bagi kuliah subuh. aparahhhh anak penang pun tak tau. mana ada sama.

terus pukul 4 pagi dia bawa aku jalan-jalan tengok kedai nasi kandaq. perghh ada dua la yana. ** moral of the story, kita kena yakin dengan diri sendiri** aku nie masalah sikit. tak pernah confident. selalu anggap orang lain jer betul. teruk kan??

lepas pekena nasi kandaq balik rumah kakak, malas nak balik rumah mak takut ganggu pagi2. kebetulan dah masuk subuh, lepas solat terus lena sampai pukul 1. baik kan anak dara nie? sape nak masuk meminang? sila lah. hew hew hew.

bangun2 jer terus bersiap nak pergi kenduri dengan mak and kakak jer. pastue kakak drop aku rumah makcik sebab kami nak pergi hatyai terus. dah bersuka ria dekat sana baru aku perasan aku tak jumpa bapa aku lagi lepas balik exam dari tanjung malim. kebetulan jatuh masa hari bapa pula tue. owhh tidakkk saya sangat anak yang baik. ='(

jauh kan elaborate. tapi part hatyai tak sampai-sampai pun.  maafkan saya. banyak pula celotehnyer. aku nak cerita pasal hatyai pun aku tak tahu. tapi sapa yang pernah pergi mesti tau kan, bukan ada apa pun kat sana. betul kata orang 'biarpun hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri'

yang pasti time hatyai lewat sejam dari time malaysia. pastue duit diorang pun macam indonesia beratus-ratus and beribu-ribu. kalau sapa rasa nak berangan kejap nak jadi kaya bolehla shopping kat sana. aku pegang duit 1000 (baht) = 100 jer pun duit MALAYSIA. takpe la janji pegang duit ribu.

aku pergi sana tak lain tak bukan pergi shopping jer la. tapi frust mak nyahhh. orang thai nie kurus-kurus kot. susah betul nak cari big saiz macam aku. jeles aku tengok cousin aku. slim nak mampus. semua baju dia boleh pakai. stressss!! perlukah aku diet?



 Salah satu tempat yang boleh dikunjungi. ada banyak kedai-kedai makan, kedai pakaian + perasan tak ada boat belakang tue? tempat beriadah pun boleh. ** tengok uncle banju putih tue, dia pegang bekas air!** sangat kreatif orang-orang sana. ada bentuk helo kitty, ultraman, ikan dll.

 salah satu keistimewaan . makanan dijual atas sampan. Bila kita beli, aunty tue akan letak dalam satu bakul yang ada batang yang panjang. kita pula letak duit dalam tue balik. 


                                 sushi buatan. siyes tak la sedap sangat. hu hu hu

 aksi muka minta penampaq. haha . nak tunjuk rasa makanan tue.

 muka aku pula ceria sebab makanan tue sedap. telur dicampur dengan sotong, kerang dan udang.


                                     yummy..yummy...yummy....

Seharian punya shopping. kami check in dekat SIAM THANA HOTEL dekat area DANNOK. dekat dah dengan borders. kalau nak balik terus pun boleh. tapi masalahnya esok kami nak pergi hantar adik sepupu lak masuk asrama penuh.

CANTIK, BESAR DAN MURAH. ! tue jer ayat yang boleh aku describe pasal hotel SIAM THANA. jom layan gambar-gambar cousin aku. gambar aku tak ada. sebabbbbbbb tangan sepupu aku nie fail bertul. boleh dikatan majoriti gambar goyang and blurr. sakit pulak hati kite. hu hu hu



 cuba perhatikan sliding door tue, punya la model tak bertauliah nie nak berposing. ditolaknya sliding tue. nak tau ape kat belakang tue? TOILET rupanya. kebetulan makcik gua tengah buat hajat. paa lagi riuh satu bilik. kesian kat dia. mana la kami tau belakang slide tue toilet. hew hew hew.


                                       semua gambar nak dekat sliding..layanzzzzzzzz

                                    katil single ada dua. tepi tue kerusi. kalau nak tido pun boleh.


sayang pula tak tangkap seluruh bilik. kalau tak boleh jadi bukti bilik sangat besar. esok pagi pula lepas subuh terus bertolak pergi sek men sains kubang pasu. nanti i update pasal sek tue. bye. saranghaeyo ^_6

Saturday, June 16, 2012

Bus partner



Pejam celik pejam celik, dah habis exam final, next week dah praktikal! sekolah pun dah confirm! nerves lak rasa. Hope students SMK Permatang Tok Jaya baik-baik. ^_^

Last paper exam 15hb, confident gila balik upsi sehari sebelum exam, dah la ilmu di dada tak ada. dah ada kat rumah. sah2 la malas nak study. padahal  advanced calculus paper killer. doa dan tawakal ajer la. (tapi usaha tak pun) huhu.

Paper start pukul 3 sampai 6. lepas tue, yeayy merdeka!! 8 bulan tak yah menghadap exam dah. tenang jiwa dan raga.  member aku, yana datang amek and terus antar aku balik pudu. dengan pakai baju kurung. terasa perempuan melayu terakhir gila. sopan santun gitu.hik hik hik.

mesti aku rindu kat KL especially member2 kaki rayap. taun nie tak dapat la nak g open house Dato Yusoff Haslam plus tak dapat nak jumpa Syamsul Yuosff. padahal tak la minat sangat kat mamat tue. tapi bila mata bertentang mata, jantung ku berdegup kencang. perggggghhhhhhhhhhh ensem gila.
macho !!!!

Bas pukul 10.30 malam. no bus 8895. (season). alih2 bas no. 8875 yang datang. isshhh nie rasa tak sedap hati. terus pergi tanye.

"oppss sory awak, no. bas salah tulis"

sorry??? kalau aku tak naik bas and kena tinggal gane? sabar jerla. naik2. sit aku belakang sekali atas tayar. mesti terlompat2 punyer. eyhhh mamat sebelah muka mirip syamsul yusoff. dup dap dup dap. gewdikss tul.


hidung mancung gila. bas gelap. macam biasa semua dah start nak tidur. mamat 'syamsul yusof ' tue pun mcm org2 lain mula pakai earfon. nak dengar muzik la kot. tangan pegang hp. aku assume mesej dengan makwe dia. tapi rupa-rupanya tengah dengar and baca ayat-ayat al-quran. plus rington mesej dia lak bunyi surah al-quran. mak tolong aku, hati ku dah cair. hihihi

p/s: kalau malam tue aku purposed dia, sah2 dia turun bas terus. haha

Friday, June 1, 2012

24 hari lagi


24 hari lagi tinggal untuk praktikal. tapi maklum balas sekolah belum dapat  ='(

p/s: sabar itu separuh daripada iman. * dah nipis *

Friday, May 25, 2012

miss blank

Wahh cuti sekolah dah nak start. bestnya dapat duduk rumah tanpa fikir kerja sekolah. opps confirm cikgu bagi kerja berlambak kan? redha ajer la. tapi jadi budak 'u' juga yang tak best. 
 contoh terdekat aku yang sem 6 ni. ada dua lagi assigment nak kena hantar. kajian tindakan dan proposal projek tahun akhir. Stress kut buat proposal, setiap kali tunjuk dekat pensyarah mesti kena edit. bgus belajar dari kesilapan. tapi buat proposal yang baru lagi senang daripada yang kena EDIT !!!

hari ni due date hantar assigmnet Linear Programming. alhamdulilah siap juga assigmnet berkumpulan ni tapi kesian member group aku Tehah dia kena edit balik part aku and M.O. maafkan kami, kami cuba yang terbaik tapi nampak sangat tak reti buat,. tue la padahnyer kalau suka ponteng kelas. so pesanan dari Baby Boo, jangan suka suki jep nak ponteng kelas ! faham !

atas perasaan serba salah yang melampau. aku volunteer untuk hantar. lagipun aku jer yang ada transport. cuba bayangkan punyala jauh ofis Dr. Azhar dekat kampus UPSI yang baru. dah la panas. aku target nak cepat hantar jer assigment tue.

Sepanjang jalan nak g kampus baru. aku kena aware dengan jalan. bukan apa sebelum nie aku salah masuk simpang. dari nak ke kampus baru. aku boleh pula masuk simpang ke ipoh and KL. Jauh pula tue nak u-turn. jalan sunyi. highway kan. debaran rasa hanya tuhan je tau. awek comel naik motor tempat sunyi. i can feel danger ! cewahhhh.

Perjalanan jauh rasa lega sangat bila dah nampak gerbang pintu UPSI, terus set dalam mind fakulti Math Blok 6 sebelah Fakulti FPE Blok 10. terus parking dekat parking kereta. sesuka hati aku je kan. janji submit assigment cepat. 

text mesej dari member aku ground floor and bilik professor madya 6. cari punya cari. jangan kata bilik profesor madya, ofis fakulti pun tak jumpa. dari ground floor, naik dari satu tingkat ke satu tingkat. penat sieyh. tapi apsal fakulti nie sunyi jep.  perasaan takut menyelubungi diri. ok terus col M.O.

tengah-tengah col, aku terpandang signboard, blok 4 fakulti sains dan matematik. haisshhh patut la tak jumpa, salah blok rupanya. padan muka ! TAK ALERT langsung.
terus pakai helmet rempit ke blok 6. disebabkan satu assigment, aku bermandi peluh.

ground floor...ground floor...profesor madya 6...profesor madya 6... yeayy dah jumpa ! tapi kenapa bilik gelap macam tak ada penghuni. tapi M.O kata ada nama Dr. depan pintu. pelik aku. muka penat sampai rasa macam nak nanges. biar betul salah lagi. 

nampak satu bilik pensyarah buka terus tanya bilik Dr. Azhar katne, rupa-rupanya hujung sekali. Thanx a lot lega jumpa juga Dr. and dah hantar. tapi aku pelik, kalau nie bilik dr, habis yang aku terpacak depan bilik kosong lama-lama tue bilik sapa?

tak puas hati, patah balik tengok bilik tadi. owh patutla bukan bilik Dr. Azhar sebab bilik kosong tue BILIK PROFESSOR  6, BUKAN BILIK PROFESSOR MADYA 6. eeeeeeeeeeeee apa nak jadi dengan aku nie. hate it when i being like this.


Tuesday, May 22, 2012

Pelangi Cinta Hati

saya ada dua mata untuk melihat, namun saya tidak mampu untuk memandang
saya ada dua tangan untuk memegang, namun saya tidak mampu untuk mencapai,
saya ada dua kaki untuk berjalan, namun saya tidak mampu untuk melangkah
tapi saya cuma punya satu iaitu HATI dimana saya yakin untuk mencintai awak sehingga ke akhir hayat.....



Kadang-kadang Allah berikan hujan dan ribut pda kita,
sesekali Allah kurniakan petir, 
kita jadi risau, sedih, takut,
tapi selepas hujan
rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi....



p/s: jangan sedih jika terpilih menjadi insan yang diduga cabaran dan rintangan, kerana yang pasti ALLAH tahu yang seseorang itu mampu untuk memikulnya..

Pemilihan JODOH

'Jodoh pertemuan, ajal maut semua ditentukan oleh Allah.' pernah dengar kan ayat nie? aku takla pandai nak beri kata-kata nasihat or panduan macam belog Dr. Cinta . sedangkan aku sendiri juga masih tercari-cari jodoh yang boleh membimbing ke arah kebaikkkan, dunia mahupun akhirat. Insyaallah

entry kali nie khas untuk golongan LELAKI ! fitrah kalau cari pasangan, kalau boleh nak first class, ramping mcm Neelofa, suara merdu macam Siti Nurhaliza,  comel macam Lisa Sughihani. and putih gebu macam Diana Daniel (erk?)  huhu.

Macam mana pun dah berulang kali kita semua dengarkan Rasulullah S.A.W bersabda

"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikkannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana engkau akan beruntung", riwayat bukhari dan Muslim


Nabi s.a.w menegaskan agar memilih kerana agamanya. : jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana

1. Harta = ia akan ditinggalkan setelah mati



2. Kecantikkan = ia akan pudar setelah tua. bukan tua jer kalau lepas bersalin pun boleh ;)


contoh paling dekat, walaupun Aishu dh berisi tapi still cantik. tapi peminat dia takleh terima. sibuk je kan? at least huby dia boleh terima. (hopefully). jangan lepas nie cari yang lain sudah. huhu

3. Keturunan = ia tidak menjamin kemuliaan di sisi Allah. and i like this ~ ~ ~

" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah).
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him.
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth.
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives "
 
 4.  tetapi jika agamanya = ia akan memperoleh keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah sebagai insan yang mulia.
 Abdullah bin AMru bin al-Ash r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya : "Dunia adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan ialah wanita yang solehah"
-riwayat Muslim, al-Nasa'i dan ibnu Majah
 p/s: gurls out there.. kecantikkan zahir sudah semestinya kena jaga. kecantikkan dan wanita tak dapat dipisahkan. hehe. tapi kecantikkan batin kita semua kena cari! have gud luck to all women in this world to find the true beautiful in life.