Sunday, December 11, 2011

2011 bakal melabuhkan tirai and 2012 pulak menjelma.


Topik Gerhana Bulan tengah hot kat facebook, tapi aku macam tak ambik pusing pun. tapi last2 aku suka gila status yang member aku post. "gerhana bulan petanda dunia dah sampai ke penghujung". perghh tersentap hati aku. bila dipikir balik, apa perubahan yang aku dah pernah buat.? ****makin lama makin teruk ada laa.....


 Aku paling suka masa bulan puasa tahun nie. Memang aku berubah gila, mengaji pagi and malam. solat terawih yang paling banyak aku buat. Tengok program keagamaan. Yang tak boleh dibayangkan aku khatam buku agama punya la banyak berbanding novel. (OMBAK RINDU tak best, frust aku!). Siap pergi qiamulail lagi. kononnya nak berubah bagai nak rak la. tapi bila dah buka cuti sem. dah sampai upsi, hampeh. mengaji boleh dibilang dengan jari. buku agama tak sentuh langsung. huhuhu.. manusia..manusia...nak berubah ke arah kebaikkan susah betul. last2 ke arah hurmmmmmmmm jugak.

tapi satu ja, aku perasan. even aku dah kureng ckit baca buku2 agama, tengok program keagamaan. aku still tertarik tengok orang pakai tudung bidang besar. nampak sweet, ayu and sopan jer. terlintas jugak aku nak pakai. tambah2 masa aku main bola baling sem nie aku ada kenal someone yang bernama ain. cantik, lembut, and pakai tudung pun labuh. pakai hand sock + stoking lg. tenang jer hati tengok dia. Dulu member baik aku, aini pernah cakap dia teringin nak pakai tudung labuh. dalam hati aku ( alamak nak wat baik la pulak minah nie) siap aku boleh pulak balas, aku maybe tak kot sebab family aku tak ada yang pakai tudung labuh. dah la aku cakap dengan memek muka yang agak sinis. perghh kejam jugak aku time tue.***sekarang aku dah faham perasan dia.


KETIKA CINTA BERTASBIH. movie and drama dah lama tayang. tapi aku baru jer tengok masa bulan puasa. ok fine nak kata aku ketinggalan zaman. memang pun. member aku semua cakap macam tue. watak Ana tarik perhatian aku, dia nampak cantik gila. tak payah nak pakai seksi2. sangat sweet.




  
sweet kan?

lepas zaman sekolah habis. aku dah tak pernah pasang niat or azam tahun baru. tahun 2012 aku teringin nak tukar imej. Nanti terkejut pulak family and member2 aku. hurmm tapi tue bukan main utama. aku takut diri aku sendiri pulak yang terkejut. kalau nak wat perubahan drastik, baju2 yang agak budak sekolah rendah pun boleh pakai, shawl2 and sewaktu dengannya kena derma kat orang lain. sayang la pulak. 

p/s: kalau dah berubah mesti kena istiqamah kan? kalau tetiba dah pakai, pastue tukar selendang pulak..dah la aku suka melaram tambah2 tengok orang pakai shawl cun2.. tapi nak BERUBAH.. 

mood: still thinking..  

Thanx taw baca entry nie... =)





3 comments:

  1. niat nak berubah tu dah bagus... dah dapat pahala kt situ.... berubah biar lah sikit2.. sebab awk pun tau perangai sendiri cmne kan..hehe..

    nnti bila berubah pakai tudung labuh,, then akan datang berubah balik,, lg la org mengata kan..

    awk pakai tudung cmtu dah ok, cuma jgn pakai baju ketat2 la...kan??

    p/s:: awk ni cantik la hidaya....hihi..

    ReplyDelete
  2. betol. nak berubah jgn drastik sgt takot diri sendiri tetibe mcm culture shock. yg penting dalam hati tu sentiasa ade perkara positif yg boleh berubah ke arah kebaikan ;) kite pon sma jgk, tgh slow2 belajar.

    ReplyDelete