Saturday, October 8, 2011

dilema, PORT DICKSON or PENANG!

Setelah dirancang  ber SEM2, akhirnya kami berjaya akan ke Port Dickson pada perayaan DEEPAVALI bersamaan 26hb Oktober 2011. (perghh skema gila ayat + macam pengumuman raya pulak). perancangan dalam dua hari jer, yerla cuti DEEPAVALI kan singkat mana boleh nak pergi lama2. lagipun kami kan student. busy dengan assigment. **yolar tue padahal no money! hehe.

 


2 hari lepas. tetiba ada announcement cuti DEEPAVALI makin panjang lak, 25hb sampai 28hb. 6 hari tue termasuk sabtu dan ahad. boleh balik PENANG tercinta nie. dah la masa Raya Haji tak boleh nak balik. ada latihan medan JPAM ( bangang gila buat kem masa raya, kalau confirm jadi kem nie, first time kot tak beraya dengan family. Sobb..sobb..sobb). Nie nak emo!


 
So satu-satunya harapan aku nak balik kampung pun raya DEEPAVALI nie jerla, tambah2 mak aku pulak tetiba jadi tegas tahap gaban tak bagi aku pergi jenjalan dah. maklum la anak dia nie, bila balik UPSI jer jalan! bukan nak study. huhu sory mak, anak mak nie tak boleh duk kat UPSI lama2 nanti kena migrain. hehehe. Tapi halangan dan rintangan mak aku tue bukan problemm besar sangat. pandai2 la aku pujuk tie. senang jer, nak kita kan. kita tau la tahap ketegasan dia tue lagu mana.  ^^
 
Masalahnya, i have to choose between PD or PENANG. tapi kalau tak pergi PD, aku dah janji lama dah dengan member aku. mak tolongggggggggg!!!!!!!!!!

dilema face..!

Semalam kuiz PNB, Amanah Saham Berhad. member aku tetiba jer cakap, 

"kita pergi PD hari isnin la 24hb pas kelas. boleh balik ari Rabu. kan cuti dah bertambah"

Aku yang dengar kat seat belakang tue rasa heaven gila, aku baru jer ingat nak suggest macam tue. tapi takut tak setuju pulak. yerla kan takut ganggu projek member yang lain pulak, i can't selfish. nak kena pilih 'antara dua' (lagu adam and farah la pulak!). apa lagi menjerit kegirangan la beta di belakang tue. anak MAK BALIK PENANG JUGAK! hikhikhik.

PORT DICKSON dan PENANG, dua-dua dapat pergi.! thanks YANA kerana memahami. love you la.. my mood is back! ^_^



TAK SABAR NAK PERGI PORT DICKSON! COUNTING DAYS! (assigment tak siap lagi, dah la semua nak kena antar hujung bulan nie, apa nak jadi..huhu)





Thanxx taw baca entry nie.... =)

3 comments: