Sunday, October 30, 2011

Menyesal tak belajar!

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan november, lepas tue disember lak, pastue 2012! angka umur aku pun dah 22 TAHUN. cepat gila. baru terasa lepas habis SPM. Lagi berapa hari jer ti 8/11....cukup setahun arwah nenek dah tak ada. rindu sangat2. aku tak pernah jumpa nenek and atok belah bapa. cuma belah mak jer. tue pun nenek. membesar dengan masakan nenek. orang kata masakan orang tua2 memang da best arr.

kari, gulai, fuhh semua mantop arr kalau nenek goreng telur jer pun dah sedap.sampai menjilat ibu jari..yummy..yummy... tekak aku mengidam sangat masakan nenek especially nasi tomato and ayam masak merah. tambah2 bila time raya nie.



aku rancang nak belajar masak dengan nenek lepas habis belajar, tapi aku lupa makin aku membesar nenek pun makin berusia.  paling aku terkilan, saat2 akhir sebelum nenek sakit. dia selalu paksa aku suruh makan. aku tak nak sebab 'on diet' la kata kan. lama gak la aku tak makan masakan nenek. sampai la nenek jatuh sakit last year nak dekat raya aidilfitri.

Siyes skunk aku tercari2 masakan nenek.even mak aku pun masak x se'kick' masakan nenek. kalau la dulu aku belajar...huaaaaarggggggggg... (aku rindu nenek sebenarnya! ='<)

    

Saturday, October 8, 2011

dilema, PORT DICKSON or PENANG!

Setelah dirancang  ber SEM2, akhirnya kami berjaya akan ke Port Dickson pada perayaan DEEPAVALI bersamaan 26hb Oktober 2011. (perghh skema gila ayat + macam pengumuman raya pulak). perancangan dalam dua hari jer, yerla cuti DEEPAVALI kan singkat mana boleh nak pergi lama2. lagipun kami kan student. busy dengan assigment. **yolar tue padahal no money! hehe.

 


2 hari lepas. tetiba ada announcement cuti DEEPAVALI makin panjang lak, 25hb sampai 28hb. 6 hari tue termasuk sabtu dan ahad. boleh balik PENANG tercinta nie. dah la masa Raya Haji tak boleh nak balik. ada latihan medan JPAM ( bangang gila buat kem masa raya, kalau confirm jadi kem nie, first time kot tak beraya dengan family. Sobb..sobb..sobb). Nie nak emo!


 
So satu-satunya harapan aku nak balik kampung pun raya DEEPAVALI nie jerla, tambah2 mak aku pulak tetiba jadi tegas tahap gaban tak bagi aku pergi jenjalan dah. maklum la anak dia nie, bila balik UPSI jer jalan! bukan nak study. huhu sory mak, anak mak nie tak boleh duk kat UPSI lama2 nanti kena migrain. hehehe. Tapi halangan dan rintangan mak aku tue bukan problemm besar sangat. pandai2 la aku pujuk tie. senang jer, nak kita kan. kita tau la tahap ketegasan dia tue lagu mana.  ^^
 
Masalahnya, i have to choose between PD or PENANG. tapi kalau tak pergi PD, aku dah janji lama dah dengan member aku. mak tolongggggggggg!!!!!!!!!!

dilema face..!

Semalam kuiz PNB, Amanah Saham Berhad. member aku tetiba jer cakap, 

"kita pergi PD hari isnin la 24hb pas kelas. boleh balik ari Rabu. kan cuti dah bertambah"

Aku yang dengar kat seat belakang tue rasa heaven gila, aku baru jer ingat nak suggest macam tue. tapi takut tak setuju pulak. yerla kan takut ganggu projek member yang lain pulak, i can't selfish. nak kena pilih 'antara dua' (lagu adam and farah la pulak!). apa lagi menjerit kegirangan la beta di belakang tue. anak MAK BALIK PENANG JUGAK! hikhikhik.

PORT DICKSON dan PENANG, dua-dua dapat pergi.! thanks YANA kerana memahami. love you la.. my mood is back! ^_^



TAK SABAR NAK PERGI PORT DICKSON! COUNTING DAYS! (assigment tak siap lagi, dah la semua nak kena antar hujung bulan nie, apa nak jadi..huhu)





Thanxx taw baca entry nie.... =)

Wednesday, October 5, 2011

open house rumah Dato YUSOFF HASLAM..!!

Lamanya x tulis kat sini,dekat 4 bulan. Nak tulis apa pun tak taw. yang pasti aku dah masuk SEM  5 (minggu ke 4 suda...cepat bangat). Masa cuti aritue, best sangat2 lepak jer kat uma, makan, tido, tengok tv.. "heaven" gila. Jumpa member sekolah yang  dah dekat 4 tahun enggak ketemu. kangan sekali! Masa mula-mula tue semua control ayu, malu2...lepas tue hurmmm hampehh, original is back. gelong..huhu...

                             LOVE KORANG..MUAHH! MUAHHH!

dah balik u budget nak fokus belajar arr..taubat tak nak g jenjalan, layan movie, main game,.. last2 tak sampai seminggu dah keluar..g open house DATO YUSOF HASLAM (syawal dah habis, tapi nak update gak) ^^  minggu depan tue lak g PWTC,open house lagi! haishh gemok la aku,.,..dah malas nak control2 makan dah. 

                     Tuan rumah! Datin sangat ramah..


                    hero malaya in da house! terasa kami
                              semua pendek..huhu....


                macam tak percaya jer dapat masuk dalam rumah
                     nie, diriku membesar dengan cerita Dato. dari    
                       sembilu, maria mariana n bla bla.. 
                                    now I'M HERE


                    Sangat jeles akan ketinggian kak sheera.. =(

special photo!






anak dan isteri Roy Azman..!! sangat comel!  


Thanxx taw baca entry nie..! =)