Thursday, April 21, 2011

REVIEW...Mantera Anjasmoro...



Mantera Anjasmoro mengisahkan tentang seorang isteri yang menggunakan ilmu pengasih rebusan air seluar suami. Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.


Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).


Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.

nak follow cite nie? pergi la tengok kat tv3, tiap2 hari khamis pukul 9.30 malam.. (budget orang lain tak tau) huhu..

jom dengar ost mantera anjasmoro nie..seram lak dgr, tapi cuba hayati lirik dia betul2..



bagus cerita nie, memang banyak moral. jangan la pulak korang nak tiru 'ilmu pengasih tue'. sayang macamne pun dengan suami, isteri or sapa2 jerla, jangan la melebihi sayang kita kepada NYA. kalau tak, jadi macam cerita nie. last2 kena kat diri sendiri balik.  

cite nie amek dari kisah RATU ANJASMORO..aku ada jumpa kisah pasal ratu nie, nak bagi link, takut la pulak. sebab dia ada bagi mantera2 yang boleh buat terpesong akidah kita. aku skip kot mantera2 tue. nak mampus! sebati kat diri tak pasal. no..no...no.... 

Thanxx taw baca entry nie... =)

5 comments:

  1. kite nk tengok tpi lupe time selalu bukak2 dah hujung..huhu =((

    ReplyDelete
  2. sakura miaka = hehe, xpe tgk la kt tonton =)

    ReplyDelete