Friday, April 29, 2011

halal ke haram melabur di ASB?

Aku yakin ramai yang melabur di ASB (termasuk aku) tapi perasaan was2 memang ada dalam diri bila bapa aku selalu tanya, yakin ke cara proses tue dibenarkan oleh syarak a.k.a halal ke? pening2... 

dalam duk godek2 berita hari nie, aku ada buka satu slot metro tanya pakar,. ada soalan berkenaan hal nie kat Dr. Mashitah.. 

nie jawapan beliau :

"Pelaburan ini mempunyai perunding syariahnya sendiri yang akan menghalang jika pelaburan haram dan tidak menepati syariah.


Dalam masa sama, ramai pakar ekonomi Islam mengatakan, dalam suasana di mana ekonomi umat Islam perlu diperkukuhkan, maka dibolehkan melabur dalam skim ini.

Bagaimanapun, pelaburan adalah satu pilihan dan selain ASB, masih banyak pelaburan lain yang menepati hukum syariah. Namun, jika hati merasa tidak senang, saudara dinasihatkan melabur dalam pelaburan yang tidak diragui."

Jawapan masih samar2 kan, apa pendapat korang dari statement Dr. Mashitah nie?

p/s : sumber metro..


Thanxx taw baca entry nie... =)

5 comments:

  1. aku x caye dr mashitah.
    dia pelik.
    dia kerajaan, so dia akan ckp mcm 2.
    try tnya pembangkang.. akan ckp mcm lain plak. sbb dia agama under kerajaan..

    seng cite:: ko kene tgk asb labur kat mana. kalau ada yg haram maka haramlah jadinya.

    perkara yg halal walau ada setitik zarah haram maka haram jadinya. (ada dalam Al Quran tp x ingt surh mana)

    mengikut pendapat aku.. kerajaan ada pelaburan dekat genting sbb genting salah satu pusat hiburan milik kerajaan. n plg famous kat genting casino. (sambung sendiri (: )

    ReplyDelete
  2. wah pnjang... huhu, tue la tapi dah ada account ASB..huhu

    ReplyDelete
  3. fatwa kebangsaan: hukumnya harus

    ReplyDelete
  4. hmm..xtaw la..gee pn ada akaun tu jugak..tp x nampka hasil lg la..thanks 4 da info

    ReplyDelete