Saturday, April 30, 2011

wedding Putera William dan Kate Middleton,. vs Kristine Hermosa... pelakon Philipin 'PANGAKO SAYO' yang femes tue dulu

hai...gempaknyer tengok Putera William kahwin and untungnya Kate.. kita dapat jadi raja, sehari jer tapi Kate jadi raja hari2 terus lepas nie.. bak kata Dr. Halina.. huhu...congratulation!

so next congartulation tue Kristine Hermosa yang cun melecun nie..

                                      cantik..!


tak kenal?




cerita nie ingat tak? and kalau tak silap Jericho Rosales tue bekas pakwe dia dulu kan?




suka tengok diorang dulu..sweet jer..tapi dengar kata putus sebab Kristine kaple dengan Diether Ocampo.. suka jugak both of them..




cantik kan kulit kristine.. putih merah... agak2 dia kahwin dengan sape?




sape nie?












video wedding

 




p/s: gambar search cik google 

Thanxx taw baca entry nie... =)

untukmu loloq...

pukul 1 pagi, esok nak balik tapi x pack barang lagi.. nak balik ke dak aku nie..aishh...huhu actually nak update 'untukmu loloq' minggu lepas lagi.. tapi punya la malas nak edit2 gambar so tertangguh2 laa..

last week aku turun kl.. exam tak habis lagi tapi sibuk nak gi jenjalan dengan alasan nak men boling**lepas tension konon.. macam la study sangat.. hehehe... aku dengan qis nek LRT g Ampang. member aku, yana tunggu sana. kami tido uma dia. **2x salah nek tren...padahal bila yana tanya tau tak? dengan berlagak oo tau jer..huhu...

sampai2 jer dia ajak gi tengok show kat istana budaya...

''eyh show apa pulak?" aku dengan muka blurr

''tengok konsert untukmu loloq, ada ella, M.Nasir, Ramli Sarip, and SPIDER... tue aku teruja nak g sangat tue"

" tengok free ke?"

"********" dialog seterusnya korang la sambung..yeayy free 


skunk layan gambar jerla..tak cantik pun aku edit..huhuhu

 aku and Qis kat banner untukmu loloq 



 thanxx yana... and adik, cute Dina

dengan buku program.. 



masa last concert.. tgh concert tak leh amek gambar..rules istana budaya, kalau degil..dia tala laser..


 sesi autograph... wajib lepas show.. yeke? 


 ala kacau la mamat tue..tetiba ja halang... =(


habis dah.. saja nak share pitcha jer.. have a nice day! ^_^

Thanxx taw baca entry nie.. =)

dah kenal diri sendiri? kalau belum jom try buat 'test nie'

Salam semua, sihat? ok dengan rasminya saya umum hari nie dah habis exam..! yeayy! esok balik..pasnie blog aku mesti berhabuk sebab entah update ke tak.. dah ada kat umah kan.. malas aku nak online2.. jap nak tanya, 

anda kenal tidak personaliti anda sendiri..? **ok ayat skema badak, sila abaikan** kalau tak tau, jom try buat test nie,..

When you step into a shower, which part of the body do you wash first? (No Cheating!)

1.Chest

2.Face

3.Armpits

4.Hair

5.Privates

6.Shoulders

7.Others 


Answer

1.Chest
You are a practical person, straight forward and do not beat around the bush. To you, convenience is of paramount importance. You hate to be distracted when concentrating and are impatient with people who do not see things your way. You are a good sex partner and willing to try new things. Your best partner in life will be those who chose HAIR. 

2.Face
Money is important to you and you will do anything to get it. Integrity and dignity ! is not important. You feel that friends are there to be used and life is one big ha**le. Other people find it hard to understand you but you are not concerned as to what they think. Very self-centred person. Below average sex partner as too selfish and tend to be absorbed in self pleasure at the expense of your partner. Your best partner in life will be those who chose PRIVATES and OTHERS.
**wahh agak kejam yer kalau pilih face (alamak aku dah pilih nie tadi). aku rasa statement nie salah, tak pun, ooo haa sebenarnya aku dipaksa suruh pilih face tadi...! teeettttttttt........... 


3. Armpits
You are a dependable and hard working person. Generally very popular people as you are very down to earth and willing to help others. You tend to get yourself into trouble as you cannot tell whether people are genuine towards you. Trusting type. You make very poor sex partners as you are the working type with average talent. Do not always consider your partner's needs. Your best partner in life will be those who chose SHOULDERS. 


4.HAIR
Artistic, creative, caring type. Positive thinker. Day dreaming is your hobby but you can achieve what most other people cannot. You will work tirelessly towards goals which are to your liking. You are able to see and understand things others don't. Money, material possessions are not important. Friends and family are important. You make the Best sex partners. You are most willing to explore. Especially warm and sensual lovers. You love to please your partner. You value intimate moments with those you love. Talent, intelligence, loyalty, kindness, intuition are your main strengths. Your best partners in life will be those who chose CHEST and PRIVATES. 


5.PRIVATES 
Shy type. You lack self confidence and tend to be misunderstood by others. Find it difficult to share yourself with others. You do not have many friends as others sometime find you boring unresponsive. Perseverance is not your strength and you tend to give up easily and at the first opportunity. However, you make an above average sex partner. You are able to show your true emotions to very few people. But, in sex, you find your inner strengths. And you find sex a safe avenue to share your true feelings. Your best partner in life will be those who chose FACE and HAIR. 


6.SHOULDERS  
A born loser. You fail in almost everything that you do. People dislike you and you tend to spend your time alone. Your types have been known to be heavy gamblers and drinkers. You see the world as a living hell. Money and power are also important to you, but your luck will always fail you. You make a lousy sex partner. You will find it difficult to find a partner in life. Those who chose ARMPITS are your only chance. 

7.OTHERS 
You are a very average per! son. Undoubtedly, you have your inner strengths but people find it hard to see. You must learn to be a little bit more adventurous and sell your potential. Deep down, you are a very likeable person with very few faults. However, the key will be to make your strengths stand out and not just hide your weaknesses. You are an average sex partner. You have great fantasies about different techniques but unfortunately are not brave enough to try them out. Your best partners in life will be those who chose FACE. 


p/s: amek dari blog 1001 Rahsia diri.  macam2 rahsia ada..
rahsia lelaki ada, rahsia wanita ada, rahsia mata ada, rahsia nama ada, haa rahsia nie paling laki and pompuan suka 'rahsia memikat hati'..hehe.. banyak la rahsia2 si blogger nie share. banyak gak kuiz2 uji diri macam kat atas tadi.. selamat mencuba ^_^


Thanxx taw baca entry nie... =)

Friday, April 29, 2011

halal ke haram melabur di ASB?

Aku yakin ramai yang melabur di ASB (termasuk aku) tapi perasaan was2 memang ada dalam diri bila bapa aku selalu tanya, yakin ke cara proses tue dibenarkan oleh syarak a.k.a halal ke? pening2... 

dalam duk godek2 berita hari nie, aku ada buka satu slot metro tanya pakar,. ada soalan berkenaan hal nie kat Dr. Mashitah.. 

nie jawapan beliau :

"Pelaburan ini mempunyai perunding syariahnya sendiri yang akan menghalang jika pelaburan haram dan tidak menepati syariah.


Dalam masa sama, ramai pakar ekonomi Islam mengatakan, dalam suasana di mana ekonomi umat Islam perlu diperkukuhkan, maka dibolehkan melabur dalam skim ini.

Bagaimanapun, pelaburan adalah satu pilihan dan selain ASB, masih banyak pelaburan lain yang menepati hukum syariah. Namun, jika hati merasa tidak senang, saudara dinasihatkan melabur dalam pelaburan yang tidak diragui."

Jawapan masih samar2 kan, apa pendapat korang dari statement Dr. Mashitah nie?

p/s : sumber metro..


Thanxx taw baca entry nie... =)

adik Syamsul Yusof..!

issshhh2 kepochi la aku nie, dah macam wartawan hiburan pulak.. sebelum nie pasal adik siti nurhaliza, now Syamsul yusof. sape tak kenal Syamsul Yusof anak Yusof Haslam.. ala pengarah khufarat ( cakap dalam nada jozan k..).

sekarang nie aku nak cakap pasal adik dia, syafiq yusof. aku tau nie pun dari blog aesya.. best blog dia..ada kartun2.. nak tengok tak pitcha si syafiq yusof nie?  pergi terjah blog aesya zealous.


dah tengok? ensem tak? sweet? sweet 19 lagi tau.. so compare dengan abang dia pulak.. jeng..jeng...jeng...



wahh lagi macho kot.. opinion aku ja.. ( saja jer cover line sebab adik dia baru 19 taun, aku nie dah pangkat akakkkk...! huhuhu)


Thanxx taw baca entry nie... =)

Ciri - ciri lelaki pilihan setiap wanita

asyik2 ciri-ciri pilihan, kalau tak lelaki mesti perempuan. setiap blog or setiap notes2 kat fb mesti ada nyer tajuk nie. tapi dalam banyak2 aku paling suka ini note laa. =)
tak banyak, ada 10 jer...

1. Taat kepada Allah dan RasulNya


2. ada ilimu pengetahuan agama

3. mengajak orang lain buat kebaikan dan mencegah 
    kemungkaran.


4. sentiasa perbaiki diri bagi mencapai kecemerlangan dalam 
    hidup.

5. Selalu bertaubat dan memperbanyakkan amalan sunat.

6. tak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan
    sesuatu.

7. tak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.



8. tahu, faham dan amal segala KEWAJIPAN dengan baik


9. penyabar, penyayang dan yang paling penting pemaaf


10. sentiasa tenang dan berwaspada.


 p/s: agak2 ada lagi tak calon lelaki pilihan malaya nie?


Thanxx taw baca entry nie.. =)

Semangat itu penting..!

Haii...camna ari korang hari nie? ok tak? ermm alhamdulilah pagi nie dah habis semua paper killer. paper account yang amat digeruni oleh semua budak2 dah selamat settle pagi nie dari jam 9pagi sampai 12 tengahari. nak dijadikan cerita, tetiba lak pagi nie kami nak g jawab exam, hujan. macaM tau2 perasaan kami jer. almaklumlah paper susah, tapi yang study hanya boleh kira dengan jari.. rasanya tak sampai sebelah tangan... yang len layan conan, main game, aku? tengok mantera anjasmoro! hehe..


tapi orang kata, mulakan hari mu dengan senyuman, kalau dup dap dup dap nervous macamner pun, kita kena semangat.. macam lecturer member aku cakap, ala exam nie semua duniawi jer..hehee. Tambah2 kami semua nak pergi jawab exam jumpa lecturer kesayangan semua kan.. so lagi..lagi la happy ^_^




see..muka2 ceria berpayung! semangat berkobar2 nak g habiskan exam cepat2..tapi sedeyh sebab gambar aku tak ada. :'(



cakap pasal semangat, semua orang kena ada. sebab baru hari akan ceria dan jalan dengan lancar jer, orang lain yang tengok pun akan syok ja tengok + terikut2 sekali. haa baru kerja yang kita wat pun efisien.. benda yang tension pun jadi tak tension. korang tak caye? cuba la buat... 


Thanxx taw baca entry nie.. =)

Kisah Cinta Rasulullah dengan Siti Khadijah 3

Khadijah Menawarkan Diri

Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata:
\"Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!\"
Suaranya ramah, bernada dermawan. Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu diharga dirinya, Muhammad SAW berbicara lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti. katanya:

\"Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bahagianku dalam rombongan niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya yang yatim piatu\".

Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itu memandangnya dengan penuh ketakjuban.

\"Oh, itukah....! Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa- apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau maksudkan,\"

kata Khadijah r.a.\"Tetapi biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu\".

Ia berhenti sejenak, meneliti. Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandungi isyarat:
\"Aku hendak mengawinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik, kaya, diingini oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu\".

Khadijah tertunduk lalu melanjutkan:\"Tetapi sayang, ada aibnya...! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau engkau mahu, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu\".

Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya tak tahu apa mahu dijawab. Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al- Amiin itu pun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a. Ia minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan.

Ia menceritakan kepada bapa saudaranya:\"Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan itu \"anu dan anu....\"Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya itu.

Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim.
Katanya: \"Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya\".

Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya:\"Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?\"

Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahwa kata- katanya itu akan dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati Atiqah: \"Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja ku katakan kepadamu bahwa dirikulah yang ku maksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau ia mahu, aku bersedia menikah dengannya; kalau tidak, aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati\".

Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat \'Atiqah terdiam. Kedua wanita bangsawan itu sama-sama cerah.
Percakapan menjadi serius.\"Tapi Khadijah, apakah suara hatimu sudah dimaklumi oleh anak bapa saudaramu Waraqah bin Naufah?\"
tanya \'Atiqah sambil meneruskan:\"Kalau belum cubalah meminta persetujuannya.\"

\"Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan disitulah diadakan lamaran\",

Khadijah r.a berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan kerana dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman.

\'Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu Lahab, Abbas dan Hamzah.
Semua riang menyambut hasil pertemuan \'Atiqah dengan Khadijah r.a.

\"Itu bagus sekali\", kata Abu Thalib,
\"Tapi kita harus bermesyuarat dengan Muhammad SAW lebih dahulu\".

Bersambung lagi! Hehehe...(^__^)
 

Malaysian Theme Park 1

Theme Park...Theme Park... Theme Park... tempat pelancongan yang paling best sekali especially kalau nak gi dengan kawan2. aku tak suka nature, so tempat perangin macam bukit fraser, bukit tinggi, cameron highland and bla..bla..bla.. last choice kot..hehe

1. Sunway Lagoon 

                                     nak taw lbh detail cuba g entry nie

                                                            (KLIK utk besar)


2. Bukit Merah Laketown Resort

ada 3 theme park  orang utan island, waterpark and ecopark. Kalau tak silap setiap hari selasa tutup kecuali school and public holiday.

orang utan island
 
Adult RM 25.00
Child RM 22.00
Child (below 90cm) free
 
waterpark
 
Adult RM 27.00
Child RM 23.00
Child (below 90cm) free

chairlift

Adult RM 7.00
Child RM 7.00
Child (below 90cm) not permitted

 
ecopark

Adult RM 14.00
Child RM 11.00
Child (below 90cm) free
 
 
 skycycle
 
Adult RM 6.00
Child RM 6.00
Child (below 90cm) free
 
 
Bersambung... ^_^


p/s: tunggu ada banyak lagi, Lost world of tambun, A'famosa water world, Desa water park, Genting highland, Bukit Gambang ( yang terbaru kalau tak silap), Cosmo world theme park ( in Berjaya Times Square), The Carnival- water & Land Excitement (in sg.petani). tue jerla yang aku tau... ke ada lagi?
 
 
Thanxx taw baca entry nie... =)
 

Thursday, April 28, 2011

Kisah Cinta Rasulullah dengan Siti Khadijah 2

Kesaksian Seorang Rahib

Tatkala kafilah niaga itu siap akan berangkat,
berkatalah Maisarah, kepala rombongan: "Hai Muhammad, pakailah baju bulu itu, dan peganglah bendera kafilah. Engkau berjalan di depan, menuju ke negeri Syam!

"Muhammad SAW melaksanakan perintah. Setelah iring- iringan keluar dari halaman memasuki jalan raya, tanpa sedar Muhammad SAW menangis kembali, tiada yang melihatnya kecuali Allah dan para malaikat-Nya.

Dari mulutnya terucap suara kecil: "Aduh hai nasib! Mana gerangan ayahku Abdullah, mana gerangan ibuku Aminah. Kiranyalah mereka menyaksikan nasib anakandanya yang miskin yatim piatu ini, yang justeru lantaran ketiadaannyalah sehingga terbawa jadi buruh upahan ke negeri jauh. Aku tidak tahu apakah aku masih akan kembali lagi ke negeri ini, tanah tumpah darahku."

Jeritan batin itu membuat para malaikat langit bersedih. Mereka memintakan rahmat baginya.

Maisarah memperlakukan Muhammad SAW dengan agak istimewa, sesuai dengan wasiat Khadijah. Diberinya pakaian terhormat, kenderaan unta yang tangkas dengan segala perlengkapannya.

Perjalanan mengambil waktu beberapa hari. Terik matahari begitu panas sekali. Tetapi Muhammad SAW berjalan sentiasa dipayungi awan yang menaunginya hingga mereka berhenti di sebuah peristirehatan dekat rumah seorang Rahib Nasrani.

Muhammad SAW turun dari untanya, pergi berangin-angin melepaskan lelah di bawah pohon yang teduh. Rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu karena pernah dibacanya didalam Kitab Taurat.
Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka. Semua anggota rombongan hadir dalam majlis perjamuan itu, kecuali Muhammad SAW seorang diri yang tinggal untuk menjaga barang- barang dan kenderaan.

Ketika Rahib melihat awan itu tidak bergerak, tetap di atas kafilah, bertanyalah beliau: "Apakah di antara kalian masih ada yang tidak hadir di sini? "
Maisarah menjawab:"Hanya seorang yang tinggal untuk menjaga barang-barang."
Rahib pergi menjemput Muhammad SAW dan terus menjabat tangannya, membawanya ke majlis perjamuan.

Ketika Muhammad SAW. bergerak, Rahib memperhatikan awan itu turut bergerak pula mengikuti arah ke mana Muhammad SAW berjalan. Dan di saat Muhammad SAW masuk ke ruangan perjamuan, Rahib keluar kembali menyaksikan awan itu, dan dilihatnya awan itu tetap di atas, tidak bergerak sedikit pun walaupun dihembus angin. Maka mengertilah ia siapa gerangan yang memiliki karamah dan keutamaan itu.

Rahib masuk kembali dan mendekati Muhammad SAW,bertanya: "Hai pemuda, dari negeri mana asalmu?"
"Dari Makkah".
"Dari qabilah mana?" tanya sang Rahib.
"Dari Quraisy, tuan!"
"Dari keluarga siapa?" "Keluarga Bani Hasyim."
'Siapa namamu?"
"Namaku, Muhammad."

Serta merta ketika mendengar nama itu, Rahib berdiri dan terus memeluk Muhammad SAW serta menciumnya di antara kedua alisnya seraya mengucapkan:
"Laa IlaahaIllallaah, Muhammadar Rasulullah."

Ia menatap wajah Muhammad SAW dengan perasaan takjub, seraya bertanya:
"Sudikah engkau memperlihatkan tanda di badanmu agar jiwaku tenteram dan keyakinanku lebih mantap?"
"Tanda apakah yang tuan maksudkan?" tanya Muhammad SAW.
"Silakan buka bajumu supaya ku lihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu!"

Muhammad SAW. memperkenankannya, dimana Rahib tua itu melihat dengan jelas ciri-ciri yang dimaksudkan.
"Ya....ya....tertolong, tertolong!" seru Rahib."
Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!"

Rahib itu mengusap wajah Muhammad SAW, sambil menambahkan:
"Hai hiasan di hari kemudian, hai pemberi syafa'at di akhirat, hai peribadi yang mulia, hai pembawa nikmat, hai nabi rahmat bagi seluruh alam!"

Dengan pengakuan demikian, Rahib dari Ahlil-Kitab itu telah menjadi seorang muslim sebelum Muhammad SAW. dengan rasmi menerima wahyu kerasulan dari langit.


Paderi-paderi Yahudi Gementar Ketakutan

Pasar dibuka beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan keuntungan berlipat ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah.Kebetulan pada saat itu bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran. Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi gemetar ketakutan. Seorang di antara mereka bertanya:
\"Alamat apakah ini?\" Semuanya hairan, cemas dan ketakutan.
\"Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,\" jawab pengerusi upacara.
\"Kita baca dalam Taurat bahwa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi.
\"Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!\"
Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil,dan Maisarah, yang mendengar berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk ruangan.

Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah. Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan orang- orang Yahudi.

Nabi Muhammad Pulang Ke Makkah.

Biasanya dalam perjalanan pulang, kira-kira jarak tujuh hari lagi mendekati Makkah, Maisarah mengirim seorang utusan kepada Khadijah r.a, memberitahukan bakal kedatangan kafilah serta perkara- perkara lain yang menyangkut perjalanan.

Maisarah menawarkan kepada Muhammad SAW: \"Apakah engkau bersedia diutus membawa berita ke Makkah?\"
Muhammad SAW berkata: \"Ya, saya bersedia apabila ditugaskan\".
Pemimpin rombongan mempersiapkan unta yang cepat untuk dinaiki oleh utusan yang akan berangkat terlebih dahulu ke kota Makkah. Ia pun menulis sepucuk surat memberikan kepada majikannya bahwa perniagaan kafilah yang disertai Muhammad SAW mendapat hasil laba yang sangat memuaskan, dan menceritakan pula tentang pengalaman- pengalaman aneh yang berkaitan dengan diri Muhammad SAW.

Tatkala Muhammad SAW menuntun untanya dan sudah hilang dari pandangan mata, maka Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s .:
\"Hai Jibril, singkatkanlah bumi di bawah kaki-kaki unta Muhammad SAW! Hai Israfil, jagalah ia dari sebelah kanannya! Hai Mikail, jagalah ia dari sebelah kirinya! Hai awan, teduhilah ia di atas kepalanya!\"Kemudian Allah SWT mendatangkan rasa mengantuk kepadanya sehingga baginda SAW tertidur nyenyak dan tiba-tiba telah sampai di Makkah dalam tempoh yang cukup singkat.
Saat terbangun, ia hairan mendapati dirinya telah berada di pintu masuk kota kelahirannya. Baginda SAW sedar bahwa ini adalah mukjizat Tuhan kepadanya, lalu bersyukur memuji Zat Yang Maha Kuasa. Sementara baginda SAW mengarahkan untanya menuju ke tempat Khadijah r.a, secara kebetulan Khadijah r.a pada saat itu sedang duduk sambil kepalanya keluar jendela memandangi jalan ke arah Syam, tiba-tiba dilihatnya Muhammad SAW di atas untanya dari arah bertentangan di bawah naungan awan yang bergerak perlahan-lahan di atas kepalanya.

Khadijah r.a menajamkan matanya, bimbang kalau-kalau tertipu oleh penglihatannya, sebab yang dilihatnya hanyalah Muhammad SAW sendirian tanpa rombongan,padahal telah dipesannya kepada Maisarah agar menjaganya sebaik-baik. Ia bertanya kepada wanita-wanita sahayanya yang duduk di sekitarnya:

\"Apakah kamu mengenali siapa pengembara yang datang itu?\" sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.
Seorang di antara mereka menjawab:\"Seolah-olah Muhammad Al-Amiin, ya sayyidati!\"
Kegembiraan Khadijah r.a terlukis dalam ucapannya:
\"Kalau benar Muhammad Al-Amiin, maka kamu akan ku merdekakan bilamana ia telah sampai!\"

Tak lama kemudian muncullah Muhammad SAW di depan pintu rumah wanita hartawan itu, yang langsung menyambutnya dengan tutur sapa tulus ikhlas:
\"Ku berikan anda unta pilihan, tunggangan khusus dengan apa yang ada di atasnya.\"
Muhammad SAW mengucapkan terima kasih, kemudian menyerahkan surat dari ketua rombongan. Ia minta izin pulang ke rumah bapa saudaranya setelah melaporkan tentang perniagaan mereka ke luar negeri.

Bersambung...(^__^)
 

Thanxx taw baca entry nie.. =)


Wednesday, April 27, 2011

Cinta sebelah pihak,, sakit atau lebih baik?


                                                          errr.aku dah terbagi tau dah..

 'awak yang tegur saya dulu, dan layan saya baik sangat..i'm really appreciate it


 'kawan2 suruh lupakan dia, sebab dia hanya nak berkawan sahaja'


 'walaupun cuba tapi tak boleh, '


 'dia memang seorang yang baik, aku tak pernah salahkan dia..apatah lagi Allah. mesti ada hikmah disebaliknya'

 
'aku tak tau sama ada kita ada jodoh atau pun tidak..tapi aku bangga sebab Allah anugerahkan perasaan nie terhadap awak.. secara jujurnya awak baik. '



Alhamdulilah aku dah dapat jawapan or hikmah disebalik semua nie. Bila difikir dan renung balik, sejak aku suka kat dia, dalam fikiran sentiasa teringat kan dia termasuk masa solat. Seolah2 aku lebih menyayangi dia lebih dari mencintai Allah dan Rasulullah.

Kalau kuar makan dengan member2 aku, mesti nampak pasangan2 kaple duk tengah dating. cuit2.. pukul2 manja.. pegang2 tangan n date dekat tempat sunyi. perasaan jeles confirm la ada tapi at the same time aku terfikir gak tak nak la kaple, sebab pegang2 tangan dengan bukan muhrim dosa taw.. tapi kalau aku dengan dia tue pun tak mustahil akan terjebak gak dalam benda alah nie. hurmm..

banyak kali la accident dalam bas or dalam tren aku nampak kaple duk 'kiss' or 'raba2'. euwww tolong arr.. mungkin Allah nak tunjuk dekat aku, dosa2 yang akan aku juga buat kalau kaple. Allah sayang aku..!  ^_^

aku suka dengan entry nelly tentang jawapan seorang gadis muslihah nie. pergi la tengok jawapan dia apa..

aku juga suka status fb kawan aku a.k.a kawan si dia juga..  ^_^
"cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..cintailah seseorang itu kerana agamanya...Jadikanlah cintamu terhadap si dia dpt membawa kalian ke SYURGA Allah..InsyaAllah"
p/s: gambar2 kat atas nie, aku amek dari blog Dr.Cinta. banyak lagi gambar2 yang ada, tapi aku just amek yang berkaitan dengan aku jerla.
 
 
Thanxx taw baca entry nie... =)

Sunday, April 24, 2011

Kisah Cinta Rasulullah dengan Siti Khadijah 1

Bermimpi Matahari Turun Ke Rumahnya.

Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.

Banyak pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kawin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit,masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya ke semua tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya. Mimpi itu diceritakan kepada anak bapak saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.

Waraqah berkata: "Takwil dari mimpimu itu ialah bahwa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman."
"Nabi itu berasal dari negeri mana?" tanya Khadijah bersungguh-sungguh.
"Dari kota Makkah ini!" ujar Waraqah singkat.
"Dari suku mana?"
"Dari suku Quraisy juga.
"Khadijah bertanya lebih jauh: "Dari keluarga mana?"
"Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat," kata Waraqah dengan nada menghibur. Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir:
"Siapakah nama bakal orang agung itu, hai anak bapa saudaraku?"Orang tua itu mempertegas: "Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!"

Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah sentiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.

Nabi Muhammad Berniaga

Muhammad, bakal suami wanita hartawan itu, adalah seorang yatim piatu yang miskin sejak kecilnya,dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Thalib, yang hidupnya pun serba kekurangan. Meskipun demikian, bapa saudaranya amat sayang kepadanya, menganggapnya seperti anak kandung sendiri, mendidik dan mengasuhnya sebaik-baiknya dengan adab, tingkah laku dan budi pekerti yang terpuji.

Pada suatu ketika, Abu Thalib berbincang-bincang dengan saudara perempuannya bernama 'Atiqah mengenai diri Muhammad.
Beliau berkata: "Muhammad sudah pemuda dua puluh empat tahun. Semestinyalah sudah kahwin.Tapi kita tak mampu mengadakan perbelanjaan, dan tidak tahu apa yang harus diperbuat.

"Setelah memikirkan segala ikhtiar, 'Atiqah pun berkata: "Saudaraku, saya mendengar berita bahwa Khadijah akan memberangkatkan kafilah niaga ke negeri Syam dalam waktu dekat ini. Siapa yang berhubungan dengannya biasanya rezekinya bagus, diberkati Allah SWT.

Bagaimana kalau kita pekerjakan Muhammad kepadanya? Saya kira inilah jalan untuk memperolehi nafkah, kemudian dicarikan isterinya.

"Abu Thalib menyetujui saranan saudara perempuannya. Dirundingkan dengan Muhammad, ia pun tidak keberatan.
'Atiqah mendatangi wanita hartawan itu, melamar pekerjaan bagi Muhammad, agar kiranya dapat diikut sertakan dalam kafilah niaga ke negeri Syam .

Khadijah, tatkala mendengar nama "Muhammad", ia berfikir dalam hatinya: "Oh... inilah takbir mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal,bahwa ia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman." Seketika itu juga timbullah hasrat di dalam hatinya untuk bersuamikan Muhammad, tetapi tidak dilahirkannya karena khuatir akan fitnah.
"Baiklah," ujar Khadijah kepada 'Atiqah, "Saya terima Muhammad dan saya berterima kasih atas kesediaannya. Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kita bersama.".

Wajah Khadijah cerah, tersenyum sopan, menyembunyikan apa yang tersudut di kalbunya. Kemudian ia meneruskan: "Wahai 'Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya.

"Atiqah berterima kasih, ia pulang dengan perasaan gembira menemui saudaranya, menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan wanita hartawan dan budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira. Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata:

"Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya."

Muhammad SAW menuju ke rumah wanita pengusaha itu. Sementara akan keluar dari pekarangan rumah bapa saudaranya, tiba-tibalah ia mencucurkan air mata kesedihan mengenang nasibnya. Tiada yang menyaksikannya dan menyertainya dalam kesedihan hati itu selain para malaikat langit dan bumi.

Bersambung...
Terima kasih kerana membaca. Artikel ini akan disambung lagi dari masa ke semasa.


p/s : langgan dari http://wanwma.com/


Thanxx taw baca entry nie... =)

Justin Bieber..!!!!

Wow bertentang mata (kaler biru!),rambut perang and kulit merah2...jantung aku dup dap dup dap laju, kencang gila beb.. mai aihhh ensemm nyerr...! jumpa depan2 kat McDonald 'i'm love it' dekat pudu... kepada yang tak tau, pudu dah buka.! fulamak cun and bersih (harap berkekalan, xmo ada vandalism)...

member aku tegur dia, 

'sir, lane order over there'..

'owh...ok' sambil senyum (mak aihh berderau darah aku)


ada 3 teenagers mat salleh belakang kitaorg, slh masuk lane. lane tue nak tunggu makanan ja.. masa member aku tegur, aku pusing la. perghhh ensemmm gila sorang tue. owh no i'm in love! hehehe..sebelum nie kalau tengok mat salleh len, ensem camna pun rilex ja..cool beb.. kali nie dup dap dup dap..terus aku pandang depan..haha.. bukan apa, usha depan2...cair kot.! adakah jodoh aku dengan mat salleh? hurmmm berangan jap.. dah2 toksah duk berangan!

ishh macam nak snap pitcha ngn dia ja wat kenangan..tp memandangkan adab ketimuran dan kemelayuan terutamanya martabat agama islam yang tinggi.., no..no..no...! kita kena jaga semua tue.. ^_^  (tapi terbayang2 jerla nanti...sobb sobb sobb)


Compare mat salleh tadi dengan justin bieber, confirm mat salleh tadi ensem lagi...wink wink wink (peminat justin bieber jangan angin pulak ngan aku ). tapi member aku, yana minat gila ngn justin! Dia suh aku snap pic dia ngan poster justin..! (tak jumpa live,poster pun jadi la ekk).Yes i admit comel gak la mamat justin nie tp mamat kat McD tue ensem lagi..!





Thanxx taw baca entry nie.... =)

Thursday, April 21, 2011

REVIEW...Mantera Anjasmoro...



Mantera Anjasmoro mengisahkan tentang seorang isteri yang menggunakan ilmu pengasih rebusan air seluar suami. Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.


Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).


Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.

nak follow cite nie? pergi la tengok kat tv3, tiap2 hari khamis pukul 9.30 malam.. (budget orang lain tak tau) huhu..

jom dengar ost mantera anjasmoro nie..seram lak dgr, tapi cuba hayati lirik dia betul2..



bagus cerita nie, memang banyak moral. jangan la pulak korang nak tiru 'ilmu pengasih tue'. sayang macamne pun dengan suami, isteri or sapa2 jerla, jangan la melebihi sayang kita kepada NYA. kalau tak, jadi macam cerita nie. last2 kena kat diri sendiri balik.  

cite nie amek dari kisah RATU ANJASMORO..aku ada jumpa kisah pasal ratu nie, nak bagi link, takut la pulak. sebab dia ada bagi mantera2 yang boleh buat terpesong akidah kita. aku skip kot mantera2 tue. nak mampus! sebati kat diri tak pasal. no..no...no.... 

Thanxx taw baca entry nie... =)

Wednesday, April 20, 2011

REAL FACE ROSSA??

sapa tak kenal Rossa?? sila angkat keyboard..! hehe.. mesti la kenal kan artis kecik molek and cute miut Rossa nie. tambah2 lagu 'ku menunggu' pun tengah top skunk ni.


''ku menunggu, kau putus dengan kekasihmu' huhu.. 

ok..ok..ok..back to the topic..tengok la sendiri....


tadaaa!! Rossa without make up



magic of make-up! 




pape pun idola aku juga natural beauty.. ^_^





love both of you! Dr. Halina and Dr. Sms.. muahhxx ^_^


with her BFF.. Cantik kan? cantik kan?


Thanxx taw baca entry nie.. =)



Tuesday, April 19, 2011

ermm apa salah aku?

arghhh tensionnyer nak exam.. 2 subjek killer audit and MA hari yang sama.. audit tak habis baca lagi and MA lak tak start lagi. tapi boleh pulak aku duk update blog..hehe.. 

ermmm aku deactive FB lagi.kali nie aku rasa macam nak bersara terus dari FB. makin lama makin banyak pulak benda yang mengugat ketenteraman aku. malas la nak cita sebab musabab, cuma satu ja aku nak habaq maii.



kalau dah tak suka, tak payah nak add aku kat FB. pelik gak  dia add aku, padahal sebelum nie aku dah pernah approve dia. entah2 dia remove aku kot. arghhh lantakla, tapi yang aku perasan dia private wall and komen bahagian foto pun dia private, nak kata dia wat privacy tapi aku tengok orang len boleh ja komen.


apa salah aku pun tak tau.. nie yang aku malas nie orang nak terasa2. dah la aku nie jenis suka fikir macam masalah negara kalau orang taching2 ngan aku. rilex arr beb, friends forever..!!!





Thanxx taw baca entry nie.. =)

Monday, April 18, 2011

Berani mati aku..!!!!

yeahhh penilaian kat pensyarah dah buka..!! memang aku nak balas dendam kesumat gila kat lecturer semester nie especially PROFESSOR. AZ**M.
 

aku tak pernah amek pot bab2 survey nie. selalu aku bagi 4 or 5 ja. tapi semester nie, lecturer semua kurang asam and hampeh gila,. memang layak pun aku bagi 'SATU'.  Ada ke patut, dia sendiri tak faham apa yang dia ajar. pastue pendapat students tak pernah dia terima, sentiasa ingat dia betul. siap tengking2 lagi and kalau dia silap tak nak mengaku. Boleh pulak dia kata penulis buku tue tak pandai wat buku sampai bagi dia 'BINGUNG' (tiap2 minggu dia bingung). Buku tue sana sini silap. and dalam kelas..

''kenapa tak pasang aircond? kenapa aircond tak sejuk? saya tak mau ajar kalau aircond tak sejuk. tak faham bahasa ke? cuba tengok remote control tue volume dia berapa? saya tak nak pegang. saya geli and alergik dengan benda kat bawah lantai or kotor2 semua nie...!!! ( weekkk..mentang belajar kat luar negara, berlagak nak mampus ).

'' yang kat belakang tue kenape? asyik selak2 kertas? ganggu konsentrasi saya jer. awak ingat senang ke saya nak ajar? (tukar page len pun kena marah)"

''kawan awak tue ingat bagus sangat ke pergi tandas time saya ajar? nanti time final tak boleh jawab padan muka dia. (bila member aku tue masuk, tak pulak dia bising. suka sangat mengata belakang)''


siyess sakit hati gila kelas dengan dia. senior2 semua tau dah perangai dia. alaa lecturer2 lain pun semua menyampah kot. dia jer yang betul. banyak lagi la bad behavior dia. sel 'cool' takda langsung dalam diri. maklumlah anak teruna terlajak. macam tue la. sunyi arr tue..!! 


"aduhh saya busy la, awak tau tak orang atasan semua nya suka pergunakan kita and selalu tindas kita. negara kita nie tak adil la. kalau boleh saya nak pindah luar negara jer ( berambus arr kalau nak blahh sangat ). saya nie sibuk nak betulkan malaysia, saya nie sibuk la nak betulkan dunia. (baik bagi betul diri sendiri dia lagi bagus!)

Dalam borang survey tue, aku siap tulis bahagian suggestion lagi...


@ Lecturer must understands first course before teaching
@ give opportunities to students to ask questions and give 
     opinion
@ increase communication skill
@ pelbagai teknik pengajaran agar pelajar tak mengantuk 
     (aikk dalam BM pulak,huhu lantak laa)
@ tidak membuat perniagaan peribadi di dalam kelas.

tapi bila dah sent seram la pulak.. errr exam tak buat lagi. mau diorang bagi fail. mampus aku. tapi survey nie rahsia kan? kalau tak memang tak professional la 'U' aku nie. Kalau taw..ermm lantaklaa memang betul pun. 'berani kerana benar, takut kerana salah'.hehehe Kalau ditakdirkan repeat paper, hmm aku terima jerla..

Thanxx taw baca entry nie.. =)