Thursday, March 24, 2011

AL-FATIHAH

Aku dalam mood sedih sekarang sebab dia yang paling rapat dengan aku dah meninggalkan aku keseorangan. Sentiasa menolong aku ketika aku perlukan dia. Sentiasa gembira kan ketika aku kesunyian. Al-Fatihah kepada laptop aku yang dah berkhidmat selama 5 tahun lebih. aku sentiasa ingat kamu dalam hidup aku. sobb..sobb..sobb

Laptop aku dah lama nazak, mula2 dia hilang ingatan (hard disk rosak), aku dah hantar dia masuk ICU, kos perubatan dia agak mahal la tapi takpe aku usaha juga cari duet nak rawat kos perubatan dia yang mencecah RM 600 lebih, even ramai yang suggest suruh beli yang baru sebab orang kata sekali laptop rosak tak guna repair lagi. Aku tak peduli aku repair juga. sayang kot sebab arwah nenek aku yang belikan untuk aku. (nenek aku dah setahun meninggal dunia) lagi la sayang aku kat laptop nie.

Lepas repair, buka sem 4 ( sekarang dah penghujung sem 4), laptop aku masih gagah berkhidmat dekat aku selama satu sem nie. Tapi lama2 dia makin uzur, dia mula bisu (sound hilang tetiba) aku panik, aku pun antar jumpa doktor, doktor tak dapat detect sebab dia kata masalah dalaman, kalau nak repair pun makan kos jugakla. Kali nie aku tak dapat cari duet perubatan, aku nak tunggu cuti sem 4 bulan nak keja cari kos perubatan dia. tapi keadaan dia makin teruk.. dia mula pengsan2 (dia jadi stuck) aku kena off suis and on balik. dia sedar kembali. aku risau sangat2, aku minta dia bersabar sementara aku cari kerja nanti. tapi dia dah tak kuat. Kali nie dia pengsan, aku tak dapat sedarkan dia lagi. huaaaaaaaaaaaa............. jangan tinggalkan aku! i still need you.. 

takpe la aku redha.. korang yang nak tunggu kesinambungan beauty with brain, bawa bersabar yer, tunggu aku beli lappy baru. kla aku tak leh tulis panjang2, pinjam laptop orang mana boleh lama2.. huhu.. bye2 jumpa lagi la nanti. bila? aku pun tak tahu..

Thanxx taw baca entry nie... =)

No comments:

Post a Comment